CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Wednesday, September 7, 2011

Sisa-sisa ayat.

Bismillahirahmanirahim..

Tangan ana tiba-tiba rasa sedikit kaku untuk meneruskan penulisan kali ini. Mengapa? Itu juga yang menjadi tanda tanya pada diri ana kala ini. Mengapa ana berperasaan demikian? Ini dunia ana. Tempat ana mencurah rasa yang membelit jiwa raga ana. Tempat ana menghambur segala bagai cerita yang menghuni minda ana. Mengapa ana merasakan sesuatu yang awkward di sini? Ah, ana tidak mahu menyesakkan otak ana. Biarkan.. Biarkan ia berlalu sendiri.

Rasanya baru semalam kaki ana melangkah meninggalkan rumah untuk meneruskan pengajian ana di sini. Di Terengganu, tempat negeri ana membesar. Memang tidak di nafikan bahawa rumah ana dan tempat ana menuntut ilmu ini tidak sejauh bumi dan pluto namun kadang-kadang rindu bertamu. Menggamit diri ana untuk pulang ke rumah. Kembali kepada teman-teman yang pernah sama-sama berjuang mengharungi waktu persekolahan.

Indah. Bahagia. Suka. Duka. Sahabat. Kawan. Teman. Senyum. Hilai. Ketawa. Ana rindukan semua itu. Di sini bukan tiada semua itu namun rasa kekosongan itu tetap hadir. Susah untuk ana terangkan di sini mengapa itu yang ana rasakan. Cukup ana katakan bahawa ada sesuatu yang masih belum lengkap dalam diri ana. Masih ada sesuatu yang ana cari untuk melengkapkan diri ana yang tidak sempurna ini.

Nampaknya masa ana terlalu singkat hari ini bersama kalian. Ana perlu ke kelas. :-) Semoga kita sama-sama di bawah naungan rahmatNya. Amin.

p/s : Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Pesanan buat ana juga.

0 comments:

Post a Comment

syukran