CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Thursday, September 8, 2011

Sahabat Istimewa

Ana punya facebook. Setiap kali online, benda pertama yang menarik minat ana adalah group SAHABAT ISTIMEWA. Kenapa? Kerana insan-insan di situ adalah insan istimewa yang di hadirkan Allah untuk ana. Alhamdulillah. Ana betul-betul bersyukur. Sahabat-sahabat, semoga tali ukhuwah antara kita kekal menuju ke syurga,insyaALLAH.

A : weh kau tahu x boyfriend aku call 3x shari,love of my life(sambil bt muka)
B : oh really? kekasih aku call aku 5 kali sehari(muka bangga)
A : Bestnya,byk credit kekasih kau?
B : x lah..ni connection wireless
A : (mka x puas hati)hmm.pukul berapa dia call?
B : SUBUH,ZOHOR,ASAR,MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik, aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.

♥ Sebar-sebarkan.Semoga Bermanfaat ♥

*****

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

*****

✿Untukmu HAWA✿

•► Jadilah HAWA yg TINGGI dgn DIDIKAN AGAMA, merendah diri dgn AKHLAK TERPUJI & BAIK HATI..
•► Jadilah hawa yang MENJAGA AURAT & MARUAH DIRI dari sewenang-wenangnya dilihat AJNABI..
•► Jadilah hawa yg sentiasa HAUS akan ILMU NASIHAT & TEGURAN sebagai persiapan menjadi HAWA YG SOLEHAH untuk seseorang yang SAH bergelar SUAMI..
•► Jadilah juga seorang hawa yg mampu menjadi ANAK, IBU & ISTERI yg SOLEHAH serta HAMBA ALLAH yg BERIMAN dan BERTAQWA seperti yg diidamkan olh ADAM(◠‿◠✿)~

*****

Allah adalah sebaik-baik medium antara aku dan dia
bukan sms, bukan ym, bukan fb, bukan kerapnya berbalas mesej bukan dengan panggilan telefon.
cukuplah Allah sebagai medium antara aku dan dia
jika rindu, ku adukan padaNya
jika risau, ku adukan padaNya
... jika sayang, ku adukan padaNya

siapa yang lebih mengetahui tentang diriku dan dia melainkan Allah?
hanya DIA yang mengetahui apa yang diriku suka, apa yang diriku lemah.
hanya DIA yang mengetahui segalanya tentang dia.

jika benar cinta pada pasangan kita, belajarlah mencintai Allah dengan setulusnya.
moga Allah kan pertemukan dengan pasangan yang membawa kita semakin hampir kepadaNya.

jangan murahkan cinta suci dengan teknologi masa kini.
jangan memagari dosa pada satu hubungan yang tak pasti.

wahai muslimin.
jika dirimu belum bersedia menjadi imam, jangan sesekali memberi harapan pada muslimah yang mungkin mengharapkanmu.

wahai muslimah
jangan sesekali menjatuhkan martabatmu dengan mudahnya dirimu menyerah diri kepada muslimin yang belum tentu akan menjadi suamimu.

penuhilah diri dengan ilmu,
moga dengan ilmu yang dirimu ada
dapat meningkatkan kesabaranmu dalam melalui bahtera rumah tangga yang dibina

insyaAllah
amin~




*COPY DARI POST-POST SAHABAT ISTIMEWA..

p/s : Jaga diri. Jaga hati. Jada iman.

0 comments:

Post a Comment

syukran