CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Saturday, October 1, 2011

BUKAN KERANA TERPAKSA 1

Usai solat lewat petang itu, Aisya Amani hanya terbaring lesu di atas katil yang bercadar ungu miliknya. Hatinya tidak tenteram. Dia mengiring ke kanan dan kiri. Matanya di biarkan terpejam. Ingatan terhadap abah kembali menganggu dirinya. Abah, kenapa mesti Isya? Isya belum bersedia lagi.  Keluhan berat di lepaskan. Matanya yang terpejam di buka apabila terdengar suara teman sebiliknya bergelak ketawa. Pandangannya jatuh pada sejadah kuning merah yang tersidai elok di kepala kerusi studynya. Astagfirullahalazim! Ampunkan hamba-Mu ini, ya Allah. Tidak khusyuk solatku tadi kerana mengingati cadangan yang di usulkan oleh Along berserta harapan abah. Aku semakin tersekat dengan semua ini. Aku buntu, ya ALLAH.
“Isya, awak tak nak keluar pergi kafe ke?” Soal teman sebiliknya, Mimi.
Aisya tersentak mendengar pertanyaan yang tiba-tiba itu. Matanya langsung di fokus ke arah Mimi, salah seorang student yang mengambil course Office Management di UiTM Chendering (Kuala Terengganu) ini.
“Erm… Isya tak lapar la, Mimi.”
“Kenapa dengan Isya ni? Dari semalam lagi Ady tengok Isya macam ada masalah je. Makan pun tak nak,” celah Ady.
“Isya ok. Ady pergilah makan dengan Mimi. Dah nak maghrib ni,” ujar Aisya seraya memaniskan wajahnya. Ady memandang Aisya dengan pandangan curiga. Ternyata gadis manis itu tidak berpuas hati dengan jawapan Aisya.
“Betul. Isya ok la. Better Ady pergi bersiap cepat-cepat. Ady tu kalau bersolek,mahu 2,3 jam baru siap.”
“Amboi, kutuk Ady nampak.”
Mimi yang sedang melilit selendang berwarna putih coklat tertawa. Ady atau nama penuhnya Zulaiha Deraman bukanlah gadis tomboy. Dia gadis lembut yang comel. Menurut cerita Ady sendiri, panggilan Ady atau Hade di ambil dari hujung namanya dan dua perkataan dari hadapan nama ayahnya. Kalau di gabungkan jadilah Hade. Itulah sejarah nama panggilan Ady tu.
“Sya, kalau Anis masuk bilik nanti tolong beritahu dia yang Syed ada telefon saya. Dia minta tolong Anis temankan dia pergi bandar pagi esok,” pesan Mimi. Tangan gadis itu begitu cekap melilit selendang di kepalanya. Aisya yang menjadi pemerhati begitu kagum dengan kecekapan Mimi itu.
“InsyaALLAH. Tapi kenapa Syed tak call Anis sendiri?”
“Entahlah.”
Aisya mengangguk. Mungkin handset Anis kehabisan bateri. Aisya bangkit dari pembaringan. Langkahnya di atur ke arah pintu bilik.
“Nak ke mana tu?” Soal Ady.
“Tandas.”

***

Abah terdiam. Wajah keruh Anisa di pandang hiba. Hati tuanya merintih sakit. Anaknya sudah semakin jauh darinya. Sungguh kecewa hatinya kerana tindakan yang di ambil oleh anak gadis kesayangannya itu. Salahnya juga kerana terlalu manjakanAnisa. Namun rasa kesal yang terhimpun di lubuk hatinya sudah tidak memberi kesan apa-apa terhadap keputusan teguh anaknya.
“Along dah buat keputusan. Along tak nak kahwin dengan ustaz tu. Along dah ada calon Along sendiri, abah.”
“Tapi, bukan ke dulu Along juga yang setuju bila abah tunangkan Along dengan dia?”
“Itu dulu, abah. Masa tu Along belum jumpa Abang Fahim,” ujar Anisa sedikit keras. Dia serba salah sebenarnya. Tidak terniat di hati untuk melawan kata-kata abah namun perasaan sayang kepada Fahim membuatkan hatinya keras untuk tidak menerima keputusan yang di buat oleh abah.
Dia akui salahnya juga kerana bersetuju dengan cadangan abahnya yang ingin menjodohkan dia dengan seorang anak kenalan abahnya yang menuntut di Qairo, Mesir sewaktu dia masih menuntut di UIA. Tapi, waktu itu dia masih mentah. Masih belum mengerti tentang hati dan perasaan.
“Macam mana abah nak beritahu keluarga ustaz tu? Malu abah, Along.”
“Abah beritahu je yang Along sudah jumpa orang yang Along sayang. Lagipun Abang Fahim dah lamar Along, abah. Kalau susah sangat, abah suruh je Isya tu gantikan tempat Along.”
Abah terkesima. Senangnya Anisa mengeluarkan kata-kata begitu. Abah menundukkan wajahnya memandang lantai rumah. Tiada kata-kata yang mampu di keluarkan saat itu.

***

Aisya melangkah keluar dari kelas itu. Rasa kantuk yang di tahan sejak tadi hilang di tiup angin petang itu. Satu ilmu pun seakan tidak masuk ke kepalanya petang itu. Ah, subjek costing ni memang buat aku bosan la. Rasa nak je aku drop subjek ni. Tak payah ambil sampai bila-bila. Suraya dan Nor turut sama mengikut langkah teman baiknya itu. Rakan sekelas mereka yang lain sudah berpusu-pusu keluar. Ada yang singgah di MEDEC (tempat jualan macam koperasi sekolah) dan tak kurang juga singgah di kafe. Inilah anak muda sekarang. Bukan nak utamakan solat tu dulu tapi lebih utamakan hal dunia saja.
“Dah lewat ni,” ujar Nor memecah kesunyian antara mereka. Langkah kaki di atur menyusuri blok Fakulti Art and Design.
“Pergi solat kat surau atau nak masuk bilik je terus?” Soal Suraya.
“Solat kat surau aje la.” Putus Nor pula. Gadis bertudung labuh itu menghalakan langkah kakinya ke arah surau yang berhadapan dengan Fakulti Art and Design itu.
Usai solat, mereka bermalas-malasan sambil membincangkan tentang Kelab Minda Islam yang akan mengadakan program Sehari Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin.
“Sya, macam mana masalah awak dengan Along awak? Abah awak setuju ke?” Suraya menyoal soalan yang di luar syllabus perbincangan mereka.
Aisya terdiam. Dengan sendirinya bibir yang petah berbicara itu hilang taringnya.
“Sya…” Suara Nor kedengaran.
“Entahlah, Sue. Saya buntu. Along tak habis-habis paksa saya. Dia kata kalau saya setuju dengan cadangan dia, anggap je hutang abah besarkan saya dah langsai,” sayu suara itu bercerita.
“Astagfirullahalazim! Sampai macam tu sekali? Kenapa dengan Along tu? Habis, jasa abah besarkan dia pulak macam mana?” Sedikit beremosi Nor menutur pertanyaan. Aisya menundukkan wajahnya. Tak terdaya menjawab soalan itu.
“Abah cuma senyap je. Tapi dia ada kata kalau boleh dia nak Isya terima je ustaz tu. Dia tak nak tanggung malu.”
“Apa kena dengan abah dan Along awak tu?” Soal Suraya geram. Tiada jawapan yang keluar dari bibir comel itu.
“Isya kenal ke ustaz tu?”
Aisya menggeleng kepala.
“Dia pernah di tunangkan dengan Along masa dia dekat Mesir. Abah cakap, bila Along dah habis study  mereka nak satukan Along dengan ustaz tu.”
“Mereka dah kenal ke? Maksud saya, Along awak dengan ustaz tu.” Soal Suraya berminat.
“Setahu saya, Along belum pernah jumpa ustaz tu. Along pernah minta dengan abah untuk jumpa tunang dia tu tapi tunang dia tak nak. Nak jaga batas sebelum kahwin katanya.” Cerita Aisya penuh semangat.
“Erm.. Pilihan yang bagus.” Celah Nor tiba-tiba.
“Eh, jomlah pergi beli makanan kat makcik tu. Malam nanti kita sambung cerita pasal ustaz ni lagi..” ujar Suraya dengan wajah yang lapar. Dia sudah kebuluran kerana sejak pagi tadi mereka belum makan. Aisya tersenyum lantas mencubit pipi Suraya. Terjerit kecil gadis tembam itu. Asyik makan aje minah ni.


***

Aisya redha dengan ketentuan itu. Dia terima bukan kerana terpaksa tapi hatinya ikhlas menerima lelaki itu kerana ALLAH S.W.T. Keikhlasan itu lahir bukan kerana permintaan abah, bukan jua kerana paksaan Along tapi kerana hatinya menginginkan begitu. Sudah tersurat bahawa jodohnya dengan Mohd Amar Ziqrullah.
“Aku terima nikahnya Nur Aisya Amani binti Ahmad dengan mas kahwinnya….”
Aisya menadah tangan ke hadrat Ilahi. Mengucap syukur kerana majlis perkahwinannya berjalan lancar. Bersyukur kerana dia sudah di miliki oleh suaminya yang sah. Namun dia sebenarnya takut. Takut andai dia tidak mampu menjadi seorang isteri yang solehah untuk lelaki sesoleh suaminya. Takut dia tidak mampu menjadi seorang menantu seperti yang diingini oleh mertuanya.
“Sya, tahniah. Nor tak sangka yang Isya dah jadi isteri orang dalam usia semuda ni.”
Aisya tersengih. Dia tidak mampu membalas ucapan Nor. Fikirannya tertumpu kepada suaminya. Macam mana rupa suami aku? Adakah dia gelap? Botak? Pendek? Putih? Kacak? Aisya menggaru kepalanya yang bertudung litup itu.
“Kau ni kenapa?” Soal Anis yang manis berbaju kebaya moden berwarna ungu, tema majlis hari perkahwinan sahabatnya itu. Bilik pengantin yang di duduki Aisya saat itu agak jauh dari dapur dan sunyi dari kelibat manusia yang sibuk menguruskan majlis kahwin sahabatnya itu. Hanya beberapa orang saudara Aisya sahaja yang ada. Suraya pula leka melihat hadiah di sudut bilik bersama dengan Mimi, Ruhiyatul dan Ady.
“Takde apa-apa la.”
“Berapa minggu awak cuti ni?” Soal Mimi pula dengan nada nakal. Aisya membuntangkan matanya ke arahMimi.
“Honeymoon la katakan,” sambung Suraya pula.
“Mimi, Sue, korang jangan nak mengarut. Hari ahad ni Isya ada test Economic tau. Esok dah kena balik kolej,” jawab Aisya lantang. Lupa dengan orang-orang sekeliling yang turut berada dalam bilik pengantin itu.
“Laki kau bagi ke?” Ady yang sedari tadi senyap pula mencelah. Gamat bilik itu dengan suara mereka tertawa. Aisya tersipu malu. Ingin rasanya dia menyorokkan muka ke bawah katil saat itu. Eh, tak boleh. Baju cantik-cantik macam ni nak pergi menyorok bawah katil pulak. Jatuh saham aku nanti.

***

“Assalamualaikum..” Suara itu begitu asing pada pendengaran Aisya. Bukan suara abah tu. Suami aku ke tu?
Debaran malam pertama begitu terasa. Mahu sahaja dia menyorok di bawah katil saat itu. Tidak pernah dia terfikir yang dia akan melalui saat ini. Badannya keras di atas kerusi yang mengadap katil bercadar merah hati itu. Tenang, Sya. Laki kau tu bukan beruang.
“Wa’alaikumsalam..” Bunyi dah macam suara Ella je suara aku ni. Abah, Isya takut!
“Kenapa tak tukar lagi baju tu? Tak panas ke? Mesti belum solat lagi ni,” soalan Amar pada pendengaran Aisya begitu sarkastik.
Erk? Soalan apa ni? Ni ke ustaz yang abah banggakan sangat tu? Cis, apa la dia ni. Buat aku seram je.
“Erm.. Jap lagi Isya tukar.” Pandangannya masih setia di lantai rumah. Kakinya masih bermain dengan permaidani yang berbulu tebal itu.
“Pergi la tukar. Kesian abang tengok. Dah berpeluh-peluh tu.” Suara suaminya yang kedengaran agak jauh darinya membuatkan gadis itu cukup senang. Hah, tau pulak bernada lembut.
“Ok.” Dengan sepatah perkataan itu, Aisya berdiri dan melangkah dengan kepala menunduk ke lantai. Langkahnya di atur ke arah almari yang terletak hampir dengan pintu bilik.
Debuk! Aisya terkaku. Matanya terpaku pada sepasang kaki yang seinci jauhnya dari kakinya. Air liur di telan penuh perit. Ya ALLAH, kuatkan hatiku.
“Sya…” Hampir pitam dia mendengar suara yang begitu dekat di telinganya. Kepalanya masih enggan di angkat. Dia masih segan dan terlalu malu untuk menatap wajah lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu. Itu kali pertama dia mendengar suaranya. Itu kali pertama dia berhadapan dengan lelaki itu.
“Nak pergi mana ni, sayang?”
Sayang? Pertama kali dalam hidupnya seorang lelaki memanggilnya sayang dan lelaki itu adalah suaminya sendiri. Mukanya sudah terasa di bakar dalam ketuhar. Abah, teman Isya. Isya takut. Mahu rasanya dia menangis di situ.
“Isya nak ambil baju.”
Suaminya tertawa perlahan. Wajah gadis itu yang terlindung di sebalik tudung tidak dapat di intai. Ish, pemalu betul bini aku ni. Makin banyak pulak peluh dia. Habis basah tudung tu. Kalau sakat ni best jugak. Tapi kesian pulak. Kalau dia menangis nanti macam mana? Amar tersenyum sendiri.
“Erm.. Ok.”
Cepat-cepat gadis itu mencapai baju tidur berwarna ungu. Tuala ungunya yang tersidai di tepi katil pantas di capai.
“Kejap, Sya..”
Ada apa pulak ni? Aisya menggigit bibirnya. Nafas seakan tersekat.
“Isya suka warna ungu ke? Abang tengok semua barang Isya banyak yang warna ungu.”
Aisya hanya mengangguk dan pantas berlari ke arah bilik air. Amar tertawa melihat gelagat isterinya yang masih belum mahu bertentang mata dengannya. Amar akui yang dia juga masih belum pasti bagaimana wajah gadis yang sudah menjadi isterinya itu. Dia menikahi gadis itu tanpa mengenal siapa bakal isterinya. Apa yang dia pasti gadis itu merupakan adik kepada bekas tunangnya.
Amar merenung pintu bilik air. Syukur di panjatkan ke hadrat Ilahi. Dia kini sudah bergelar suami. Besar tanggungjawabnya itu. Dia berazam yang dia akan membahagiakan isterinya itu walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Baginya, cinta sebelum kahwin hanya melalaikan. Biarpun semuanya dia serahkan kepada umi dan abahnya namun dia yakin dia akan bahagia bersama isterinya itu dengan izin ALLAH S.W.T. Dia begitu yakin dengan pilihan kedua orang tuanya kerana sebelum dia melafazkan akad nikah, sudah tiga hari dia melakukan solat sunat istikharah. Alhamdulillah dia mendapat petanda yang baik.
Dia menahan kuap. Badannya terasa begitu letih. Tidak sedar yang dia sudah merebahkan badan ke atas katil. Amar, jangan hanyut. Kau belum solat isyak lagi.
Aisya yang baru keluar dari bilik air dengan tuala di kepala terkaku memandang wajah Amar yang di simbah cahaya lampu tidur. Biarpun sedikit gelap namun matanya masih boleh melihat dengan jelas wajah suaminya itu. Langkahnya di atur mendekati lelaki itu. Tidur pun dengan cermin mata. Apa la laki aku ni. Tapi… Erm.. Handsome jugak laki aku ni.
Aisya berdehem beberapa kali dengan harapan lelaki itu akan tersedar dari lenanya. Namun usahanya sia-sia. Tangannya terketar-ketar menggoncangkan bahu untuk mengejutkan suaminya. Amar tersedar. Matanya terkaku pada wajah Aisya yang semakin lama semakin merah seperti udang di bakar.
“Bangun solat.” Amar terkedu. Wajah isterinya direnung tanpa berkelip. Namun sepantas kilat dia tersedar yang dia sudah terlewat untuk menunaikan kewajipan kepada Ilahi. Amar meraup wajahnya. Dia memandang isterinya yang sedang khusyuk menyisir rambut ikalnya sekilas sebelum berlalu masuk ke bilik air.
Y a ALLAH, dia adalah amanahku. Inilah tanggungjawab aku. Hadirkan perasaan cinta dalam diri kami. Bahagiakan rumah tangga kami yang masih lagi baru ini. Amar tersenyum sendiri. Abang akan jaga Isya. Semoga ALLAH S.W.T memberkati perkahwinan kita berdua. Amin.

0 comments:

Post a Comment

syukran