CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Thursday, October 20, 2011

BaGaiManA BidAdARiMu??

Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.





p/s : Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.

Wednesday, October 5, 2011

Renungan Betapa Berharganya Wanita





Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."



sumber: http://www.fcukz.co.cc/2011/04/renungan-betapa-berharganya-wanita.html?showComment=1317756256463#c6709819370474073991

Monday, October 3, 2011

Ni keje Bangang ke pe???

Ok... Tajuknya memang agak jahat sikit tapi izinkan ana berbahasa kasar sedikit untuk entri kali ni..
Melampau tahap tak ingat la manusia-manusia yang hanya fikir nak untung ni..
Hal agama pun boleh main-main.. Aku memang dah rasa macam nak gulung orang je buat tikar lepas tu kerat 18 kali, campak dalam mulut buaya.. Apa kejadah yang pergi luluskan projek bina gereja tu..
Dah la besar gila... Apa ko ingat ni negara apa?? Ni negara ISLAM la wei.. Nilah kalau manusia yang guna akal lutut bukan akal kat kepala..

Aku malas nak tulis lebih-lebih sebenarnya.. Nanti habis keluar ayat yang tak berapa sopan.. 
Hilang kecomelan aku nanti..
Panasnya hati aku.. Sanggup gadaikan agama hanya kerana nak untung?? Manusia jenis apa la dorang ni..
Agak la, der.. Duit tu ko ingat halal ke? Buka tempat maksiat sana sini just nak untung.. Kiranya boleh bagi peluang kerja kat orang la. Macam tu? Ko nak bagi anak-anak dorang yang bekerja kat tempat macam tu makan duit yang.... ~pikir sendiri~? Bila sumber yang tak baik tu jadi darah daging anak-anak yang baru nak membesar tu, agak2 korang pe yang jadi nanti??

Ok,fine! Aku merapu and aku main campur je yang mana aku nak tulis.. Yang mana korang boleh faham, korang fahamlah.. Kalau tak boleh faham gak, bagitau aku as soon as possible.. Nanti aku buat research and bagi korang hadap+hadam semua ni biar berbekas kat hati, jantung dan limpa korang!


Saturday, October 1, 2011

Last Wish

Bismillahirahmanirahim..

Last wish did't mean that i will never come back but ana just nak wish la pape yang patut kat you all..
Sayanglah nak tinggal blog ana ni.. Siapa yang baik jantung dan limpanya untuk jaga blog ana? Angkat banner masing-masing.. Hurm.. Siapa-siapa? Takkan tak ada yang sudi?

Ok2.. No kidding2.. Rasa sedih ni tau.. :-( Bukan kejap nak tinggal ni. Apa-apa pun tolong doakan keselamatan ana ye.. Ana sayang u all. Kat sini ana nak wish :

---<@ Semoga berbahagia selalu
---<@ Semoga dapat update entry yang best2 je selalu
---<@ Semoga di kurniakan kesempatan untuk menjengah blog ana ni biarpun nanti akan bersawang dan berkerawang
---<@ Erm.. Semua wish yang ada kat dunia ni ana nak wish tapi ana tak boleh nak tulis panjang2 nanti patah riuk tangan ana

Betul-betul rasa sedih sekarang bila dah lama dengan blog kesayangan ana ni.. Ana sayang blog ana ni tau walaupun dia tak cantik macam blog orang lain.. Ana rasa nak menangis la pulak.. Erm.. Love u all because of Allah s.w.t..

Baby pun nak nangis jugak ke?

~Sekadar Renungan Bersama~

Bila dirimu sekarang sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju RedhaNya, Bersabarlah dengan keistiqamahan.. Demi Allah, dia tidak datang kerana ketampanan atau kecantikan, kepintaran ataupun kejayaan tapi Allah lah yang menggerakkan. Janganlah tergesa-gesa untuk mengekspresikan cinta kepada dia, sebelum Allah mengizinkan.. Belum tentu yang kau cintai adalah yang terbaik untukmu.. Siapakah yang lebih mengetahuui melainkan Allah?? Simpanlah segala bentuk ungkapan cinta dan derap hati rapat-rapat, Allah akan menjawab dengan lebih indah disaat yang tepat ^_^

p/s : Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.

BUKAN KERANA TERPAKSA 5

Hajah Naimah merenung wajah polos Aisya yang sedang tidur. Kesian gadis itu. Begitu teruk demamnya selepas tersesat di dalam kebun petang semalam. Entah apa yang di carinya di dalam dusun arwah ayah Haji Razlan yang sudah menjadi milik adik iparnya itu. Hajah Naimah juga pelik dengan perangai Aisya. Menangis saja kerjanya dari pagi tadi sampai demam-demam. Tangannya menyentuh dahi gadis itu lembut. Panas! Biarpun sudah berjam-jam di letak kain yang di basahkan dengan air namun panas badannya masih berdegil tidak mahu turun.

“Umi, macam mana?” Suara Amar tiba-tiba kedengaran di belakangnya. Pantas wanita separuh umur itu berpaling memandang wajah anak tunggal lelakinya itu yang segak berbaju melayu warna krim cair. Pastinya anak muda itu baru balik dari surau. Di kerling jam loceng di atas kerusi studi. Dah pukul 9.32 malam.

“Macam ni jugaklah along. Tak surut-surut pun lagi demamnya ni. Risau la umi,” ujar Hajah Naimah sayu. Amar melangkah masuk ke biliknya mendekati umi yang duduk di birai katil. Matanya memandang wajah Aisya yang tidak bertudung kala itu. Kain basahan masih melekat di dahi gadis itu. Hembusan nafasnya tidak selaju seperti mula-mula dia menemui gadis itu di dusun lewat petang semalam.

“Kita bawak pergi kliniklah umi.”

“Nanti mengamuk pulak dia kalau dia tahu kita nak bawak dia pergi klinik. Semalam pun bukan main marah lagi dia pada along. Emosi dia pun tak stabil sangat lagi ni,” bantah Hajah Naimah. Dia takut jiwa Aisya terganggu jika terus memaksa gadis itu. Semalam pun sudah seperti di rasuk hantu dia memarahi Amar apabila lelaki itu mahu membawanya ke klinik.

“Habis takkan nak biar macam ni je, umi?”

“Kita tunggu dulu sampai besok pagi. Kalau tak kebah jugak demamnya ni, kita bawaklah dia pergi klinik,” putus Hajah Naimah. Amar mengangguk akur.

“Kalau itu yang umi rasa cara terbaik, along ikut je.”

Mata pemuda itu kembali meratah wajah isterinya lama. Rasa kasihan dan menyesal bergabung menjadi satu. Dia marah sebenarnya. Marah dengan diri sendiri kerana sanggup melukakan hati gadis yang tidak bersalah itu. Entah apa yang merasuknya semalam sehingga dia begitu pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan Aisya.

“Umi keluar dulu ye, sayang. Along tengok-tengokkan la Isya tu. Jaga dia betul-betul,” ujar Hajah Naimah dengan maksud yang mendalam. Amar mengengguk laju. Jika umi tidak menyuarakan pesanan itu pun, dia tetap akan menjaga Aisya. Gadis itu terlalu berharga buat dirinya. Gadis itu adalah sebahagian dari hidupnya kerana Aisya Amani adalah isterinya.

Langkah Hajah Naimah hanya di pandang sekilas. Sebaik sahaja pintu bilik bujangnya itu tertutup rapat, Amar pantas mendapatkan Aisya. Maafkan abang, Sya. Abang bersalah tapi Sya yang mulakan. Siapa Emir, Sya? Siapa dia dalam hati Sya? Jawab, Sya! Wajah Aisya yang sedikit pucat seakan mencarik-carik sekeping hati miliknya. Alahai, kenapa dengan kau ni Am? Lemah betul.

Hampir lelaki itu menitiskan airmata namun dia sedaya upaya cuba menahan gelodak hati yang kian menghimpit dada. Dia sayangkan Aisya atas alasan gadis itu adalah isterinya. Layakkah aku menjadi suaminya? Aku memarahinya kerana mesej dari Emir yang mengatakan rasa rindu kepada iseri aku. Salahkah aku jika aku marah? Tak! Emir yang salah. Tidakkah dia tahu bahawa Aisya adalah isteri aku? Adakah aku cemburu? Tidak sama sekali. Aku marah kerana dia adalah isteri aku!

Am,betul ke kau sayang dia sebab dia isteri kau? Ikhlas ke sayang kau tu? Suara hati bagai terngiang-ngiang di telinga. Tak mampu dia menjawab soalan yang berlegar-legar di fikiran kala itu. Ah, persetankan semua tu. Dia isteri aku! Aku berhak ke atas dia.

“Ma, Isya sakit. Mana ma pergi? Kenapa tinggalkan Isya?” Suara Aisya begitu sayu mengetuk gegendang telinga lelaki itu. Dia terkedu. Sungguh dia tidak tahu cerita sebenar di sebalik masa silam isterinya itu. Hanya cerita yang di korek sendiri daripada abah yang menjadi pengetahuannya dalam menilik isterinya itu.

******

“Isya tu sejak kecil lagi dah kehilangan ma dia. Arwah meninggal sewaktu Isya masih merah lagi. Abah pun tak rapat sangat dengan dia sejak dia kecil sampai sekarang. Tapi dia seorang anak yang mendengar kata, Am. Mesti Am tertanya-tanya kenapa abah tak rapat dengan Isya berbanding dengan alongnya kan? Abah tak mampu nak ungkit kesalahan abah sendiri. Biarlah Isya yang ceritakan semuanya pada Am,” kata-kata abah membuat Amar terdiam.

Bertanya Aisya seakan menjerut leher sendiri. Mahukah gadis itu bercerita padanya? Berkongsi kisah silam dengannya? Ah, jangankan nak bercerita pada aku tengok muka aku pun belum tentu minah tu hendak.

“Arwah ma sakit apa, abah?”

“Sakit kanser.”

Suara abah kedengaran tersekat-sekat. Amar kembali terdiam. Adakah patut aku bertanya lagi? Mungkinkah hati abah akan terluka kalau aku terus bertanya mengenai arwah ma? Bagaimana mungkin abah tidak terluka sedangkan sudah lama dia hidup sendiri tanpa berfikir untuk mencari pengganti. Abah memang seorang yang setia pada cintanya biarpun sudah hampir 19tahun arwah ma pergi meninggalkannya.

“Abah harap Am takkan sia-siakan Isya. Hatinya keras tapi mudah di lembutkan kalau kena pada gayanya. Dia kesunyian Am. Abah tahu dia kekurangan kasih sayang abah dan alongnya tapi abah tak mampu untuk terus terusan memandang wajah dia. Dia mirip wajah arwah ma,” sambung abah lagi.

Mirip wajah ma? Cantik! Abah pun handsome lagi sekarang ni walaupun dah tua. Kalau nak kawin dengan anak dara pun boleh. Rambtu je yang sedikit beruban tapi badan masih tegap lagi. Kalau tidak masakan dia masih gagah bekerja walaupun Anisa sering menghantar duit untuknya. Bukan Amar tidak pernah tengok duit simpanan abah. Terbeliak juga mata Amar sewaktu abah menghulurkan buku bank Tabung Haji kepada Amar sewaktu menemani abah memasukkan duit ke dalam akaun simpanannya. Abah pun sudah dua kali mengerjakan haji dan umrah. Dasyat jugak abah tu.

*******

“Nak air..”

Tersentak Amar apabila terasa lengannya di cengkam kuat. Jatuh pandangannya pada wajah mulus Aisya. Terkumat kamit bibir itu menyebut perkataan tanpa satu pun dapat di fahami oleh Amar. Apahal pulak minah ni? Sawan ke? Dah tahap kronik bini aku ni.

“Sayang, bukak mata tu,” bisik Amar. Sayang? Sejak bila pulak ni, Am? Heh, sejak aku rasa jantung aku macam berlari marathon bila dekat dengan dia. Dah nak tercabut jantung ni. Nasib baiklah aku guna gam cap gajah. Keras! Melekat je.

“Sya nak air,” pinta Aisya lagi. Matanya di buka sedikit dengan susah payah. Macam ada gunung je kat atas mata ni. Kenapa Amar tak ambil jentolak je runtuhkan gunung ni. Senang sikit aku nak bukak mata kalau macam tu.

“Sayang nak air? Kejap ye abang ambilkan.”

Pekak ke laki aku ni? Dah dua kali aku kata nak air. Karang lebam mata tu aku tumbuk. Aku dahlah letih nak bercakap banyak ni, dia buat lawak tak lucu pulak kati sini. Panas betul la!

Tangan kanan Amar pantas mencapai gelas yang sudah berisi air. Tangan kirinya menampung badan Aisya agar gadis itu dapat minum dengan senang. Dengan lafaz bismillah, gelas itu di sua ke bibir Aisya. Perlahan-lahan gadis itu meneguk air yang terasa seperti pasir masuk ke rongga tekaknya. ‘Ni air ke pasir? Nak bagi aku mati awal ke?’ Detik hati Aisya. Kali kedua Amar mahu menyuakan air kepada Aisya, gadis itu dengan pantas menolak.

“Minum sikit lagi sayang,” ujar Amar lembut.

“Tak nak. Tak best!” Balas Aisya sedikit kasar. Tersenyum Amar mendengar kata-kata Aisya itu. Gelas kembali di letakkan di atas meja di sisi katil. Rambut  Aisya di usap penuh kasih.

“Memang la tak best sayang. Air suam je pun, bukan air fresh orange,”kata Amar dengan senyuman meleret.

“Air ke? Rasa macam pasir.”

Tergelak besar Amar. Mata Aisya kembali terkatup. Malas mahu melayan Amar. Makin di layan, makin menjadi pulak perangai lelaki itu nanti. Tangan Amar masih menampung berat gadis itu. Masih kejap memaut badan Aisya tanpa sedikit pun rasa kebas. Tak adalah berat sangat minah ni macam Syarha tu. Best pulak peluk dia ni. Buat bantal peluk tiap-tiap malam okey jugak. Tak payah susah-susah keluar duit beli bantal peluk.

“Awak, Sya nak tidur ni.”

“Tidur la.”

“Baringkan Sya la. Takkan awak nak Sya tidur macam ni? Sya letih ni,” nada suara itu kembali sayu. Letih sangat ke layan perangai abang? Kesian kat sayang abang ni.

Satu ciuman singgah di dahi gadis itu sebelum Amar kembali menletakkan kepala gadis itu ke atas bantal perlahan-lahan. Mendengus gadis itu tidak senang dengan perlakuan Amar yang di anggap mengambil kesempatan ke atas dirinya yang lemah kala itu.

“Gatal.” Tercetus kata-kata itu dari bibir Aisya.Matanya dari tadi masih terkatup rapat. Langsung tidak mahu memandang wajah Amar.

“Apa sayang cakap? Abang gatal?”

Tiada respon. Senyap.

“Sayang..”

Masih kaku. Beku.

“Nak kena sayang abang ni. Buat-buat tak dengar abang tanya pulak.”

“Sya nak tidur la..”

“Eh, ada suara. Ingatkan bisu. Mari abang tolong picitkan kepala sayang tu,” usul Amar. Tangannya lembut memicit kepala isterinya yang sudah mula mendapat tempat di hatinya itu. Tiada gerakan memprotes dari Aisya. Sudah tidur barangkali gadis itu. Mungkin penat berkejaran dengan ‘hantu’ petang semalam. Hantu? Tergelak kecil Amar apabila mengingati peristiwa isterinya bertembung dengan hantu di dalam dusun pak langnya. Penakut betul bini aku ni rupanya.

Amar masih tekun memicit kepala isterinya. Sedaya upaya di tahan kantuk agar tidak tertidur. Dia mahu memberi sepenuh keselesaan kepada isterinya itu. Wajah Aisya di renung penuh kasih. Entah bila perasaan sayang ni ada buat Sya tapi abang ikhlas Sya. Abang betul-betul sayang pada Sya.

Amar merebahkan badannya di sebelah Aisya. Biarpun agak sempit namun muat untuk mereka berdua. Di kucup dahi isterinya itu. Lama. Di lepas perlahan-lahan lantas badan kecil Aisya di peluk erat. Semoga ada ketenangan bertamu di dalam tidurnya. Mata Amar semakin memberat dan terus terkatup. Abang sayang Sya.

*****

Amnah memandang bekas makanan yang berisi bubur lambuk itu sepi. Sesepi hatinya kala itu. Kenapa mesti dia yang pergi ke rumah Hajah Naimah sedangkan Ikhwan ada? Ah, ma ni memang sengaja nak aku pergi beramah mesra dengan Makcik Mah tu. Aku bukan suka sangat kat Syarha yang kepoh tu. Bala betul la.

“Angah! Kenapa tercegat macam patung lagi tu?” Tegur Hafifah yang baru masuk ke ruang dapur itu. Segenggam daun pucuk ubi di tangan kanan dan sebilah pisau di tangan kiri. Ambil pucuk ubi pun kena guna pisau ke ma aku ni? Melalut je. Ma pergi ambil lengkuas kot.

“Angah malas la, ma. Ma bukan tak tahu angah tak suka Syarha tu. Nak jugak suruh angah pergi rumah Makcik Naimah tu. Tak suka betul la,” rungut Amnah dengan wajah berkerut. 

Dia bergerak ke arah peti ais. Gelas di isi air sejuk lantas di teguk rakus. Mahu menghilangkan dahaga kerana sudah sehari suntuk dia bekerja di kebun membantu ayahnya. Biasanya sewaktu cuti sekolah begini dia akan turun ke kebun dari awal pagi sehingga matahari tegak di kepala. Dia mahu meringankan beban ayahnya yang sudah uzur itu. Mahu mengharapkan abang sulung, abangnya itu masih belajar di tahun akhir diplomanya. Itulah satu-satunya harapan keluarga mereka dan juga anak harapan ayahnya. Lelaki sulung katakan.

“Pergi la kejap. Abang Am pun ada kat rumah sekarang. Takkan tak nak jumpa dengan dia?” Soalan Hafifah itu mengusik hati gadis itu. Abang Am. Tapi dia dah jadi milik orang, ma. Angah bukan pilihan dia. Ingin diluahkan kata-kata itu namun akal segera melarang. Secepat mungkin air di teguk lantas gelas yang masih bersisa air di letak ke dalam singki. Di tinggalkan sahaja gelas itu begitu tanpa niat mahu membasuhnya.

“Buat apa angah jumpa dia? Kan dia dah jadi suami orang. Tak manis pulak nanti.” Tak manis? Kau teringat kat dia tiap-tiap malam tu manis ke, Amnah Malihah oi?!

“Sebelum ni berkepit je dengan si Am tu okey je,” balas Hafifah dengan wajah berkerut. Dulu sebelum Amar pergi ke Mesir, Amnah juga yang berkepit dengan Amar tu macam belangkas. Bila tiba sahaja musim cuti sekolah, gadis itu selalu tunggu Amar balik dari asrama kat simpang jalan masuk ke rumah pemuda itu. Bukan dia tidak tahu isi hati anak gadisnya itu. Biarpun Amar agak kekok melayan gadis itu namun pemuda itu tidak pernah tunjukkan perasaan itu terang-terang di depan Amnah. Mahu menjaga hati gadis itu barangkali.

“Ala ma ni. Tu sebelum abang Am pergi Mesir. Lagipun dah bertahun-tahun kot angah tak jumpa dia. Masa dia kahwin hari tu pun bukan angah pergi,” ujar gadis itu yang sudah melipat sila di tangga depan pintu masuk ke dapur.

“Ma tengok isteri dia tu comel tapi muda sangat. Mungkin tua dua tiga tahun dari angah.”

“Biar la dia.” Ma aku ni sengaja nak buat aku terbakar ni.

“Sesuai sangatlah dia dengan Am tu. Seorang comel seorang lagi bukan main lagi handsome.” Amboi, pandai je ma aku ni puji abang Am tu.

“Anak ma ni tak comel ke?” Suara itu kedengaran agak keras menusuk halwa telinga Hafifah. Cemburu? Mahu sahaja dia menghamburkan tawanya di situ namun demi menjaga hati anaknya, ditahan tawanya itu.

“Tak comel tapi manis, sayang.” Jawapan itu mengundang senyuman manis di bibir Amnah.

“Betul ni?”

“Betul la.”

“Ma tak tipu?”

“Buat apa ma nak tipu? Bukan dapat duit pun. Lagipun..”

“Lagipun apa, ma?” Terburu-buru suara itu bertanya. Wanita yang berusia did lam lingkungan tiga puluhan itu tertawa.

“Amboi, cepat je nak tahu ye,” usik Hafifah. Tersipu-sipu Amnah dengan teguran itu.

“Ala, cepatlah bagitau.”

“Kan angah anak ma. Mestilah manis macam ma jugak,” ujar Hafifah bersama dengan tawa yang masih belum bersisa. Demi mendengar sahaja ayat itu, terus tawa Amnah terkeluar  sama.

“Ma ni perasan betul.”

“Eh, betul la apa yang ma bagitau tu. Kalau tak tumpah ke nasik, nak tumpah kat mana pulak kuah tu. Takkan nak tumpah atas baju orang?” Soalan Hafifah semakin membuat Amnah tertawa riang. Ma memang pandai buat anak-anaknya rasa bahagia. Angah sayang ma sangat-sangat!

“Dah-dah. Jangan nak berangan kat situ. Pergi hantar makanan tu kat rumah abang Am,” arah Hafifah sedikit tegas. 

Memuncung mulut Amnah menurut perintah. Dia sebenarnya agak keberatan mahu ke sana kerana dia takut tidak dapat mengawal perasaan bila bertemu dengan Amar. Lebih-lebih lagi jika matanya di saji dengan adegan romantik Amar dengan isterinya comelnya itu. Dia betul-betul tidak sanggup.

Sewaktu dia mendapat berita tentang Amar yang mahu berkahwin pun, dia sudah hampir kehilangan diri sendiri. Seminggu berendam airmata tanpa di ketahui sesiapa. Seminggu jiwanya terseksa. Seminggu dia mengajar diri menerima hakikat bahawa Amar bukan miliknya tapi sudah dimiliki gadis lain. Seminggu dia menderita. Seminggu dia lesu tak bermaya. Namun masihkah ada sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki yang di kasihinya itu?

*****

Aisya merenung skrin yang memaparkan wajah Daniel Radcliffe tanpa perasaan. Mindanya terbang entah ke mana. Sweater merah hati yang tersarung di tubuhnya di biarkan terbuka tanpa di butang. Matanya hanya di skrin namun entah apa yang di fikirkannya. Dia betul-betul sudah ada dunianya sendiri tanpa kehadiran manusia lain.

“Sya sayang…”

Tiada respon.

“Sya tengok apa sampai nak tembus muka Emma Watson tu?” Soalan Amar masih tidak mendapat respon daripada Aisya. Berkerut dahi lelaki itu. Air suam yang di ambil di dapur di letak di atas meja. Ubat panadol turut tersadai di tepi gelas kaca itu. Badannya di henyak ke atas sofa berhadapan dengan Aisya.

“Sya, takkan tengok cerita Harry Potter pun sampai terbawa-bawa dalam dunia nyata.”

Diam. Sunyi. Amar menggaru kepala yang tidak gatal. Apa kena dengan bini aku ni? Takkan trauma kot?

“Sya…”

“Jangan kacau saya boleh tak?” Soalan selamba dari Aisya menyentak jantung hati Amar. Amboi, sombong betul bini aku ni.

“Yelah, abang senyap. Abang tak kacau Sya lagi dah. Sombong!”

“Apa?”

“Tak ada apa-apalah. Abang cakap Sya sombong.”

Aisya menjeling tajam. Abang? Tolonglah.. Nak termuntah aku dengar. Lepas apa yang kau buat kat aku masa dekat kebun hari tu memang rasa hormat aku kat kau dah tak ada. Kosong. Zero. Empty. Tak ada space kemafan untuk kau dah, Amar Ziqrullah!

“Sayang, petang esok ikut abang pergi rumah kawan abang boleh? Dia nak jumpa dengan sayang abang yang comel ni. Lagipun..” Jelingan maut dari Aisya membuatkan Amar terdiam. Garang betul perempuan ni!
Amar menampar pipinya berkali-kali. Gatal sangat nak bercakap tu kenapa? Aisya tu tengah marah, takkan nak tambah kemarahan dia lagi?

“Assalamualaikum..”

Konsentrasi Aisya terganggu. Pantas salam itu di jawab di dalam hati. Siapa pulak yang datang ni. Nak kata Syarha tak mungkin. Adik iparnya itu keluar ke Bandar bersama Hajah Naimah dan Haji Razlan.

“Wa’alaikumsalam..” Suara Amar yang seiring dengan gerakannya menuju ke pintu utama mendapat perhatian Aisya. Mata gadis itu hanya menurut tingkah si suami. Malas rasanya mahu bangkit untuk bersama Amar melihat gerangan tetamu itu.

“Eh, Malihah rupanya. Jemputlah naik.” Ajakan Amar mengundang senyuman Amnah sekaligus tertanya-tanya di mana gerangan wanita yang sudah berjaya menambat hati abang Amarnya. Amnah melangkah perlahan menaiki tangga marmar hijau itu mendekati Amar yang tercegat di muka pintu. Semakin lebar senyuman gadis manis itu. Amar hanya mampu membalas senyuman itu sesaat cuma.

“Sayang, ada tetamu ni.” Suara Amar kala itu seperti belati yang menghiris hati Amnah. Rasa benci kepada wanita yang menjadi suri hidup Amar semakin menebal. Sudah di ajar untuk beristighfar namun syaitan masih juga menyimbah api kebencian di hati gadis itu.

Rasa tidak sabar untuk melihat wajah isteri Amar mendorong gadis itu untuk membolosi tubuh Amar yang menghalang jalannya. Tersentak Amar dengan tindakan Amnah. Sepantas kilat dia mengundur beberapa langkah ke belakang untuk member ruang kepada Amnah dan yang paling penting kulitnya tidak bersentuhan dengan kulit gadis itu. Nauzubillah!

Mata Amnah terpaku pada wajah lembut gadis yang terpacak menanti di ruang tamu. Wajah pucat gadis itu mennimbulkan kerutan di dahi Amnah.

“Isteri abang demam,” ujar Amar apabila perasan tentang perubahan wajah Amnah. 

Terangguk-angguk gadis itu namun matanya masih tajam menikam wajah Aisya. Wajah yang pucat, tubuh yang sedikit rendah berbanding dirinya, kepala yang di tutupi selendang turki, kulit sedikit cerah. Ah, biasa-biasa sahaja perempuan ini pada pandangan mata Amnah.

“Jemputlah duduk.” Suara Aisya yang sedikit serak itu menyentak Amnah ke dunia nyata. 

Teragak-agak dia menghulurkan senyuman lantas menyusun langkah ke sofa tempat Aisya duduki. Dia mahu mengenali gadis yang sudah merampas Amarnya. Dia mahu tahu kelebihan gadis itu berbanding dirinya.

Aisya seakan dapat merasakan bahawa gadis itu sedang menghakimi dirinya dalam diam namun sedaya upaya dia cuba mengukir senyuman. Ah, lantaklah! Nak judge aku pun kau judgelah. Aku tak kisah dan aku takkan ambil kisah, desus hati Aisya lantas meminta izin ke dapur untuk menyediakan sedikit juadah buat tetamu ‘misteri’ mereka petang itu.

BUKAN KERANA TERPAKSA 4

Amar tersengih memandang wajah mencuka Aisya itu. Bukan niatnya untuk memaksa gadis itu namun dia terpaksa. Kalau tak di paksa, kucing dah bertanduk pun belum tentu isterinya itu mahu mengikutnya pulang ke Kelantan. Ada saja alasan yang di beri. Assignment banyak la,test dah dekat la,kuiz tiap-tiap minggu la. Dia ingat aku ni tak pernah jadi student ke? Macam la aku percaya sangat temberang dia tu. Dengan abah boleh la dia nak goring sampai hangus pun tapi dengan aku.. Heh,tengok orang sikitlah biniku sayang oi!

“Panjangnya muncung dia.” Aisya menjeling lelaki yang tengah memandu di sebelahnya itu sekilas. Amar semakin melebarkan sengihnya. Aisya memalingkan wajahnya ke luar cermin kereta Myvi itu. Rasa geram pada lelaki itu bertambah. Sanggup dia datang ke Kuala Terengganu semata-mata nak kidnap aku pergi rumah umi. Nasiblah kau ni laki aku,kalau tidak dah lama aku penyek kau buat sotong kering!

“Sorry la, Sya,” ujar Amar lagi memancing isterinya bersuara.

Sorry naik lorry la!

“Sya, kenapa senyap je ni?”

Ada bersangkut paut dengan kau ke kalau aku senyap? Kalau aku bisu sekalipun bukan masalah kau! Menyampah!

“Sya, janganlah macam ni. Saya mintak maaf la,” lembut suara itu menutur perkataan. Dia masih bersabar dan akan terus bersabar. Dia akui memang salahnya kerana menculik Aisya. Itu pun dengan bantuan Nor,Ikah dan Suraya. Mereka sepakat membuat surat penangguhan kuliah untuk Aisya tanpa pengetahuan gadis itu selama seminggu. Memang la boleh mengundang lava dari gunung hati Aisya tapi dia sedaya upaya akan cuba mengambil hati isterinya itu.

“Sya..”

“Boleh diam tak? Bisinglah awak ni,” kasar suara itu membalas. Aisya terkedu mendengar suara sendiri. Amar terdiam. Hampir hilang fokusnya pada pemanduan.

Mata Aisya terpandang Hospital Kubang Kerian. Van jenazah yang baru keluar dari pekarangan pagar hospital itu mengundang sesalan padanya. Macam mana jika dia tidak sempat meminta maaf pada Amar? Macam mana kalau dia mati saat itu juga? Ya Allah, ampunkan aku kerana meninggikan suara pada suamiku.
Ingin rasanya dia meminta maaf saat itu juga namun ego menghalang. Salah dia jugak sebab buat planning tanpa persetujuan aku. Lantaklah dia nak terasa hati ke apa. Apa aku kisah? Ah, kerasnya hati seorang manusia yang bergelar isteri saat itu.

Kereta yang di pandu Amar tiba-tiba di berhentikan di tepi jalan. Aisya terpinga-pinga. Nak buat apa pulak mamat ni berhenti kat sini? Matanya melilau memandang ke bahu jalan. Ada gerai menjual buah-buahan di situ. Bunyi pintu kereta yang di tutup mengejutkan Aisya. Pantas matanya di hala ke seat sebelahnya. Ternyata Amar sudah keluar meninggalkannya. Matanya merenung lenggok badan Amar yang berjalan mendapatkan sebuah gerai yang menjual buah tembikai di hadapan kereta Myvi itu.

Bip! Pantas Aisya pantas merenung skrin handset yang tersadai di atas dashboard kereta.

Emir? Mamat ni nak apa pulak? Tangannya mencapai handset lantas di buka mesej  daripada Emir itu.

Salam.. Buat apa 2?

Amboi, dah pandai mesej aku pulak mamat ni. Malas nak layan! Aisya mencampak handset ke seat belakang. Bunyi mesej kedua tidak di hiraukan. Emir Zakwan! Lelaki pertama yang mampu menggoyah hatinya namun sekejap cuma. Lelaki itu bukan setaraf dengannya. Dia bagaikan pipit sedangkan lelaki itu bagai enggang yang terbang bebas di angkasa. Sudah beberapa bulan lelaki itu menganggunya dengan mesej dan call namun Aisya langsung tidak melayan kerenah lelaki itu. Dia tahu batasnya. Dia tahu kedudukannya.

“Siapa Emir?” Suara Amar betul-betul di telinganya. Terkejut beruk Aisya. Bila masa mamat ni masuk kereta? Pantas kepala dip using ke seat sebelah. Dia terkaku. Wajah Amar betul-betul di hadapan matanya. Seinci saja lagi mungkin hidung lelaki itu akan menyentuh dahinya. Bau haruman minyak wangi lelaki itu menghanyutkan Aisya.

“Emir tu siapa, Aisya?” Soalan kedua dari Amar menarik Aisya dari dunia khayalan.

“Emir?” Macam mana dia…? Ya Allah!

“Awak baca mesej Sya?” Mata Aisya mencerlung garang. Tidak di hiraukan wajah Amar yang begitu dekat dengannya kala itu.

“Kenapa kalau saya baca? Salah?”

“Awak tak ada hak nak menyibuk tentang urusan peribadi Sya,”  jawab Aisya dengan suara yang tertahan-tahan. Rasa amarah yang membuak-buak cuba di kurangkan.

“Urusan peribadi awak bermakna urusan peribadi saya, Aisya. Awak jangan lupa yang awak tu isteri saya,” tegas suara Amar kali ini. Sengaja di tekankan perkataan isteri. Biar Aisya sedar diri sedikit. Biar Aisya tahu betapa sakit hatinya ketika itu.

“Ya, memang Sya isteri awak tapi tu tak bermakna awak boleh baca mesej Sya sesuka hati awak tanpa kebenaran Sya,” balas Aisya tidak mahu mengalah. Wajahnya di dekatkan sedikit ke arah Amar. Amboi, berani betul bini aku ni! Cium karang baru tau!

“Eh, tahu pun awak tu isteri saya. Kalau dah sedar awak tu isteri saya, sendiri mahu ingatlah tanggungjawab awak tu,” sindir Amar. Amar melarikan wajah ke hadapan. Mahu meneruskan pemanduannya. Aisya mencari-cari handsetnya di seat belakang namun hampa. Buah-buah tembikai yang terletak elok dalam plastik di seat belakang memberi jawapan pada gadis itu. Siapa lagi yang mahu mengambil handset itu kalau bukan Amar?

“Mana handset Sya?”

“Biar saya pegang.”

“Tu handset Syalah!” Suara Aisya sedikit meninggi.

“Memang handset awak.” Aisya mengetap bibir menahan geram dengan perangai selamba Amar. Enjin kereta di hidupkan. Mulut Amar terkumat kamit membaca doa. Semoga Allah melindungi mereka dari bahaya.

“Pulangkan balik!” Naik satu oktaf.

“Dah nak gerak ni. Duduk je diam-diam.” Suara Amar juga naik sedikit nadanya.

“Kenapa dengan awak ni?!” Naik satu lagi oktaf. Tahap kesabaran memang dah habis. Amar betul-betul mahu mencari pasal dengannya.

“Duduk diam-diamlah. Baca doa tu,” suara lelaki itu mengendur. Malas mahu bertekak. Di kepala masih terfikir-fikir siapakah gerangan lelaki yang bernama Emir itu. Pandai-pandai je hantar mesej cakap rindu kat bini aku. Memang tempah keranda awal la mamat tu.

“Tak nak!”

“Habis nak saya cium awak dulu baru awak nak diam?” Soal Amar geram. Aisya menjeling benci. Kereta mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan gerai di bahu jalan itu.

“Sya nak handset Sya la.”

“Sya, lagi sekali awak mintak handset awak, saya akan buat apa yang saya nak.”

“Apa yang awak nak buat? Cium Sya? Jangan mengarut!” Jerkah Aisya lantang. Sudah lupakah gadis itu dengan siapa dia bercakap kala ini? Amar cuba menahan sabar.

“Saya akan buat betul-betul, Sya.”

Macam aku takut. Aisya mencebik. Kalau berani buat la. Aku sekeh kau nanti.

“Gila!”

Amar hanya membatu. Aisya masih tidak berpuas hati. Matanya terpandang poket seluar Amar yang sedikit besar. Handset aku ke handset dia? Tadi aku tengok dia letak handset dia kat poket sebelah kanan seluar so, maknanya ni handset akulah. Tangannya pantas di hala ke arah seluar Amar.

“Sya, awak jangan berani-berani nak ambik handset tu.” Amar memberi amaran dengan suara tegas. Namun langsung tidak di hiraukan oleh Aisya. Apa yang dia tahu dia nak handsetnya kembali. Dia tidak mahu barang-barangnya ada dalam simpanan lelaki itu.

“Suka hati Syalah,” balas Aisya penuh berani. Tanpa sebarang pamitan, Amar menghentikan keretanya di bahu jalan. Bunyi hon dari kereta lain tidak di hiraukan. Dia betul-betul rasa tercabar dengan telatah Aisya. Handbrake di tarik. Wajahnya di pandang ke seat sebelah. Merenung wajah Aisya yang ayu bertudung litup putih dan berbaju kurung warna peach.

“As I said, Aisya. Saya akan buat betul-betul apa yang saya cakap tadi.” Aisya yang masih dalam keadaan terkejut tidak dapat menangkap maksud kata-kata Amar. Dia berkelip-kelip memandang wajah suaminya.

Lengannya di cengkam oleh tangan Amar kemas. Gadis itu terkedu plus terkejut. Apahal dengan mamat ni? Sawan ke? Terasa dirinya di tarik rapat ka arah lelaki itu. Bau haruman Dark Blue keluaran Hugo Boss menusuk masuk ke hidung. Wangi betul laki aku ni. Lafaz bismillah yang keluar dari bibir Amar menyedarkan Aisya bahawa dia berada di dalam zon bahaya. Belum sempat dia melakukan apa-apa pertahanan, satu kucupan singgah di dahinya.

“Apa ni?” Soal Aisya geram lalu menggosok dahinya berkali-kali. Muncungnya panjang sedepa.

“Nak lagi?” Soalan berbalas soalan.

“Jangan nak buat gila la, Am!”

Badannya terasa di tarik sehingga tiada ruang antara mereka. Terbeliak mata Aisya dengan tindakan Amar. Lelaki itu betul-betul menaikkan suhu amarahnya. Bibirnya yang sudah hilang ‘dara’nya di sentuh dengan jari-jemari. Terketar-ketar tangannya kala itu.

“Awak nikan…” Bibir Amar sekali lagi bertemu dengan bibirnya. Lama. Langsung tidak mahu memberi peluang kepada gadis itu untuk berkata-kata.

 Aisya menolak dada Amar sekuat hati. Tidak sanggup rasanya dia mahu memandang dirinya sendiri. Rasa malu yang menebal bermukim di sudut hati. Kurang asam punya mamat!

“Kalau rasa nak lagi, cubalah bantah cakap saya. Jangan ingat saya main-main!” Tegas suara itu menutur kata yang lebih kepada arahan. Dalam hati tak usah cakaplah. Sudah kembang bunga setaman! Puas hati aku!

********

"Makanlah, Sya. Jangan malu-malu,” suara Hajah Naimah begitu lembut kedengaran menusuk ke telinga. 

Sehabis daya Aisya menghulurkan senyumannya. Baru je sampai dah kena paksa makan. Macam mana nak berselera kalau macam ni? Semua benda aku rasa macam terpaksa je. Alahai, sabar je la Isya!
Hajah Naimah masih tidak betah untuk bercakap lohgat Kelantan kerana menurut apa yang Aisya tahu keluarga Amar baru berpindah ke sini kerana Haji Razlan mahu kembali ke tempat kelahirannya biarpun sudah berpuluh-puluh tahun merantau di negeri orang.

Amar menjeling gadis yang duduk berdepan dengannya itu. Plastik! Senyum pun tak ikhlas minah ni. Aku cium lagi sekali depan umi dengan abah ni karang. Payah sangat nak senyum dengan ikhlas. Macamlah ada berlian yang keluar kalau dia senyum. Mahal betul nak tengok minah ni senyum.

“Sya cuti ke ni?” Soalan Haji Razlan menyentak Aisya.

Takkan nak tipu orang tua ni kot? Dia memandang Amar yang duduk setentang dengannya namun lelaki itu dengan selamba sahaja menyuap nasi ke mulut. Tak guna betul la mamat ni. Dia yang seret aku ke sini lepas tu dia boleh pulak lepas tangan macam tu je. Aisya memandang pula adik iparnya, Syarha yang akan menghadapi peperiksaan PMR tahun ini. Gadis itu juga nampaknya tidak berminat mahu menyampuk percakapan abah.

“Cuti seminggu, abah.”

“Jadinya nak duduk sini seminggu ke?” Hajah Naimah menyampuk.

“Tiga hari je kot umi sebab Sya nak balik Besut tengok abah. Risau jugak kalau tinggal abah lama-lama. Lagipun Sya dah lama tak balik jenguk abah. Banyak sangat kerja yang Sya kena bereskan, umi,” jawab Aisya tanpa menghiraukan pandangan Amar.

“Baguslah kalau macam tu. Habis, bila nak buat majlis sambut menantu ni, bang?”

“Entahlah sayang oi. Anak awak tak ada kata apa-apa pun tu,” ujar Haji Razlan seraya memuncungkan mulut ke arah Amar.

“Nanti-nantilah, abah. Along pun belum start kerja lagi ni. Tengah pokai ni, bah.”

“Bila along nak bawak ayong pergi honeymoon?” Celah Syarha tiba-tiba. Tersedak Aisya mendengar pertanyaan itu. Automatik Hajah Naimah menepuk belakang badan menantunya itu dan menghulur air kepada Aisya. Merah padam muka gadis itu.

“Alah, hari-hari pun honeymoon la, adik,” jawab Amar selamba. Terbeliak mata Aisya memandang suaminya. Hari-hari honeymoon ye? Siaplah kau!

Amar tersengih. Wajahnya tertunduk ke bawah. Tidak mahu Aisya mengesan sengihan nakalnya itu. Tiba-tiba dia terasa kakinya di sepak dengan kuat. Terjerit lelaki itu kerana terkejut.

“Kenapa ni, along?” Soal Syarha. Dah sawan ke abang aku ni?

“Tak ada apa-apa la. Kucing kot yang tiba-tiba sepak kaki along,” selamba Amar berkata.

Aisya mengetap bibir menahan geram. Berani dia kata aku kucing? Memang tempah maut la mamat ni. Amar mengerling Aisya yang kembali leka menyuap nasi berlaukkan gulai ikan tempoyak. Berselera pulak gadis itu makan tidak seperti mula-mula menjamah nasi tadi. Hah, time aku pulak kali ni. Dia mengagak-agak kedudukan kaki isterinya itu. Apabila rasa yakin mula menguatkan hati, pantas dia menendang kakinya ke hadapan.

“Aduh!” Rintih umi sekuat hati. Bergegar dapur rumah banglo itu dengan laungan umi. Alamak! Matilah aku kalau umi tahu. Amar pantas mendiamkan diri. Renungan dari Aisya tidak di hiraukan.

“Kenapa ni, sayang?” Soal Haji Razlan terkejut.

“Siapa pulak yang suka main-main sepak bola masa tengah makan ni, along? Petang karang pun boleh kalau nak main. Sabar-sabar la dulu,” perli Hajah Naimah. Merah padam muka Amar. Aduh, umi ni pun agak-agak la nak perli aku pun!

“Along main bola ke, umi?” Begitu innocent Syarha bertanya uminya. Tergelak kecil Aisya. Amar merenung isterinya itu. 

Cantik! Kalau Sya selalu macam ni, abang sanggup kena perli dengan umi tiap-tiap hari. Betapa sejuk hatinya melihat senyuman Aisya itu. Terasa sesuatu meresap masuk ke hatinya. Ya Allah, lembutkan hatinya untuk menerima diriku!

 *****

Aisya hanya terkebil-kebil melihat Amar memasukkan beg pakaiannya bersama beg pakaian Aisya ke bilik itu. Takkan nak join bilik ni jugak kot? Peluh yang mengalir di wajah lelaki itu tidak dapat di hilangkan oleh kipas angin yang begitu setia memberi khidmat. Macam mana nak hilang panas ni kalau kipas tu hanya mengadap badan Aisya je? Selfish betul. Dah terang-benderang aku tengah panas ni, boleh pulak dia buat derk(tak tahu) je. Ni boleh mengundang kemarahan ni!

“Kenapa masukkan sekali beg awak dalam bilik ni?” Soal Aisya.

“Dah tu takkan nak pergi letak dalam kandang kambing Pak Usop?” Aisya menjeling tajam. Aku tanya serius kau main-main pulak ye!

“Memang sesuai sangat kalau letak beg awak dalam kandang tu. Bau awak dengan kambing-kambing tu pun sama je,” balas Aisya geram.

Dia pantas merebahkan badannya ke atas katil bujang itu. Matanya meliar ke sekeliling bilik. Tak banyak hiasan yang boleh di lihat. Hanya ada tulisan Allah dan Rasulullah yang tergantung kemas di hujung kepala katil. Ada sebuah meja dengan computer di sudut kiri bilik. Sejadah dan kelengkapan untuk solat tersimpan kemas di tempat penyidai. Satu rak buku yang di penuhi dengan buku-buku tebal terletak di sudut kanan bilik berdekatan dengan pintu. Kemas jugak ni. Bilik mamat ni ke? Kenapa simple sangat hiasan bilik ni? Tak ada pun gambar-gambar dia. Mamat ni tak suka bergambar ke?

“Bau saya sama dengan kambing?”

“Yelah. Sebijik!”

“Ooo.. Baru saya tahu bau saya ni sama macam kambing. Kalau macam tu, awak hidulah bau haruman ni ye sampai esok!”

Amar merebahkan badannya di sisi Aisya. Tangannya pantas melingkari pinggang isterinya itu. Berdegup kencang jantung gadis itu. Dah macam bunyi kuda berlari marathon pun ada.

“Apa ni? Awak jangan nak mengada ye. Sya jerit nanti.”

“Jeritlah.”

“Awak jangan nak main-main dengan Sya. Baik awak lepaskan Sya sekarang. Sya jerit betul-betul kang!” Ugut Aisya.

“Cubalah jerit.”

“Umiiii…”

Pantas Amar mengucup bibir itu. Aisya terkedu. Perlahan-lahan airmatanya mengalir. Kenapa Amar suka mempermainkan perasaannya? Air hangat itu mengalir tanpa henti. Sekuat tenaga Aisya menolak badan Amar yang terasa sedikit berat menindih bahunya.

“Awak kejam! Sya benci awak!” Suara itu begitu sayu kedengaran. Amar terkaku melihat airmata itu mengalir tanpa henti. Dia cuba menyentuh wajah isterinya namun di tepis dengan kasar oleh gadis itu.

“Awak jangan cuba sentuh Sya! Jangan sampai hormat Sya pada awak hilang, Am. Sya masih ada rasa hormat pada awak sebagai suami Sya tapi mana hormat awak pada Sya? Awak buat Sya macam tunggul. Awak buat ikut suka hati awak je. Sya ada hati, ada perasaan. Sya bukan anak patung, Am! Awak jangan nak cabar kesabaran Sya. Jangan buat Sya semakin jijik dengan awak!”

Aisya berlari keluar dari bilik itu. Tidak sanggup dia mahu memandang wajah lelaki yang sudah menghancur lumatkan perasaannya. Ingin rasanya dia putuskan ikatan yang terbina antara dia dan Amar. Dia sudah tidak sanggup berpura-pura bahagia sedangkan di hatinya penuh dengan duka.

Jangan buat Sya semakin jijik dengan awak!

Kata-kata Aisya yang terakhir itu menusuk ke kalbu seperti belati tajam yang menghiris dagingnya. Jijik? Begitu sekali perasaan Sya pada abang. Maafkan abang, sayang. Mafkan, abang.

Aisya berlari ke arah dusun buah-buahan di belakang rumah bangle dua tingkat itu. Panggilan Syarha langsung tidak di endahkannya. Dia benci berada di situ. Dia benci melihat wajah Amar. Dia benci mengingati kisah silam. Dia jijik dengan semua yang berlaku. Ya Allah, kuatkan hatiku menghadapi ujianMu ini. Tingkatkan kesabaranku dalam mengharungi hidup ini.

BUKAN KERANA TERPAKSA 3


Amar termenung panjang di atas bangku kayu yang terletak di halaman rumah mertuanya. Hampir seminggu dia bercuti di sini menemani abah. Umi pun asyik call je. Rindu sangat kat anak lelaki sulung dia ni. Well, anak lelaki ni je yang dia ada. Heh, perasan la sangatkan? Aisya langsung tidak menghubunginya. Kalau ada pun gadis itu lebih suka menghubungi abah bertanya khabar. Amar semakin pelik dengan perangai Aisya. Waktu mula-mula mereka berkahwin, gadis itu nampak biasa sahaja. Nak kata menangis sebab kena kahwin paksa pun tak, jauh sekali minah tu meraung macam singa lapar. Tapi esoknya, 360 darjah celcius gadis itu berubah. Aku ada buat salah ke?

Ya Allah, kuatkan hati kami berdua untuk mengharungi ujian ini. Jika suatu masa kami terpaksa berpisah, redhakan hati kami dengan ketentuan-Mu. Amar meraup wajahnya. Beban yang terpikul di bahu seakan semakin memberat. Kerana tanggungjawab dia masih di sini. Kerana kewajipannya dia masih bertahan di sini meskipun hati bagai di siat-siat. Isya, apa salah abang? Kenapa Isya sanggup buang abang dari hidup Isya? Belum pun abang sempat kenal isteri abang, Isya terus buang abang tanpa bagi signal apa-apa. At least bagi la signal kuning dulu ke biru ke. Ini tidak, terus bagi kad merah. Ah, kacau!

Suara kumpulan nasyid Far East yang mendendangkan lagu Nur Syahadah mengejutkan Amar dari lamunan. Tertera wajah Qashfy di skrin handsetnya. Pantas di tekan punat hijau.

“Assalamualaikum..” 
                                          
“Wa’alaikumsalam, Ziq.”

“Apa khabar, Fy? Lama tak dengar cerita kau sejak balik Malaysia 6 bulan lepas,” ujar Amar dengan suara ceria. Happy la kan sebab member kamcing call. Ingatkan bila dah pergi Russia terus lupa kawan.

“Alhamdulillah. Aku sihat-sihat je. Mana kau tahu aku dah balik?”

“Facebook la, wei. Lagipun Ashraff  ada call aku dua minggu lepas. Dia bagitau aku yang kau balik bercuti,” jawab Amar dengan senyuman tersungging di bibir. Qashfy! Teman sedari kecil lagi. Pelajar Business Information Technology di University of  Wales di Russia.

“Kau memang kawan yang baik. Dah kahwin pun langsung tak bagitau aku. Tau-tau je kau balik dari Mesir, terus kahwin. Terkejut beruk aku dengar masa Madihah cerita kat aku.” Amar menggaru kepalanya. Macam machine gun dah mulut si Qashfy ni. Sembur ikut suka dia je.

“Sorry la, wei. Aku bukan tak nak bagitau tapi aku memang betul-betul sibuk. Balik je rumah, aku dah kena fikir pasal kahwin la, daftar kat sekolah la. Macam-macam hal aku kena uruskan. Nak buat panggilan kat kengkawan pun tak sempat apalagi nak email kau,” ujar Amar jujur.

Sebetulnya dia memang penat sejak dua minggu yang lalu. Belum pun jejak kaki kat Tanah Melayu, awal-awal lagi umi dah call bagitau pasal perkahwinan aku yang aku langsung tak tahu. Tup tup balik je kena kahwin dengan budak kecik tu. Isya! Kecik-kecik pun degilnya boleh tahan jugak. Kepala batu!

“Kau tinggal kat mana sekarang ni?”

“Rumah bapak mertua aku lagi. InsyaALLAH, next week aku balik la Kelantan. Kenapa?”

“Dua minggu lagi aku dah fly. Sebelum fly tu aku nak jumpa kau dengan bini kau tu dulu.” Nak jumpa Aisya? Aiyoo, bukan senang nak ajak minah tu pergi Kelantan. Nak tolong hantar pergi kolej dia pun tak nak, apa lagi nak ajak pergi Kelantan.

“InsyaALLAH la kalau tak ada aral. Aku pun dah start mengajar minggu depan. Umi tu asyik call je tanya bila nak balik. Rindu sangat kat anak kesayangan dia ni. Yelah, suruh aku kahwin cepat sangat. Ekonomi aku pun tak stabil lagi ni. Nasib baik bapak mertua aku tu sporting.” Rungut Amar. Terdengar tawa Qashfy di hujung talian.

“Umi kau tak nak kau jadi bujang terlajak la, wei..”

“Alah, mak kau okey je. Umur kau dengan aku tak banyak bezanya. Setakat setahun je kot. Tu pun kau yang tengok dunia dulu dari aku,” ujar Amar seraya mencapai ranting kecil yang jatuh di sisinya apabila angin mula bertiup.

Qashfy tertawa. Sahabatnya itu memang tak pernah berubah. Ingatkan bila dah jadi ustaz ni, perangai tu sopan la sikit. Tapi rasa-rasanya angin kat Qairo tu memang tak pernah boleh merubah sahabatnya itu. Dia tetap Amar Ziqrullah yang nakal dan brutal.

“So, bila turn kau pulak nak tamatkan hidup bujang kau tu?” Soal Amar lagi apabila tiada pertanyaan mahupun kata-kata dari sahabatnya. Qashfy mengekek ketawa.

“Aku tak ready lagi la. Tunggu la aku habiskan study aku then baru boleh nak fikir soal kahwin ni,” jawab Qashfy dengan berhemah.

“Tak ready?? Aku rasa masa sekolah dulu kau yang paling ramai orang minat. Semua perempuan kat sekolah tu kau kebas. Takkan sekarang langsung tak ada kot? Awek Russia tu kan ramai.”

Amar semakin menggiat lelaki itu. Tergelak besar si pemanggil di sana. Memang dia tak nafikan apa yang di katakan oleh Amar tu betul semuanya. Dulu dia memang boleh di kategorikan sebagai buaya tembaga. Semua perempuan suka padanya kerana dia pandai bermain kata. Namun kini hatinya hanya terpaut kepada seorang gadis yang langsung tidak pernah tersungkur melutut di depannya. Gadis itu memang keras kepala. Tak pernah mahu mendengar kata. Selalu buat kerja sorang-sorang biarpun mereka sering di gandingkan bersama jika membuat sesuatu tugasan. Dia betul-betul sudah jatuh hati kerana kedegilan gadis itu!

“Awek Russia tu memang ramai, ustaz! Tapi, gadis Melayu tetap menjadi idaman hatiku.”

“Ceh, sejak bila kau suka awek Melayu ni? Masa awal-awal kau kat Russia tu, kau jugak yang kata awek kat sana lagi cantik dari gadis-gadis Melayu. Sekarang ni gadis Melayu pulak yang jadi pilihan. Apa kes sekarang ni?”

“Kau nak member kau ni kena belasah ke? Tak pasal-pasal mak aku halau aku keluar rumah kalau aku bawak awek Russia balik. Tak naklah aku!” Tawa Amar meletus. Macam-macam la si Qashfy ni.

“Am!” Jeritan abah berkumandang membelah sunyi petang di kampung itu. Abah ni la, memang kuat betul suara dia.

“Eh, aku kena letak dulu. Bapak mertua aku dah panggil tu.”

“Yelah. Menantu kesayanganlah katakan.”

“Cemburu?”

“Tak ada maknanya aku nak cemburu dengan kau!”

“Mengaku aje la.”

“Blahlah kau!”

“Kau memang cemburu. Assalamualaikum, Fy.”

Qashfy tersenyum. Belum sempat dia membalas, lelaki itu cepat-cepat memberi salam. Terpaksalah dia mengalah. Tak apa, lain kali siap la kau Ziq!

“Wa’alaikumsalam.”

*******

Aisya hanya membisu. Dia tidak mahu menimbulkan masalah dengan alongnya. Biarlah rasa sakit yang ada ni hilang dengan sendiri. Lagipun along tidak bersalah dalam hal ini. Alongnya itu langsung tidak tahu apa-apa mengenai perkara yang telah merobek hati Aisya dan turut menbuatkan dia menjauhi suami sendiri. Dia akui salahnya juga kerana bersetuju menjadi isteri lelaki itu tanpa mengenali lelaki itu dahulu.

“Kau ada masalah dengan Am ke?” Soalan Anisa itu menyentak hati Aisya. Kenapa Along perlu bertanya mengenai soal ini?

“Kenapa Along tanya macam tu?” Soal Aisya kembali. Gazebo yang menjadi pilihannya untuk berbicara dengan Anisa agak jauh dari kawasan yang sering menjadi laluan student untuk ke library dan MEDEC.

“Saja aje Along tanya. Kau kahwin dengan dia pun sebab Along. Apa-apa yang jadi dekat kau, Along ada jugak sahamnya.” Jawapan Anisa benar-benar mengecewakan gadis itu. Hatinya benar-benar mengharapkan sesuatu yang berlainan akan keluar dari bibir along. Namun Aisya terpaksa mengakui yang Anisa masih lagi belum menerimanya sepenuh hati.

“Isya ok je dengan Am. Tak ada masalah pun. Alhamdulillah, kami bahagia, Along.” Perit untuk mencipta satu pembohongan tapi apakan daya kerana ini jalan yang dia pilih. Nak ataupun tak nak dia terpaksa teruskan juga.

“Baguslah kalau macam tu. Along tak nak nanti kalau kau ada masalah dengan Am, kau salahkan Along pulak.” Begitu sinis Anisa menutur kata. Tidakkah dia sedar bahawa ada hati insan yang terluka kerana kata-katanya?

“Tak adalah, Along.” Perlahan Aisya membalas kata. Pandangannya di larikan ke arah gazebo yang di duduki oleh Nor dan Suraya. Kenapa mesti Along datang kat sini kalau sekadar mahu melukakan hati Isya?

“Mana Abang Fahim?” Terlontar juga soalan itu dari bibir comel itu. Matanya kembali menikam wajah putih bersih kakaknya itu.

“Abang Fahim balik ke Perlis. Ada hal keluarga.”

“Along tak balik rumah jenguk abah ke?”

“Along ada kerja dekat Kuala Terengganu ni. Maybe lusa baru Along balik Besut tengok abah. Kau tak nak balik sekali ke? Kan cuti hujung minggu. UiTM kau dengan rumah tu bukan jauh sangat pun,” ujar Anisa seraya matanya turut mengerling ke arah teman baik adiknya. Seorang bertudung labuh, seorang sedikit pendiam dan seorang lagi agak lincah aksinya. Macam budak kecik!

“Isya ada banyak assignment yang Isya kena siapkan sebelum minggu depan. Lagipun, Am ada kat rumah temankan abah,” terlontar nama Amar dari bibir gadis itu dengan kenyataan yang sama sekali tidak dapat di terima akal olehnya. Amar temankan abah? Bukan ke kau tak nak si mamat tak empuk tu rapat dengan abah? So, apa cerita sekarang ni? Ah, karang je cerita apa-apa pun. Cerita Upin Ipin tu pun best jugak ni.

“Berapa minggu dia cuti?”

Cuti? Aduh, apa aku nak goreng Along ni? Matilah aku! Ada kubur ke tidak aku nanti? Ni semua mamat tu punya pasal. Amar, semua ni salah kau! Hatinya begitu kuat menyalahkan Amar dalam apa jua situasi yang memerangkap dirinya.

“Err.. Erm… Isya pun tak sure la, Along." Huh, lantaklah. Aku dah penat nak menipu ni.

“Bini apa kau ni? Laki cuti berapa minggu pun kau tak ambil tahu,” ujar Anisa tanpa memikirkan hati si adik. Main aci redah je dia tibai aku macam tu. Aku tahu la dia dengan abang Fahim akan kahwin atas dasar cinta so, mestilah dia tahu semua pasal Fahim tu. Tapi aku ni lain. Memang aku dah redha masa mula-mula kena kahwin dengan mamat entah dari mana tu tapi sekarang aku dah rasa yang aku nak cancel balik redha aku tu.

“Along pergi dululah. Dah lewat petang ni. Nanti kalau dah masa office hour habis, payah pulak nak balik rumah sewa. Jam je memanjang jalan nak pergi ke Dungun tu,” kata Anisa apabila melihat adiknya hanya mendiamkan diri. Dia mengaku yang mulutnya agak lancang apabila berhadapan dengan si adik. Tapi nak buat macam manakan? Dah memang mulut dia macam tu. Takkan nak buat plastic surgery kot!

“Baik, Along.” Fuh, balik jugak minah ni. Lega! Tak payah aku nak perah otak sampai hmapir tercabut tempurung otak aku ni.

Aisya mencapai tangan runcing Anisa lantas di kucup lembut. Segera si kakak menarik tangannya kembali. Dia pantas mendapatkan kereta Iswara putihnya di tempat parking di hadapan kafe. Aisya hanya menurut langkah si kakak sehingga ke kereta gadis itu. Dia hanya tercegat di situ menunggu kereta kakaknya hilang dari pandangan matanya.

Sayu hatinya menghantar pemergian kakaknya itu. Kenapa Along masih dingin dengan aku? Bukan ke sudah terang lagi bersuluh yang kejadian tu langsung tiada kena mengena dengan aku? Ah, Along memang tak pernah anggap aku sebagai adik dia.

“Isya!!” Laungan Suraya mengejutkan gadis itu. Pantas dia berpaling mencari kelibat gadis itu. Dari jauh dilihatnya Suraya, Ikah dan Nor berjalan lenggang menuju ke arahnya. Kawasan kampus semakin lenggang. Kafe sudah semakin di banjiri dengan student part one yang baru sahaja tamat waktu kokorikulum. Masing-masing menunjukkan wajah kepenatan. Ah, esok turn aku pulak. Alahai, letih betul la.

“Lenggangnya!” Tersengih Nor mendengar teguran itu.

“Kami kan ayu dan sopan. Kenalah melenggangkan diri kami ni,” balas Suraya. Minah ni memang suka sangat perasan. Satu cubitan hinggap di pipi tembam gadis itu. Terjerit kecil Suraya apabila cubitan berbisa Nor tepat-tepat landing di pipinya. Ikah menggeleng kepala melihat telatah mereka.

“Dahlah Sue. Awak ni kalau tak memerasankan diri memang tak sahkan?” Soalan Aisya itu mengudang tawa Nor.

“Dia tak perlu memerasankan diri. Dia dah memang perasan pun,” ujar Nor. Pantas Suraya menarik muka masam apabila kedua-dua temannya itu sudah mula mewujudkan parti perikatan membuli mereka terhadapnya. Nasib baik Ikah jenis yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.

“Merajuk la tu,” usik Aisya lagi. Suka benar mengusik sahabatnya yang kuat merajuk dan manja itu.

“Tak ada masa saya nak merajuk dengan awak. Merajuk dengan tunang saya lagi best,” jawab Suraya pantas seraya mencebik ke arah Aisya.

“Untunglah dia ada tunang.” Suraya tersengih mendengar sindiran Nor.

“Memanglah untung. Tak macam budak tu. Ada laki tapi buat macam dia la anak dara pingitan,” sinis suara Suraya kedengaran di telinga Aisya. Biarpun sahabatnya itu tiada niat mahu menyakitkan hati Aisya namun rasa sedikit terguris itu tetap ada. Terdiam dia seketika sebelum melangkah ke arah bangunan blok Art and Design untuk masuk ke kolej.

“Kenapa pulak tu?” Soal Nor sedikit pelik mlihat perubahan mendadak teman baiknya itu.

“Ada la tu yang kita buat dia terasa hati,” sampuk Ikah yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati. Suraya mengangguk. Mungkin ada kata-katanya yang menyinggung hati sahabat mereka itu. Dia mesti meminta maaf. Dia tidak mahu perkara begitu di panjangkan.

“Jomlah gerak.” Nor pantas mendahului Ikah dan Suraya. Langkahnya cepat di atur mendapatkan Aisya yang semakin menjauh. Janganlah hati gadis itu terluka!

Sewaktu melintasi surau, kelihatan kelibat manusia yang ramai di perkarangan kolej. Kenapa pulak ni? Matanya melilau mencari Aisya. Suraya dan Ikah tercungap-cungap di belakang. Mereka turut terhenti di situ.

“Kenapa ni? Takkan fogging nyamuk lagi kot?” Suraya memecah sepi antara mereka biarpun kala itu suara sumbang student lain kedengaran bagai lebah menghurung madu.

“Agaknyalah. Masa nak dekat maghrib ni jugaklah diorang buat. Ada yang nak kena tibai dengan aku je ni,” jawab Ikah selamba. Suraya mengekek tertawa. Matanya turut melilau. Mencari kelibat seseorang yang sudah mula mendapat tempat di hatinya. Untung-untung dapat tengok muka dia hari ni. Oh, wiraku Zam!

“Ada nampak Isya?” Soalan Nor mengejutkan Suraya. Pantas dia menggeleng. Huh, nasib baik tak kantoi. Senyuman meleret di berikan kepada Ikah. Menghantar signal kelegaan.

“Zam ke?”

Anggukan gadis itu menjawab persoalan di benak Ikah. Asyik cari mamat tu je. Naik bosan dah aku ni.

“Cari Isya la, wei. Bukan cari mamat kelembai tu,” bisik Ikah geram.
Mamat what?? How dare you?!! Ceh, terspeaking la pulak. Tapi memang sampai la hati dia panggil wira aku macam tu. He’s my hero, ok!

Mata Suraya mencerlung ke arah Ikah. Kalau Ikah tu kecik macam ikan bilis, dah lama di ratahnya budak tu. Ikah tersengih apabila menyedari ketelanjuran kata-katanya. Alahai mak singa ni buat aku segan je.

“Dahlah. Jom pergi cari Isya.” Lantas dia menarik tangan Suraya menuju ke arah Nor yang sudah mula melintas jalan untuk ke seberang sana. Bukan apa, dia Cuma takut mak singa tu mengaum je. Kelihatan kepulan asap putih dan kedengaran bunyi yang membingitkan telinga. Huh, kalau hari-hari macam ni mahu mati dalam asap aku ni,bisik hati kecil Suraya dengan sengihan melebar. Tangannya masih dalam genggaman Ikah. Erat.

******

Gadis berwajah manis yang sering dihiasi senyuman itu berjalan dengan buku teks Kimia di tangan kanannya manakala di tangan kiri terdapat sebotol air mineral. Baju kurung biru yang di pakai agak labuh sedikit dengannya. Laju dia berjalan menuju ke arah kelas 5 Sains. Sebaik sahaja berdiri di depan pintu kelas yang seakan sama dengan keadaan pasar itu, matanya melilau mencari kelibat teman-temannya. Hah, tu pun diorang! Langkahnya di atur mendapatkan mereka yang sedang berbincang mengenai kerja sekolah yang di beri oleh Cikgu Rosnani.

“Hai, korang!” Tegur Amnah dengan mesra. Matanya terpaku pada buku latihan Add Maths yang terbentang di atas meja Shira. Meja di sebelah meja Shira pula penuh dengan alat-alat tulis milik mereka. Marny Ezzura mengerling sekilas. Farain tersengih membalas sapaan itu. Najwa pula langsung tidak memberi reaksi apa-apa dengan kehadiran Amnah itu.

“Hai, Cik Prefect!” Balas pula suara sumbang yang lain. Terus ketawa meletus di kelas 5 Sains itu. Amnah menjeling Hairi geram. Hilang terus senyuman yang menghiasi bibirnya tadi. Nak cari gaduh ke? Aku bagi kau makan kasut kulit aku ni karang! Benci betul aku dengan mamat penyu ni. Sibuk je dok menyampuk cakap orang!

“Cik Perfect dah marah la. Auuuu… Takutnya!” Sindir Hairi dengan nada sarkastik. Memang boleh buat telinga manusia bertukar jadi telinga Shrek. Muka pun dah bertukar jadi elf rumah dalam cerita Harry Potter.

“Kau ni apahal? Aku ada kacau hidup kau ke?” Soal Amnah dengan nada yang tertahan-tahan. Sedaya upaya dia cuba menahan amarah yang sedang menggila di dalam dada. Dia akui rasa marah itu sudah lama di pendam. Hairi memang sengaja mahu membakar hatinya. Sengaja mahu mencabar kesabaran yang dia ada.

“Kau tiba-tiba nak marah kenapa? Aku cakap macam tu pun dah angin. Dan aku pun tak pernah kacau hidup kau. Bagi upah sepuluh juta pun aku tak sanggup!” Jerkah Hairi. Matanya menentang mata gadis itu. Kecil je gadis itu di pandangannya. Dia memang berdendam! Selagi hutang dendam itu belum terbalas selagi itu rasa benci yang terbuku di dada takkan pernah hilang.

“Kau memang dah gila, Arie!”

“Aku atau kau yang gila?”

Amnah mengetap bibir menahan diri agar tidak menangis. Masuk je kelas dah kenan serang dengan mamat penyu ni. Tangannya terasa di genggam erat. Matanya memandang tangan itu sekilas sebelum menentang pandangan Hairi. Mekasih, In.

“Dah la, wei. Kalau sehari tak gaduh tak boleh ke? Arie, kau ni pun satu la. Pasal benda tu pun kau naik hantu dengan si Amnah ni. Kalau tak puas hati, bincanglah elok-elok. Ini tidak, main serbu je!” Tegur Hafiy, ketua kelas yang berdedikasi.

Dia pun sudah naik muak tengok perbalahan yang tak berkesudahan antara Hairi dan Amnah. Dulu mereka berkawan baik tapi sekarang dah macam Voldemort dengan Harry Potter! Tak boleh jumpa langsung! Kalau jumpa ada je yang mereka gaduhkan.

“Epiy, kau pun tahu aku jenis macam manakan? Kalau perempuan ni tak buat aku macam anak patung, aku takkan jentik hidup dia,” ujar Hairi lantas berlalu keluar. Amnah terkedu! Bila masa aku buat dia macam tu? Aku rasa masalah aku dengan dia tak ada pun kena mengena dengan aku buat dia macam anak patung. Pening betul!

“Duduklah, Nah. Aku pun makin pelik dengan Arie tu. Masalah korang yang sekecik kuman tu pun dia besarkan jadi sebesar gajah,” kata Najwa yang sedari tadi senyap tidak berkutik.

“Aku tak tahu apa salah aku sebenarnya. Kalau pasal masa kita form 4 tu, aku rasa sebelum ni dia tak ada pun marah macam ni sekali,” celah Shira pula. Masalah Add Maths ditinggalkan seketika. Wajah sahabatnya itu di pandang penuh simpati. Hairi Iqmal. Agak-agaknya kenapa la dengan mamat tu? Takkanlah kot dia…. Oh, tidak!!

“Entah la, Shira. Aku pun makin pelik dengan perangai dia. Asal jumpa aku je mesti buat muka tak puas hati,” rungut Amnah. Dia mencapai kerusi Khalil dan menarik kerusi itu ke arah meja Shira. Pantas dia duduk di situ. Terasa sedikit hilang keletihan yang bermukim dalam dirinya. Macam mana tak penat kalau hari ni dia langsung tak masuk kelas kerana menyiapkan dewan untuk meraikan hari guru minggu depan.

“Dia suka kau kot,” teka Najwa selamba. Hampir Amnah tercekik kerana menelan air liur sendiri. Minah ni pun cakap tak bertapis langsung. Aku sekeh jugak karang! Marny tertawa.

“Takkanlah Arie tu betul-betul dah gila?” Soal Marny.

“Tapi tak salah kalau dia sukakan Amnah,” celah Farain.

“Wei, agak la sikit! Tak ada maknanya mamat tu nak sukakan aku.Lagipun, he’s not my taste!” Angkuh kedengaran suara itu biarpun di hati sudah merasmikan hari jantung berlari kencang sedunia. Aku dengan Arie? Huh, tak mungkin! Takkan! Never! Nehi! Jeoldae andwaeyo! Silh-eo!!!!