CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Wednesday, September 28, 2011

Pantai Batu Buruk

Bismillahirahmanirahim..

Ok.. Event hari ni ialah pergi bersuka ria ke pantai Batu Buruk.. Semua orang memang happy + excited tak termasuk ana.. Apa taknya, pukul 5pagi dah kena bangun memerah keringat bersama Aisyah dan Kaq Shira memasak mihun goreng..
Part masak-memasak ni memang ana tak kisah even tu bukan specialty ana la..
Ana pandai campak bahan je masuk dalam kuali tu.. Rasa-rasa dah masak ana angkat ajelah kan. Kira ok la tu daripada tak tahu masak langsung.. Seperti yang arwah mak ana bagitau, kalau tak pandai masak bila dah kawin nanti mak mertua halau dari rumah.. Huhuhu.. Agak menakutkanlah statement arwah mak ana tu ye..

Ana memang happy bila bersama dengan budak-budak kelas ana even ana ni tak adalah bercampur sangat dengan mereka. Gelagat mereka mencuit hati ana. Contohnya macam tadi la.. Kami ada ternampak sorang pakcik ni. Orang gila. Dia selamba je pergi selongkar tong sampah yang ada dekat dengan kitorang punya playground.
Oleh sebab kami-kami ni agak baik, kami pun bagilah mihun yang lebih kat pakcik tu.. Ana tengok bukan main berselera lagi dia makan. Alhamdulillah. Rezeki dia ada.

Ok..
Lets move to other story.. Ewah-ewah, bajet macam banyak sangat storynya. Its okey. Ana memang macam ni. Story je memanjang. Dah-dah.. Jangan nak gaduh. Meh ikuti episod seterusnya.

Masa kami selesai main bola beracun ~ana tak main sekali,k sebab segan dengan classmates lelaki~ and tengah posing-posing amek picture tu, ana ternampak sorang budak yang agak aneh dan masa mula-mula tengok buadk tu, hampir-hampir je jantung ana tercabut. Kenapa? Yelah, macam mana tak tercabut kalau siang-siang hari jumpa budak pakai topeng hantu. Ceh, menyusahkan hidup ana je.

Ana buat tak kisah je dekat budak tu masa dia tengah aktif berlari sakan dekat area playground kami tu. Ana pun malas jugak nak menyibuk pasal hantu kecik tu. Even dia sorang-sorang and takde orang teman dia ~pikir kemungkinan yang buruk2~ ana rasa macam takkan jadi pape kot kat dia.. Lastly, ana terpandang dia tengah berbaring atas kerusi batu bata(pekebenda ntah namanya) keletihan. Okey, ana tengok macam kesian kat dia. Then, I think that I should go and talk to him. Bajet ada sifat keibuan la sangat.

So, ana pergilah dengan member ana si Aisyah tu.. Firstly, ana tegur dia lembut2 tapi dia senyap je. Hai, bisu ke dik oi? Nak je ana tanya macam tu tapi oleh kerana atau oleh sebab ana tengah berdepan dengan budak lelaki, ana batalkan niat tu. Ana ambik coklat Nips ~my feveret~ tu then bagi kat dia. Alahai Nips ana sudah terkorban satu. Eh, dia amek la pulak! Gatai betoi la budak ni. Tegur tak nak jawab, bagi coklat ambik pulak.

Memendekkan cerita yang agak panjang, budak tu memang mengejutkan kami-kami semua. Boleh pulak dia mengada bagitau aku yang dia tak nak makan ~masa kawan2 aku promote mihun goreng yang tak habis kat dia~ tapi dia nak bergambar. What?? Aiseh, mengada betul budak ni. Cepuk kang!

So, kami ambiklah gambar dia. Lepas tu dia bisikkan something pada Ayie. Tiba2 dia berdiri dan buat shuffle.. What the...?? Adui.. memang budak ni spesis pelik la.. Macam2 la budak tu buat. Erm.. ana sempatlah berbual dengan dia ~ana dengan dia je sebab dia pemalu orangnya~. Ana tanya nama dia and dia bagitaulah ana tapi sempat lagi dia berpesan pada ana.. "Akaq, jangan bagitau siapa2 ye.."
Ana cuma mengangguk lantas tersenyum semanis madu.


p/s : kalau jumpa budak-budak yang nampak kesunyian, tegurlah dia. Mybe anda akan mengalami benda yang sama macam ana. :-)

0 comments:

Post a Comment

syukran