CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Saturday, January 28, 2012

Novel Feveretku



Hari ni ana pergi tebus baucer yang rm200 tu.. Hehehe.. Alang-alang pi kedai buku Pustaka Seri Intan tu, ana kebas satu novel.. Nak buat koleksi.. Sebelum ni ana dah ada dua novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid iaitu Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu.. Niat hati nak cari novel yang ketiganya iaitu Hijab Sang Pencinta tapi hampeh sebab tak ada.. 

Dalam rasa frust tu mata ana terpandang novelnya yang bertajuk Cinta Sufi. Ni kesinambungan novel Bagaikan Puteri yang keempat. Ana pun amek keputusan untuk kebas dulu novel ni sementara stok masih ada. Nanti nak pergi cari lain kali pulak novel ketiga dan kelima dia iaitu Hijab Sang Pencinta dan Sutera Bidadari..

Okey, ana tak nak ulas setiap satu novel dia ni sebab maybe ramai yang dah tahu.. Ana cuma nak bagitau yang novel ni memang superb! Amazing! Rasa dah jatuh cinta pulak kat Laksamana Sunan a.k.a Saifudin tu.. Huhu.. Memang bagi kesanlah kat hati ana ni..

Bagaikan Puteri


Cinta Sang Ratu


Hijab Sang Pencinta


Cinta Sufi


Sutera Bidadari

 p/s : tak rugi baca.. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.

Thursday, January 26, 2012

PeRkOngSiaN


Alhamdulillah.. Hari ni siap satu scene untuk drama arab.. Penat kot tapi syukur kerana Allah s.w.t masih bagi kekuatan dan permudahkan urusan kerja ana dan sahabat2 ana..
Kalau ikut rasa hati, memang nak buat lain kali je tapi bila fikir balik tentang assignment yang bertimbun dan kuiz n test segala bagai tu, terpaksalah ana teruskan jugak..
So, apa yang penting ialah JANGAN BERTANGGUH DALAM MEMBUAT SESUATU KERJA..

Hari ni or lebih tepat lagi malam ni ana just nak berkongsi dengan sahabat tentang pencarian ADAM dan HAWA yang terbaik untuk kita.. Ana tak ingat mana ana ambil ayat-ayat ni sebab benda ni dah lama sangat. Cuma apa yang ana harapkan ialah sahabat-sahabat mendapat sesuatu sebagai panduan diri sahabat sekalian.

Untuk ADAM..
Andai mahu mencari HAWA..

 Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.. Lihatlah pada telapak tangannya.. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

 Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.. Lihatlah pada sebujur bibirnya.. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami.. Menabur buruk diri si suami..

 Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata.. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.. Andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya.. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk HAWA..
andai mahu menerima cinta ADAM..

 Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata.. Lihatlah pada aktiviti malamnya.. Andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima.. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

 Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata.. Lihatlah pada bahagian kakinya.. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.. Kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

 Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata.. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara.. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.. Khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu.. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya.. Tetapi hari ini mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri.. Begitulah juga sang lelaki.. Kadang-kala berkopiah..Dari mata nampak sungguh alim tetapi dlm hatinya..?? Siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^-^

Tuesday, January 24, 2012

blog baru ana!!


Kat sini ana juz nak gtaw kat sape2 yang suka baca novel ana dalam blog juzthrownspill tu, blog tu dah ana delete.. Sebab? Ada someting wrong.. hehehe.. so, law u all nak terus bce novel ana sila la ke blog ni ---> http://sueisma92.blogspot.com/

Monday, January 23, 2012

Cintailah aku kerana Allah

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah.. Ana masih berkesempatan untuk menggerakkan jemari di atas keyboard ini. Sudah agak lama ana menyepi daripada menulis di blog ini. ~busy dengan novel2 dan jugak hidup as a student~ Ah, ana sendiri kaku apabila berhadapan dengan blog sendiri dan kadang-kadang ana terfikir apa yang perlu ana tuliskan untuk tatapan pengunjung blog ana sedangkan ana tidak pandai melawak atau menulis kata-kata yang bisa menarik dan memegang hati manusia untuk terus membaca entri2 ana.

Ana tidak bertujuan untuk menambat hati mana2 pengunjung dengan menulis sesuatu di blog ini. Ana cuma ingin berkongsi sesuatu dan mungkin sesuatu itu bisa kita kongsikan bersama-sama. Bak kata Hlovate, lontarkan jika tidak ia meracun.. Kongsikan biarpun hanya pada awan-awan. ~ana tak pandai nak berkongsi cerita dengan orang sebab tu ana wujudkan blog ni~ Ah, apa yang ana melalut ni? Maafkan bicara ana. Rasanya minda ana ketika ini tidak memberi 100% fokus kepada penulisan ana.

Kalau bercakap pasal cinta mesti ramai yang terujakan? Hehehe.. Ana tahu yang u all memang suka kan bila bercerita soal cinta. Mungkin di sebabkan kita ni remaja. Umur dah masuk 20 tahun dah.. Huhuhu.. Rasa macam dah tua la pulak! Bila kita fikir-fikirkan balik tentang cinta dan apa yang kita rasa pada someone tu pernah ke kita semua terfikir tentang redha Ilahi terhadap cinta kita? Pernah ke kita berusaha menjauhkan diri daripada cinta yang sia-sia? Betul ke cinta yang kita rasa pada seseorang tu di redhai Allah s.w.t? Macam mana nak halang diri kita daripada terus hanyut dengan cinta yang sia-sia?

Ana sendiri pernah alami perasaan itu. Ana sendiri seorang remaja yang sedang berusaha untuk mendapatkan redha Ilahi dan menggapai cinta-Nya namun dalam menjalani kehidupan seharian, ana sendiri tidak terlepas dari dugaan perasaan cinta itu sendiri. Huhuhu.. Parah2!

Oklah.. Hari tu ana ada berjalan-jalan sekitar blog-blog jiran ana dan terjumpa satu entri yang menarik hati ana. Erm.. Ana nak kongsi dengan semua dan ana harap blogger tu memberi keizinan untuk ana berkongsi isi entrinya. ~kalau dia tak mahu kongsi buat apa dia post kat blog kan?~

Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.



Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8 ) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu..


Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.


p/s : Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.
kepada sesiapa yang layan novel tu, silalah berkunjung ke blog novel ana ---> http://juzthrownspill.blogspot.com/

Thursday, December 15, 2011

Demi Dia

Bismillahirahmanirrahim...


Ya Allah, syukur alhamdulillah kerana masih memberi kesempatan kepada ana untuk terus bernyawa di atas muka bumi-Mu..

Ya Allah, ana sedih sangat.. Ternyata 'dia' sudah nekad dengan keputusannya. Ya, ana menyokong 'dia' tapi bukan dengan cara begini. Bukan dengan cara menzalimi perasaan orang lain, ya Allah...

Ya Allah, jika begini pengakhirannya ana terima. Ana redha. Ana ada Allah yang takkan pernah tinggalkan ana. Ana ada teman2 ana yang sentiasa bersama ana. Ana ada family ana biarpun family ana macam tu..

Ana kena kuatkan? Ana kena tabahkan? Ana nak jadi macam arwah mak ana. Dia wanita paling tabah yang pernah ana kenal dan takkan mungkin ada penggantinya..

Ana nak jadi macam umi jugak. Biarpun dia cuma ibu tiri ana namun dia juga pemberi semangat pada ana. Dia ibu tiri terbaik yang ana pernah kenal..

Ya Allah, jika airmata mampu mengusir rasa sakit di hati ana izinkan airmata ini mengalir.. Jika senyuman mampu melunaskan rasa sedih yang bersarang di hati ana izinkan ia mekar.. Jika dengan kesakitan ini mampu menghapus dosa-dosa semalam, ana akan terima dengan hati yang cekal...

Ya Allah, mekarkan senyuman di wajah ana.. Ceriakan diri ana di hadapan teman2 biarpun di hati sakitnya tak terkira..




~✿..Saat MENGETAHUI dia BUKAN JODOH ku..kalau ternyata bukan, JAUHKAN kami dengan hati-hati, JARAKKAN kami tanpa merasa tersakiti, PISAHKAN dan bantu kami menemukan PENGGANTI..✿~


Tetapi....



~✿..Jika dia sememangnya JODOH ku,DEKAT kan kami dengan IKATAN SUCI , RAPATKAN kan kami dengan mengikut SUNNAH NABI , dan REDHAKAN hati kami untuk saling MENCINTAI..sehingga CINTA KAMI hingga ke SYURGA ABADI..~✿



~Aamiin~



♥ Aku MENCINTAIMU kerana ♥

.•❤• RUPA - Kau Sentiasa BERWUDHU' & Berpaling Dari KEMUNGKARAN.

.•❤• MATA - Kau Sentiasa MENUNDUK & Hanya LIHAT Keagungan Ciptaan-Nya.
.•❤• MULUT - Kau Sentiasa DIAM TERSENYUM& Bicara Mu Tentang Yang MAKRUF

.•❤• TELINGA- Kau Setia MENDENGAR & PEKAK Bila Mendengar Keburukan Seseorang.

.•❤• TANGAN - Kau Sentiasa MENADAH TANGAN Mendoakan Kebahagian Insan Tercinta.

.•❤• KAKI - Kau Sentiasa BERJALAN Ke Arah Keredhaan ALLAH Mencari Kebaikan.

.•❤• BADAN- Kau MENUTUP Segalanya & Hanya Pada ALLAH Kau Minta Pertolongan.

.•❤• HATI- Kau LUHUR Peribadi & Ikhlas Mencari CINTA Di Dalam Redha-Nya.

.•❤•Ana UHIBBUKA FILLAH ♥ Ku PILIH kamu BUKAN SEKDAR CINTA, namun KU PILIH kamu kerana AGAMA.. BIAR enta TIDAK KACAK, namun PUNYA ILMU AGAMA yang CUKUP untuk MENCANTIKKAN ANA dan KELUARGA yang akan datang..insyaALLAH ♥ ;)

.•❤•Aku tidak mencari seorang lelaki untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang TEMAN pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku.... Seorang yang boleh MENGINGATKAN aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting lelaki yang akan menjadi IMANKU disetiap solatku....

.•❤•HasbunAllah Wani' mal waqil Semoga Yang Hadir Itu Menguatkan Kasih ku Dengan Illahi iaitu Pemilik Seluruh Hati Ini...

..♥(❤◕‿◕❤)...InsyaAllah...Amin Amin Ya Rabbal Alamin.....♥(❤◕‿◕❤)...
Senyum (✿◠‿◠).....

Wednesday, December 14, 2011

Don't Be SaD

Bismillahirahmanirahim..

Don't be sad. Mesej daripada teman ana buat ana. 
Sedih? 
Memang ana sedih. Sedih teramat sangat apabila mengenangkan seorang manusia yang penting dalam hidup ana excident. Sampai sekarang ana masih tertanya-tanya keadaan 'dia'. Adakah 'dia' luka teruk? Menangiskah 'dia' ketika ini? Macam mana 'dia' boleh excident? Bermacam-macam persoalan yang timbul namun satu soalan pun ana masih belum mendapat jawapannya..

4 hari.

Ana menunggu. 

Menanti.

Namun sampai kini bayangan mesej atau call dari 'dia' masih juga tiada..

Senyap.

Sunyi.

Handphone ana sering ana bawa ke mana-mana ~kecuali tandas la~ kerana ana mahu apabila 'dia' menelefon ana nanti, ana ada untuk dia. Setiap kali selepas solat, airmata ana mudah sangat mengalir apabila terkenangkan 'dia'. Ana rasa bersalah sangat. 'Dia' sedang sakit sekarang namun ana langsung tidak mampu menolongnya sedangkan selama ini apabila ana kesusahan 'dia' datang menghulurkan bantuan dengan senyuman.




Kenapa tak call member atau family 'dia'? Mesti semua tertanya-tanyakan.. Ana tidak punya nombor member2 atau nombor familynya melainkan nombor ibunya. Tapi jika ana bertanya pada ibunya walhal ibunya langsung tidak mengetahui perihal 'dia' excident macam mana? Nanti kecoh pulak satu kampung. Ana tak nak bimbangkan ibunya. Mungkin itu juga yang dia mahukan.




Ana hanya mampu berdoa untuknya dari jauh. Semoga dia sentiasa tabah dan sabar menghadapi dugaan ini.. Ana akan menunggu panggilan dan berita daripadanya!

buat 'DIA' : Sue tunggu.. Sue akan tunggu.. Dan Sue akan tetap tunggu. Semoga cepat sembuh!

p/s : Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.

Wednesday, December 7, 2011

Love two people at the same time

Bismillahirahmanirahim..


✿~If you love two people at the same time, choose the second one.
Because if you really love the first one, then you wouldn't have fallen for the second..~✿
..JONNY DEPP..

Rasa macam tertarik untuk post ayat ni.. Erm.. Love two people at the same time? Aiyark.. Semacam je ayat ni.. Hahaha.. Tapi kalau nak di ikutkan tentang part yang love two people at the same time tu rasanya tak ada masalah je kalau benda tu terjadi.. Kita mesti love our parents kan? Tak ke tu pun at the same time? Aish.. konpius betoi laa..

Fikir-fikirkanlah...