CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Wednesday, September 21, 2011

PesAnAn sEsEoRaNg

Bismillahirahmanirahim..

Entahlah hari apa hari tu dan memandangkan ana tiada kelas dan juga waktu tu ana free ana pun bukak facebook ana. Mula-mula tu ana tak perasan ada mesej kat messeges tu. Memang langsung tak layan mesej tu bila dah bukak group SAHABAT ISTIMEWA. Kejamkan? Hehehe.. Ala, bukan selalu macam tu. Kadang-kadang je.. Ana ni bukannya femes sangat sampai ada je orang nak mesej ana. So, ana buat tak layan je dulu. Tak kena sawan pun kalau tak tengok mesej tu. Serius ana cakap, memang ana tak kisah langsung dengan mesej tu.

Lastly, ana rasa terpanggil untuk tengok mesej tu. Siapa yang hantar mesej kat ana? Owh.. Farahiyah rupanya. Kawan satu sekolah ana dulu.. Dah lama ana tidak berjumpa dengan dia. Rindu pulak pada beliau.. So, ana bukak la mesej dia dengan kekuatan di hati bahawa dia tidak menghantar mesej cintan cintun pada ana. Heh, mengada je ana nikan? Mesej yang beliau hantar agak menyentuh sanubari dan lubuk hati ana la. Dah berlubuk hati ana ni sebab baca mesej dia tau..

i hope that u will like this :
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang, 99 di simpan di sisinya dan hanya 1 bahagian di turunkan ke dunia. Dengan kasih sayang 1 bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak...

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan.. segala yang kau pandang dan dengar, simpan... buat pedoman.... @_^

Antum semua bayangkanlah. Hanya 1 bahagian sahaja Allah turunkan kasih sayang ke dunia sedangkan banyak manusia yang sampai berbunuh kerana berebutkan kasih sayang. Tak kurang juga manusia yang tidak mempunyai rasa kasih sayang sehingga sanggup membunuh. Contohnya kat Palestin tu. Memang macam apa je bunuh orang yang tak berdosa. Binatang pun kenal makhluk yang sama spesis dengan dia.


Bayangkanlah jika Allah turunkan lebih banyak lagi kasih sayang ke dunia? Mungkinkah dunia semakin aman atau huru hara? Fikir-fikirkan bersama. Wallahualam.

p/s : Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.

0 comments:

Post a Comment

syukran