CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Friday, September 9, 2011

Love LiFe

A life with love will have some thorns, but a life without love will have no roses.

Ana tidak pandai sangat nak mengulas soal ini tapi ana rasa terpanggil juga untuk post entri mengenai sesuatu yang berkaitan dengan words di atas. Kehidupan yang di sertai dengan kasih sayang akan mempunyai sedikit duri-duri namun kehidupan tanpa kasih sayang tidak akan mempunyai haruman bunga. Ana boleh relate words tu dengan hubungan antara kita semua dengan Allah s.w.t. A life with love to Allah will have some 'ujian' but a life without love from Allah is nothing.


Kita kena berfikir di luar kotak. Jangan tahu ikut semua benda mengikut acuan yang di tetapkan. Contah yang ana boleh nampak pada masyarakat kita sekarang ialah adat bertunang. Of course semua orang tahu bahawa ikatan pertunangan masih belum menjanjikan halalnya hubungan antara pasangan itu. Sedihnya, masyarakat kita pada hari ini lebih suka memberi kebebasan kepada anak-anak untuk keluar bersama tunang masing-masing walhal ikatan itu masih belum halal dan boleh mengundang kepada maksiat serta zina. Alasan mereka ialah untuk lebih mengenali pasangan masing-masing sebelum ikatan perkahwinan termeterai. Astaghfirullahalazim! Moga ana bukan salah seorang daripada orang-orang itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Sebagai seorang muslim, kita patut menjaga pandangan mata kita dari melihat perkara-perkara yang boleh melalaikan dan membawa kepada zina hati. Bukankah muslimah yang baik itu tidak memandang dan tidak di pandang?

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

“Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya."

Tiada yang lebih baik untuk kita cintai melainkan Allah. Tiada sesuatu apa pun yang dapat menandingi cintaNya kepada hambaNya.Ana masih jahil untuk berbicara mengenai perkara ini namun ana cuba mencari input yang terbaik untuk ana persembahkan kepada sahabat-sahabat ana. Mohon antum menegur jika ada kesalahan yang ana lakukan.


p/s : Jaga hati. Jaga diri. Jaga iman.

0 comments:

Post a Comment

syukran