CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Wednesday, September 7, 2011

Erti Hidup

Bismillahirahmanirahim...

Ana masih begini. Mencari identiti yang masih kabur. Masih samar. Ana ada membeli sebuah buku karya Hlovate. Contengan Jalan tajuknya. Mengenai contengan perjalanan pengalaman mencari Tuhan. Ana masih belum habis membacanya. Ana agak sibuk dengan kuliah dan kerja-kerja yang menuntut ana untuk tidak berlapang diri membaca karya itu. Novel itu amat bermakna buat ana. Seperti novel-novelnya yang lain, novel Contengan Jalanan ini juga turut berbicara mengenai seseorang yang mengubah hidupnya 180 darjah. Karya tentang perjalanan sebuah kehidupan. Tentang erti hidup. Tentang perjalanan mencari Tuhan.

"The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh."


Hidup. Ada apa dengan hidup? Perlu apa untuk hidup atau hidup untak apa? Erti hidup? Indah ke hidup ini? Bak kata Hlovate di dalam novelnya yang bertajuk Rooftop Rant, hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada. Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo. Rasa macam dah tak mampu bangkit. Rasa macam dah tak mampu hela nafas. Tapi kita mesti ingat! Allah tak akan bebankan hambaNya dengan sesuatu yang dia tidak mampu.


Ana tidak pandai berfalsafah mengenai kehidupan. Namun, pendedahan demi pendedahan yang ana dapat melalui novel-novel islamik,bloggers yang pandai menitipkan kata mengenai agama membuatkan ana terpanggil untuk berfikir mengenai erti hidup dan kehidupan bagaimana yang harus ana jalani agar redha Allah bersama ana. InsyaALLAH.

"Siapa kata hidup ini seindah yang di impikan? Huh, tipu! Jangan percaya! Kalau bermimpi yang indah mestilah indah tapi kalau hidup asyik indah saja itu bukan hidup namanya. Itu hidup in your own dream. Create dream sendiri semata-mata kerana mahu lari dari kenyataan hidup yang penuh dugaan dan cabaran. Itu pengecut namanya.
Hidup. Ujian. Memang selari. Tidak boleh di pisahkan. Hidup tanpa dugaan tidak akan indah kerana setiap kali selepas di beri dugaan, akan terselit sesuatu hikmah yang tersembunyi. Pelangi tidak akan muncul jika tidak di dahului oleh hujan, ribut dan petir bukan?"

Hidup. Belajar menjadi dewasa. Belajar mengenal ragam manusia. Belajar menjadi manusia yang tidak lupa diri dan asal usul.

0 comments:

Post a Comment

syukran