CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Monday, September 12, 2011

sTory MoRy

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah. Ana masih bernafas. Masih juga di beri kesempatan oleh Allah untuk menulis coretan hati. Terima kasih ya Allah kerana memberi hambaMu ini kesempatan untuk menggerakkan jari jemari di atas keyboard ini. Tiada apa yang ana mampu katakan saat ini. Syukur yang tidak terhingga ana panjatkan buat Ilahi.

Sahabat-sahabat, ana mahu sekali berkongsi cerita, berkongsi rasa dengan antum. Berkongsi peristiwa semalam yang masih berbekas di ingatan. Peristiwa yang cukup memberi kesan buat hati dan hidup ana. Peristiwa yang memberi seribu makna buat diri ana.

Berhari malah berminggu ana memikirkan soal yang satu itu. Dia seorang yang baik,memahami diri ana dan yang paling penting dia menyayangi ana. Namun, ikatan antara kami tidak memungkinkan ana dan dia bersama. Dia masih lelaki ajnabi untuk ana. Ana tidak mahu menyerahkan sayang ini kepada dia yang belum halal buat ana. Bila di fikirkan balik, perubahan yang hendak di buat mestilah bersungguh-sungguh kerana Allah dan ana tidak mahu perasaan ana padanya menyekat rasa cinta ana untuk Allah. Syaitan tidak akan mudah menyerah kalah selagi anak Adam tidak menunduk kepada kemahuannya bukan? Inilah jalan yang terbaik untuk ana,insyaALLAH.

Semalam, dengan berbekalkan sedikit kekuatan dan tekad di dada ana mencapai handphone. Lafaz bismillah ana dahulukan. Ana menaip beberapa baris ayat yang mudah untuk dia fahami. Ya Allah, berikan dia kefahaman untuk apa yang akan ana khabarkan padanya. Nombornya ana cari lantas dengan sepenuh kepercayaan bahawa Allah akan menolong niat ana, baris-baris ayat itu ana hantar kepadanya.

Bip! Dada ana rasa mahu pecah namun ana gagahkan jua untuk membuka mesej darinya. Ya Allah! Ana rasa ana mahu menangis saat itu juga tapi malu pulak sebab member sebilik ada. :-)

Ana : Salam. Boleh tak kita bersahabat kerana Allah? Ana harap anta faham dengan apa yang ana inginkan. Jika jodoh ada antara kita insyaALLAH kita akAn bersama. Bukankah Allah sudah mengatakan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat? Buat masa ini ana mahu kita fokus pada study kita dan sama-sama mendapatkan cinta Allah. Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya,insyaALLAH.

Dia : Wa'alaikumsalam. Itu juga yang M__ harapkan. :-)

Alhamdulillah. Dia memahami ana. Semoga dia berjaya di dalam hidupnya. Jika betul dia adalah jodoh ana, mudah-mudahan Allah mengikat kami dengan ikatan perkahwinan namun jika dia bukan jodoh ana, ana percaya akan ada lelaki lain yang akan Allah anugerahkan kepada ana untuk menjadi imam ana. Semoga ana mendapat lelaki yang boleh membimbing ana ke jalan yang di redhaiNya dan semoga dia di temani pendamping yang solehah.

Ana mahu menjadi yang solehah buat imam ana yang soleh kelak. Itu cita-cita ana.


Ya Allah..
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..
Allahumma Ameen.



To 'dia' : Syukran jazilan kerana memahami. Kerana pernah membuat diri ini tersenyum kala duka. Kerana mengajar diri ini erti hidup. Kerana menjadi teman yang terbaik. Fi amanillah.

To 'ana' : Ingat sayang. Muslimah yang baik ialah yang tidak di pandang dan tidak memandang. Jaga solatmu, jaga batasmu.

p/s : Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.

0 comments:

Post a Comment

syukran