CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Wednesday, September 7, 2011

Keinginan Hati

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah. Masih ada sisa usia yang Allah bagi kepada ana untuk ana mencoret secebis rasa yang kian hari kian menghimpit hati ana. Sukar rasanya untuk ana meluahkan apa yang ana rasa kepada teman rapat ana kerana ana bukanlah seseorang yang pandai bercerita dengan penyusunan ayat-ayat dari bibir sendiri. Ana hanya tahu menyusun kata-kata di atas kertas dan juga di blog yang ana rasakan punya banyak pengaruh pada diri ana.

Ya Allah, sungguh ana katakan bahawa ana perlukan seseorang saat ini untuk mengubah diri ana. Ana tahu ana tidak akan mampu berubah sendiri tanpa bimbingan dari seseorang yang bernama sahabat. Jujur ana katakan bahawa ana mempunyai seorang sahabat baik yang bertudung labuh. Dia seorang yang baik namun ana tidak dapat mencurahkan apa yang ana rasa padanya. Kenapa? Tidak ana ketahui. Ana selesa bersamanya. Namun untuk berbicara dari hati ke hati, rasa selesa itu tidak pernah hadir dalam diri ana. Ana akui bahawa sedikit sebanyak ana berubah sejak mengenalinya namun iman manusia sering berubah-ubahkan? Kadang-kadang rasa putus asa datang bertandang tanpa dijemput. Kala itu ana rasa ana manusia yang hipokrit.

Ana mahu berubah menjadi yang lebih baik namun semakin ana mencuba semakin kuat godaan datang sehingga hampir runtuh iman yang senipis bawang ini. Malu untuk ana katakan bahawa sekarang ini hati ana sudah terpaut pada seorang lelaki. Dia juga mempunyai rasa yang sama terhadap ana. Kami sering bermesej biarpun hanya untuk bertanya khabar. Dia terlalu baik pada ana.

Ana banyak menbaca karya Fatimah Syarha mengenai cinta tanpa noda namun ana seakan tidak mampu untuk mengawal hati sendiri. Ana kalah! Ana lemah! Ana tewas!


Ana ingin sekali menjadi mawar berduri yang takkan mungkin tewas di tangan perasaan yang bernama cinta sebelum kahwin. Namun untuk itu, ana perlukan bimbingan. Bimbingan dari seseorang yang boleh ana percaya. Bimbingan dari seseorang yang mampu membuat ana tiada rasa sangsi untuk berkongsi rasa dengannya. Seseorang sahabat yang sentiasa akan mendengar luahan hati ana dan bersama-sama ana berjuang melawan nafsu sendiri. Seseorang sahabat yang akan membimbing ana mendekati-Nya. Seseorang sahabat yang apabila manusi lain lari menjauhi ana, dia pula berlari mendekati ana dengan memberi harapan bahawa kasihnya pada ana adalah kerana Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment

syukran