CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Wednesday, September 21, 2011

The Precious

   Nur  Raudah Syaurah. Terpampang namanya di sampul berwarna merah itu dengan haruman yang menusuk sehingga ke kalbu. Nak bagi hidung aku tersumbat ke ni? Bukan main wangi lagi. Apekebenda pun aku tak tahulah. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, tangannya mengoyak sampul itu dengan rakus. Berterabur sisa-sisa sampul itu di bawah laci mejanya. Apa aku kisah bau harum ke wangi ke sampul ni. Siapa yang suruh taruk banyak-banyak perfume? Memang orang beli perfume tu untuk sembur pada sampul surat agaknya. Habis sebotol gamaknya minyak wangi si pengirim ni. Nasib kaulah sampul sebab dapat pembeli yang bengap macam tu. Aku bersimpati dengan kau.

“Naik hangus dah hidung aku dengan bau perfume cap kuali ni.” Satu kad yang bewarna pink menarik minatnya terbujur kaku di tangan kanannya dan di kiri tangannya pula tergenggam ‘sesuatu’ yang dia pasti dan sangat-sangat pasti bahawa ‘sesuatu’  itu adalah cincin.

Cincin? Aiyoo.. Tukang kedai emas mana pulak yang murah hati sangat ni? Agaknya otak dia dah putus dawai hijau kot. Bukannya murah cincin ni. Aku kerja sebulan kat kedai Pak Saad tu pun belum tentu dapat beli cincin macam ni. Rezeki aku ke ni?

Heh. “Alhamdulillah.” Bukan main lagi gadis itu gembira apabila mendapat cincin itu. Bukan selalu dapat tau. Memanglah kena ada rasa bersyukur yang amat sangat tapi biarlah berpada-pada. Belekan Syaurah pada cincin itu terhenti. Cincin perak yang berbentuk seperti cincin belah rotan itu tidak lagi mampu menarik minat dirinya kala itu melainkan sebaris ayat yang terhidang kemas di atas kad berwarna pink itu.

Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never knew.

Ekk? Someone you love? Love?? Ish, hantu mana pulak yang nak bermain cintan cintun ni? Syura, baca betul-betul la. Mana tahu orang ni silap tulis nama. Tapi Nur Raudah Syaurah tu bukan ke nama yang abah aku kasi? Takkan ada makhluk yang bernama secantik tu dalam sekolah ni melainkan aku? Ceh, perasan jugak aku ni rupanya.

“Syura, apa tu?” Soalan tiba-tiba itu mengejutkan si gadis manis yang terbongkok-bongkok di mejanya. 

Adoi, kantoi sudah! Syaurah berpaling menjamu pandang wajah teman yang menjadi peneman menuntut ilmunya. Kira teman meja sebelah la ni.

“Apa tu apa? Mana ada apa-apa,” balasnya. Masih cuba menyembunyikan kebenaran. Masih mahu membiarkan si teman tertanya-tanya.

“Wangi semacam je ni. Kau bawak perfume ke? Wah, ada kemajuan. Selalunya kau pakai bedak je. Hari ni siap bawak perfume lagi. Bila kau beli?” Bertubi-tubi soalan dari Insyira melanda. Huh, melekat air liur kat muka cun aku ni! Mulut dia ni macam machine gun. Main tembak  rambang je pakai hint yang ntahpape.

“Sibuk la kau ni.” Insyira memuncung. Kalau buat sangkut baju pun boleh mulut minah ni. Syaurah tergelak dalam hati. Tidak berani mahu mengeluarkan suara memandangkan Insyira sudah memuncung.

“Merajuk la tu,” ujar Syaurah seraya melayangkan kad yang hanya mempunyai sebaris ayat itu di hadapan muka Insyira. Bulat mata gadis itu melihat kad yang semerbak harumannya mengalahkan tab mandi puteri raja. Pantas dia menyambar kad itu lalu di baca berulang-ulang kali.

“Mana kau dapat ni?”

“Mestilah orang bagi, takkan kau expect aku pergi beli love letter ni kat kedai kot.”

What?? Love letter? Since when?

“Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan. Aku bukan macam kau. Memanjang je putus dengan pakwe lepas tu tukar yang lain.” Tersengih Insyira mendengar ayat pedas yang keluar dari mulut Syaurah. Pedas! Berbisa!

“Mana la tahukan kau tu. Bukan boleh pakai pun.” Chet, kurang garam punya kawan!

“Huh, tak ada masa aku nak buang masa buat benda yang membuangkan masa aku. Baik aku study lagi bagus. Exam pun dah around the corner,der. Kalau terbabas memang wassalam la. Lagipun, no time for loving doving monkey ni la,” balas Syaurah seraya  berpaling mengadap whiteboard di hadapan kelas. Hingar kelas tidak langsung di hiraukan. Bila cikgu ada meeting je, macam nilah keadaan dunia persekolahan. Masing-masing buka parlimen sendiri.

Kalau yang perempuan, parlimen gossip namanya. Gossip tentang dunia luar dan dalam artis memang menjadi tajuk utama. Kalau yang lelaki tu pulak semua ada. Racing, jamming, haram, halal.. Memang semua masuklah. Tak cukup kat news dalam televisyen tu mereka datang buka pulak parlimen kat sekolah. Buat kelas ni macam kerajaan berparlimen dan berlembaga.

Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never knew. Apa benda ni, beb? Tak fahamlah aku. Siapa punya ayat ni?” Suara serak-serak basah milik Insyira kedengaran. Syaurah mengangkat bahu tanda tidak tahu.

The Unknown Person. Hantu kot.” Mencerlung mata Insyira ke arah Syaurah. 

Mengarut punya member! Ada ke hantu yang bagi. Nak sangat berkasih-kasihantu. Memang sesuai la sangat dengan muka Syaurah yang macam hantu mat lampir tu.

“Nak sangat berkasihantu kau ni.”

“Mangkuk la kau ni. Siapa cikgu bahasa Hantu kau?”

“Aku tak pernah belajar bahasa Hantu la, wei. Aku belajar bahasa Melayu je.”

“Kalau kau belajar bahasa Melayu, kau takkan buat ayat yang bercampur dengan bahasa hantu, bunian and yang sama waktu dengannya tu. Berkasihantu kepala hotak kau la!” Hamik kau! Nak bermonolog luaran dengan aku. Tergelak Syaurah melihat wajah mencuka Insyira.

“Sial kau! Blahlah kau. Malas aku nak layan kau ni.” Syaurah tertawa. Semakin galak menyakat si temannya.

“Kau nak ke tak nak, kau memang kena layan aku.”

Berkerut dahi Insyira. “Kenapa pulak?” Boleh jika di katakan bahawa saat itu Insyira memang layak memegang watak sebagai nenek kebayan di dalam cerita Magika. Memang sesuai sangat. Berkedut seribu. Huduh sungguh!

“Kau mana ada kawan selain aku. Cuma aku je yang boleh tahan dengan mulut laser kau plus machine gun tu. Kalah machine gun yang askar guna dalam cerita Aliens versus Predator tu,” terang Syaurah dan dia seakan sudah bersedia dengan santapan bisa ketam yang akan meninggalkan bekas kemerahan di lengannya.

“Sakitlah, mangkuk!” Jerit gadis itu. Tersengih Insyira. Padan muka!

“Eh, pandai pulak kau rasa sakit. Aku ingatkan kulit gajah tadi. Keras!” Syaurah menjeling tajam. Siaplah kau nanti. Aku carik-carikkan mulut kau tu biar tak boleh bercakap. Jadi bisu pun bagus jugak budak ni. Aman telinga aku.

Syaurah mencapai beg sandang bertulisan Smith gedabak besar yang di penuhi dengan button pelbagai warna. Malas dia melayan Insyira. Di hempas beg itu ke atas meja. Zip di buka. Buku teks Prinsip Perakaunan di tarik keluar. Teringat tentang homework yang di beri oleh cikgu Majid minggu lepas. Heh, esok ada subjek ni lepas rehat, kena siapkan hari ni jugak.

Kepala condong mengadap buku. Tangan mencapai pensel mekanikal di dalam pencil box. Pemadam. Pembaris. Siap. Mata mula memberi tumpuan kepada nombor-nombor yang mula membelit otaknya. Debit. Kredit. Pemiutang. Penghutang. Jurnal Am. Masak betul belajar PA(Prinsip Akaun) ni.

**hidup bukan sekadar hanya untuk makan dan tidur namun hidup ini punya matlamat dan tujuan tersendiri. Firman Allah s.w.t : Tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembahKu**



Siapa kata hidup ini seindah yang di impikan? Huh, tipu! Jangan percaya! Kalau bermimpi yang indah mestilah indah tapi kalau hidup asyik indah saja itu bukan hidup namanya. Itu hidup in your own dream. Create dream sendiri semata-mata kerana mahu lari dari kenyataan hidup yang penuh dugaan dan cabaran. Itu pengecut namanya.

Hidup. Ujian. Memang selari. Tidak boleh di pisahkan. Hidup tanpa dugaan tidak akan indah kerana setiap kali selepas di beri dugaan, akan terselit sesuatu hikmah yang tersembunyi. Pelangi tidak akan muncul jika tidak di dahului oleh hujan, ribut dan petir bukan? Betul seperti kata Hamka, hidup….

“Oit, makan la! Diet ke?” Berdesing telinga Syaurah. Pontianak mana melaung senja-senja ni? Aku nak menulis karya agung pun tak senang. 

Chet! Wajahnya di palingkan ke pintu dorm. Tersengih Ain di situ dengan buah pisang di tangan kanan dan mug di tangan kiri.

“Apa kau cakap?” Soal Syaurah yang kurang mendengar butir perkataan Ain. Pekak ke? Eh, no way! Bukan pekak cuma banyak sisa-sisa sampah di dalam telinga yang belum di earwash lagi.

“Tak nak makan ke?” Soalan berulang kali kedua.

“Tak nak. Diet.” Jawapan sentiasa di dalam lingkungan yang sama. Diet. Huh, nak diet pun takkan langsung tak nak makan? Bukan diet namanya tapi dera.

“Kau nak diet buat apa? Kalau dah besar tu, tak payah la nak diet-diet sangat. Terima je diri kau seadanya,” balas Ain tanpa memikirkan perasaan si kawan.

Chet! Cilakak punya orang! Menghina aku je kerjanya. Syaurah menjeling tajam. Ain yang sudah berlalu ke katilnya hanya bernyanyi kecil. Bagus sangatlah tu. Suara macam katak lembik!

“Syura!!!!”

Adoi, bila la dunia ni nak aman?!

“Kau kenapa, der? Dah dapat job jadi Tarzan versi Tanah Melayu ke?”

Syaurah melempar diari berwarna hitamnya ke tepi bantal. Pantas dia bangkit dari pembaringan dan menuju ke arah locker. Mandi ajelah. Kalau cikgu tanya kenapa tak pergi surau jawablah aku ABC(Allah Bagi Cuti). Alah, alasan memang dah lapuk kot sebab ramai je student yang bagi alasan sama macam tu tapi kalau nak selamat gunalah alasan tu. Mybe dengan warden lelaki bolehlah kot selamat tapi kalau dengan warden perempuan.. Belum tentu malam aku ni indah, der!

“Ni pisang untuk kau. Aku tolong ambilkan,” suara Insyira betul-betul di belakangnya kala itu. Pantas Syaurah melipat maut kepalanya ke belakang. Kus semangat aku!

“Kau ni tak boleh bagi salam dulu ke?” Herdik Syaurah geram. Tersengih Insyirah dengan aura senyuman terlebih madu. Ingat aku cair ke? Boleh blahlah, der!

“Janganlah marah, sayang! I’m sorry,” pinta Insyira seraya meletakkan sebiji pisang di dalam locker gadis itu. Tanpa mempedulikan Syurah yang terbongkok-bongkok mengambil baldi berisi barang-barang mandian, dia menyelongkar locker Syaurah sepuas hatinya. Dari laci yang mengandungi barang berjenama dalaman sehinggalah ke kaki locker. Terpaku Syaurah sekejap melihat gelagat sahabatnya itu. Amboi, suka buat locker aku ni macam hadiah dari bapak dia!

“Mana album gambar tu?”

“Kau nak buat apa? Tak puas-puas lagi ke kau mengadap muka parents aku?” Soal Syaurah seraya mencapai towel yang tersangkut di kepala katil.

“Aku nak usha abang kau yang handsome tu la,” jawab Insyira tanpa berselindung.

“Kau jangan nak mengada la, der. Kau ingat mamat tu pandang ke orang macam kau?”

“Soalan kau tu boleh buat hati aku terluka tau tak!”

Terkekek Syaurah ketawa. Dia tahu Insyira bukan jenis yang mudah ambil hati dengan apa yang dia katakan. Namun, bukan juga jenisnya untuk dia menyorokkan sesuatu yang hakikatnya terbentang di depan mata dari Insyira. Sudah berkali-kali dia katakan kepada Insyira bahawa abangnya itu bukan macam abang orang lain. Taste dia pada perempuan tinggi. Cara dia berkawan dengan perempuan bukan seperti orang lain. Percakapan dia dengan perempuan bukan macam lelaki lain.

“Aku tahu abang kau takkan pandang aku tapi aku tetap akan pandang dia,” ujar Insyira dengan nada tegas. Mahu sahaja Syaurah ketawa. Dia belum kenal abang aku betul-betul lagi. He’s not your type la, der. And  the most important thing is, you are not his type.

“Abang aku bukan macam abang orang lain.” Entah kali keberapa ayat itu di ungkapkan kepada mana-mana sahabat yang menyimpan impian untuk meng‘usha’ abangnya. He is different from us. Very different and always be different from others.

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan AGAMAnya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

0 comments:

Post a Comment

syukran