CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Thursday, September 22, 2011

GeRaM!!

Bismillahirahmanirahim..

Malam ni ana rasa panas je. Memang hot tahap gunung berapi la. Rasa geram sangat dengan statement lapuk seorang saudara seISLAM ni. Kalau ana ni jenis yang mulut lancang, memang dah teruk mamat tu kena. Statement tak boleh di pakai langsung! Eee... Geramnya!! Nak je pergi ganyang mulut dia dengan lada.. Huhuhu... Sabar je la. Astaghfirullahal azim!

---> sue, kadang2 org yg pkai tudung x smstinya baik, rmai kn yg pkai tdung buat maksiat.

Alasan LAPUK la, der! Heh, macam la dunia ni dia beli dengan duit bapak dia. Suka-suka je cakap macam tu. Wei, guna otak la sikit! Jangan guna kepala lutut! Ko ingat dengan bagi awek ko tunjuk aurat kat orang tu elok ke? Dah terang-terang berdosa, kat mana baiknya awek ko tu?? Bagitau aku sekarang!! Ko ni memang tak faham atau buat-buat tak faham dengan apa yang aku bagitau ko hari tu? Aku dah tegur ko elok-elok tapi ko buat donno je.

Aku memang panas hati dengan ko ni. Aku ambil berat pasal semua ni sebab aku tak nak ko sama-sama tanggung dosa lepas tu tarik aku sekali. Aku ni dahlah yang banyak dosa, kalau ko tarik aku sama makin bertambah dosa aku nanti. Maaflah sebab aku tak sopan sikit lam entri kali ni. Aku dah tak boleh nak berlembut dengan ko. Bila aku berlembut ko pijak kepala aku. Ko bagi alasan yang buat hati aku mendidih.

Ya Allah, sabarkan hati ana. Sungguh ana rasa kesabaran ana amat tercabar kala ini. Ya Allah, ampunkan ana kerana mengeluarkan entri sebegini namun ana tidak sanggup melihat dia macam tu. Ana tidak sanggup membiarkan dia begitu. Ana sedih, ya Allah. Sejahat-jahat ana pun ana masih tahu antara dosa dan pahala. Kenapa mereka main-main dengan hukumMu, ya Allah?? Tidakkah mereka takut dengan seksaan di akhirat nanti?

Buat gadis2, wanita2 dan perempuan2 : Jagalah auratmu.. Jangan bangga menayangkan gambar kamu dan pasangan berpegangan dan bersentuhan antara satu sama lain tanpa ikatan yang sah kerana setiap mata yang memandangnya akan menjadi saksi pendakwaan dosa kamu di akhirat. Tak takutkah tangan dibakar api sehingga menyebabkan tubuhmu hancur sama sekali???




Akak2 kat luar sana tu tutuplah aurat ye.. Adik tak nak nanti adik jadi macam akak2 semua yang suka mendedahkan aurat. Adik takut Allah!




mood : geram + sedih + marah + bengang

p/s : jangan sekali-kali buat ana marah!

2 comments:

manis said...

kita sama doakan yg terbaik untuk dia.. agar apa yg dia buat tue nanti dia sedar.. patutnya kalau dia betul syg awek dia, dia tegur ke arah yg betul kan? ish.. kepala ting tong.

Sue Isma said...

yup.. tpi biasa la manusiakn.. aish... macam2.

Post a Comment

syukran