CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Saturday, October 1, 2011

BUKAN KERANA TERPAKSA 2

Amar mengerling ke arah Aisya yang sedang sibuk mengemas pakaiannya. Gadis itu langsung tidak ambil pusing dengan keadaan bilik yang sunyi tanpa suara itu. Semua pakaiannya di masukkan ke dalam beg besar berwarna hijau. Dah macam nak pergi overseas je gamaknya. Beg punyalah besar gedabak. Bolehlah kalau setakat dua ekor beruang nak tumpang tidur dalam beg tu.

“Sya…”

Tangan Aisya yang lincah melipat baju itu terhenti sendiri. Dia terkaku seketika. Pantas sahaja memori semalam menerpa kembali. Bukan niatnya untuk melawan cakap suami. Bukan juga niatnya untuk menarik kembali ikrarnya untuk membahagiakan lelaki itu. Namun, kerana kenangan dia tidak tega untuk melayani lelaki itu sebagai suami.

“Sya minta maaf dengan awak sebab Sya masih tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai isteri yang sebenar-benarnya.” Amar terdiam di depan gadis itu yang baru sahaja menjadi isterinya. Usai solat Isyak, isterinya itu terus mahu mengadakan rundingan damai. Dia pun pelik dengan perangai gadis itu. Apa yang tak kena dengan bini aku ni?

“Maksud Sya?”

“Sya… Maksud Sya..”

“Tak apa, Sya. Abang faham. Sya tak perlu terangkan. Kalau itu yang Sya nak, abang ikut. Abang hormatkan Sya. Kita tahu tentang hati dan perasaan masing-masing. Mungkin Allah SWT mahu menguji kita.”

Aisya terpaku tanpa kata. Amar ikhlas ke? Matanya pantas merenung ke dalam anak mata lelaki itu yang masih duduk di sofa. Sesaat kemudian dia kembali menundukkan wajah memandang permaidani. Tidak betah untuk merakamkan iras lelaki itu ke dalam kotak ingatan. Aisya mengepalkan tangannya. Entah apa yang merasuk dirinya sehingga memberi kata putus seperti itu. Kesal juga sudah tiada gunanya kerana Amar begitu tegas menuturkan kata. Namun, sebaik sahaja kenangan itu menerpa di kotak fikiran, Aisya nekad. Perlu apa sesalan jika itu yang sepatutnya dia berikan kepada lelaki itu?

“Oh ya, malam ni saya tidur atas katil. Sya tidur je atas sofa tu. Tetamu kena tidur tempat yang lembut macam katil ni.” Putus Amar dengan suara yang di buat ceria. Sedaya upaya dia memaniskan wajahnya biarpun kecewa sudah menggunung di dada. Pelangi indah yang dia harapkan dalam kehidupan berumah tangga tidak seindah impiannya. Bersabarlah, hati.

Terkedu Aisya seketika. Atas sofa?? Mana boleh! Amboi, senang-senang hati nenek tiri laki dia je nak tidur atas katil aku. Aisya menjeling tajam. Amar tersenyum menang. Tiada lagi perkataan abang yang di tuturkan dari bibir merah lelaki itu. Tanpa persetujuan dari Aisya, lelaki itu terus merebahkan badan ke atas tilam empuk itu. Selesanya! Aku akan ikut rentak dia. Ini yang dia nak, jadi aku akan tunaikan impian dia tu. Amar  Ziqrullah, the game is begin!

“Nak saya hantarkan ke?” Soalan Amar seakan menjerut leher gadis itu. Adui, macam mana ni? Takkan nak dia hantarkan kot? Dua jam tu, wei! Mana aku boleh tahan berdua-duaan dengan laki aku ni. Runtuh iman karang, siapa yang nak tolong?

“Eh, tak payah la. Sya boleh pergi dengan bas je,” tolak Aisya dengan suara yang gelabah. Dia masih jua membelakangi suaminya itu. Redhalah, wahai Amar. Dia masih mentah tu. Amar akur. Gadis itu ingin menjauhkan diri darinya.

“Ok.” Aisya menarik nafas lega. Nasib baik dia faham. Fuh, selamat aku!

“Tapi…” What?? Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia ada sebut perkataan TAPI. Tapi apa pulak ni?
Aisya pantas berpusing mengadap Amar yang berbaju t-shirt putih itu. Lelaki itu santai berbaring di atas katil tempat peraduaannya. Dahlah semalam ambil katil aku. Hari ni pun nak menunjuk lagi yang dia dapat tidur atas katil. Huh, dasar kejam!

“Tapi?” Amar masih setia memandang atap rumah zink itu. Pandai betul bapak mertua aku buat rumah. Kagum betul aku ada mertua macam tu.

“Tapi apa?” Soalan itu di aju buat kali kedua. Tiada respon. Aisya mengetap bibir geram. Dah tidur ke hantu ni?

“Amar!!!” Jerit Aisya. Amar lekas-lekas bangun berdiri.

“Apahal ni? Melalak macam babun dalam hutan pulak!” Aisya terpinga-pinga. 

Babun?? Matanya merenung Amar tajam. Ni ke budak dari Mesir? Aku yang cun ni pun dia kata babun. Ceh, tak lama nak hidup la hubby aku ni.

“Kenapa tengok saya macam tu? Handsome sangat ke saya ni?” Spontan Amar menyoal. Dia sendiri terkejut dengan soalannya. Ish, macam mana boleh terlepas cakap macam tu? Umi tak pernah ajar kau bercakap macam tu, Amar! Astaghfirullahalazim! Cover line, wei! Terlajak perahu boleh jugak nak corner, Amar oi. Tapi kalau dah terlajak kata, kau willy pun memang dah nasik tu tak boleh jadi padi balik.

“No komen. Tapi apa?”

“Tapi apa pulak ni?”

“Awak yang sebut tapi tadi tu kenapa?”

“Ooo.. Saya nak awak pergi siapkan sarapan saya je. Kalau tak saya tak izinkan awak pergi kolej awak tu,” ugut Amar. Aisya mendengus geram.

“Dahlah. Malas Sya nak layan awak.”

“Awak memang tak pernah layan saya pun. Oh ya, cepat sikit siapkan sarapan. Saya nak pergi tengok abah.” 

Dengan kata-kata itu, Amar pantas berlalu keluar dari bilik itu. Aisya menjeling geram. Sedikit demi sedikit hatinya membengkak kerana Amar. Tanpa berlengah, dia pantas menyiapkan lipatan bajunya lalu di sumbat ke dalam beg dengan hati yang sebal.

Amar menyarung selipar jepun yang terletak elok di hadapan tangga rumah. Matanya terpandang abah di atas pangkin di bawah pokok mangga. Dia merenung wajah abah. Lama. Langkahnya di atur mendapatkan abah. Bapa mertuanya itu begitu tekun mengasah parang panjangnya. Apabila menyedari kehadiran menantu bongsunya itu, dia berhenti. Amar pantas mendapatkan abah di pangkin depan rumah. Rajin betul abah.

“Kamu nak ke mana ni, Am?” Amar tersenyum.

“Tak ada ke mana-mana la, abah. Am saja je keluar nak hirup udara segar. Abah nak buat apa dengan parang ni?” Soal Amar seraya meneliti parang yang tajam itu.

“Abah nak pergi menebas dekat kebun esok. Mana Isya? Kamu dah sarapan ke ni?” Abah kembali mengasah parangnya. Setiap gerak geri abah di perhati oleh menantunya itu.

“Isya ada dalam bilik. Tengah berkemas. Belum lagi, bah.”

“Jadi ke dia pergi ke Kuala Terengganu?”

“Jadi, bah. Am nak hantarkan tapi dia nak pergi sendiri.” Peluh mula kelihatan di dahi abah. Tenaganya sudah tidak sekuat dulu. Baru je buat sikit dah penat.

“Dia tu degil sikit, Am. Tapi kalau kena dengan cara kita pujuk dia, lembut la dia tu,” ujar abah.

Aisya tu mungkin lembut dengan abah tapi keras dengan Am. Am pun tak tahu apa salah Am bila tiba-tiba je dia tolak Am dari hidup dia. Ingin rasanya dia meluahkan apa yang dia rasakan kala itu namun bila melihat wajah tua itu suaranya seperti di sekat. Am akan cuba lembutkan hati dia untuk terima Am, abah. InsyaALLAH.

“Abah!” Amar memandang ke arah pintu rumah. Tercegat Aisya di depan pintu dengan bertudung litup warna putih dan berbaju t-shirt muslimah berwarna hijau pucuk pisang.

“Sarapan dah siap ni.” Sambung gadis itu tanpa langsung memandang wajah Amar. Rasa geram masih menebal buat lelaki itu. Amar tersenyum melihat wajah masam isterinya. Makin comel la pulak minah ni.

“Jomlah, Am,” ajak abah seraya menepuk belakang Amar. Lelaki itu mengangguk.

Mereka beriringan menuju ke pintu dapur. Aisya masih tercegat di pintu utama rumahnya dengan wajah masam mencuka. Janganlah rapat dengan abah. Abah, tolong jangan sayang dia sangat. Isya tak nak abah terluka kalau abah tahu kebenarannya. Ya Allah, berikan aku petunjuk!

“Isya! Mari makan sekali.”

“Baik, abah.”

Aisya menyendukkan nasi goreng kicap itu ke dalam pinggan abah. Amar menghulurkan pinggannya seraya tersenyum nakal. Mengada la hantu ni. Aku debik jugak mamat ni karang. Sya, laki kau tu. Dahlah kau tak nak dia masuk dalam hidup kau, tak kan benda macam ni pun tak boleh buat untuk dia? Jangan derhaka. Dia tetap suami kau walau macam mana pun dia dulu.

Aisya mengambil pinggan Amar dengan wajah mencuka. Sedaya upaya dia cuba mengikhlaskan hatinya. Namun, yang ada cuma kebencian buat lelaki itu. Teringat sewaktu malam pertama mereka. Diari tu.. Ya Allah, jika betullah dia insan itu janganlah kau terbitkan rasa sayangku buat lelaki ini.

“Terima kasih, sayang.” Aisya hanya terdiam. Amar masih tersenyum manis. Wajahnya yang bersih itu di jeling dengan penuh geram oleh Aisya.

“Isya tak nak makan sama ke?” Soal abah.

“Tak nak la, bah. Isya tak lapar. Isya nak pergi basuh kain baju abah tu kejap.”

“Erm.. Yelah.” Ujar abah lantas meneruskan suapannya. Amar memandang Aisya sehingga kelibat isterinya hilang di sebalik daun pintu.

********

Pintu bilik di buka perlahan. Wajah Anis yang terbongkang di atas katil seraya membaca novel menyapa pandangannya. Terasa begitu penat memikul beg besar gedabak itu. Macam usung beruang je gamaknya aku ni. Kenapa la aku tak minta je hantu tu hantarkan aku tadi. Hah, buatlah aksi bebal macam tu lagi lain kali. Jual mahal tak bertempat!

“Pengantin baru dah sampai,” ujar Anis seraya tersenyum manis. Manis la sangat. Aku sekeh jugak minah ni,kang!

“Mana laki kau? Takkan baru kahwin sehari pun dah berpisah kot.” Masin la mulut awak tu, Cik Anis oi! Nak sangat ke tengok kawan awak ni menjanda dalam usia muda?

“Aku tinggal dia kat rumah aku. Buat khazanah berharga,” jawab Aisya selamba. Begnya di hempas ke atas meja study. Tudungnya pantas di lucutkan. Di rebahkan badan di atas katil yang berhadapan dengan katil Anis. Aku panas!!

“Khazanah berharga? Sesuai la sangat. Kurung je laki kau tu. Jangan bagi dia pergi mana-mana. Dahlah handsome, ilmu agama pun ok. Kena kebas nanti menyesal tak sudah la kau,” balas Anis.

Aisya mencebik. Handsome pun buat apa kalau dah hati tak sayang? Ilmu agama bertimbun pun tak ke mana jugak kalau perangai macam hantu! Getus hati Aisya. Akalnya sudah tidak boleh berfikir dengan waras. Dia lupa bahawa iman manusia bukan seperti malaikat yang sentiasa di paras yang sama tanpa ada perubahan. Juga bukan seperti iman para nabi dan rasul yang selalu meningkat. Iman manusia kadang-kadang berada di paras yang tinggi dan di lain masa iman itu akan menurun juga.

“Mana Ady? Mimi?”

“Dorang keluar pergi bandar. Kau datang dengan bas ke?”

“Kau rasa?”

“Aku rasa kau jalan kaki,” kata Anis seraya melemparkan bantal kecil berbentuk empat segi ke arah Aisya. Geram. Terjerit kecil gadis itu.

“Apasal kau ni? Main baling-baling bantal pulak!” Berkerut dahi Aisya tidak faham.

“Apasal makin bebal ni?”

“Ada pulak tanya aku macam tu. Kau nak sangat ke room-mate kau yang cun ni jadi bebal?” Anis tergelak berguling-guling di atas katilnya. Dah sawan pulak ke minah ni?

“Woi, agak-agak la. Muka macam pacat pun di katanya cun. Pergi tengok cermin la, wei. Loya aku dengar,” ujar Anis dengan nada bergurau. Aisya mengetap bibir geram. Memang nak kena minah ni. Sekali aku backhand karang, ada yang melalak macam pontianak pulak.

“Lantak kau la, Nis. Aku nak tidur kejap. Nanti kau kejutkan aku bila dah masuk waktu Zohor.” Putus Aisya. Malas mahu melayan Anis. Makin di layan makin menjadi pulak nanti.

“Tak nak study ke? Esok kan ada test.”

Aisya membuat muka sememeh di depan Anis. Dah faham sangat dah. Malas la tu. Apa nak jadi la dengan budak Isya ni? Nak kata tak pandai, otak dia bergeliga jugak. Nak kata pemalas, tak ada la malas sangat. Takkan kena sawan kahwin kot?

“Malam ni aku study la. Aku letih tau. Hari Jumaat kahwin then hari Sabtu dah terpacak depan kolej Kerawang ni. Ni first time dalam hidup aku benda ni jadi. Bagi la chance aku rest sikit pagi ni. Dahlah hari ni aku bangun pukul 4.30 pagi. Ada laki pun susah jugak,” rungut Aisya.

“Dia kejutkan kau ke?” Aisya melemparkan sengihan kerang busuknya ke arah Anis.

“Sahlah memang laki kau yang kejutkan kau. Kalau kau yang bangun sendiri memang aku rasa dunia ni dah nak terbalik.” Terbuntang mata Aisya. Amboi, sampai macam tu sekali.

“Suka-suki kau je mengata aku macam tu ye. Macamlah aku ni teruk sangat. At least aku bangun awal sikit dari kau tu,” balas Aisya.

“Awal la sangat. Pukul 6.30 pagi tu kau kata awal? Ayam pun bangun lagi awal dari tu tau. Aku tak apa la sebab aku tak kahwin lagi,” ujar Anis tidak mahu mengalah.

“Banyak cantik muka kau. Kalau tak kahwin, maknanya boleh bangun lewat la? Mazhab mana kau ikut ni?” Bangkang Aisya. Ingin rasanya dia lakukan aktiviti seni jahitan mulut manusia pagi itu. Tangan pun dah rasa macam gatal sikit. Boleh je kurangkan gatal tangan ni dengan mengjahit mulut Anis.

“Mazhab Anis Cute.yahoo.com,” kata Anis dengan sengihan melebar.

“Cute la sangat kan?”

Of course!”

“Tengok cermin la, wei.”

“Hari-hari aku tengok.”

“Patut pun cermin tu pecah. Muka kau punya angkara rupanya.”

Debukk! Tepat bantal golek milik Aisya landing di wajah tuannya sendiri. Hampir tersembam gadis itu mencium lantai bilik. Cis, main kotor pulak minah ni! Pantas Aisya bangkit dari pembaringan. Matanya di hala ke arah Anis. Tajam. Menikam kalbu. Mahu tergoda kalau tenung mata hazel minah tu lama-lama.

“Kau ni kan kalau tak baling barang tak boleh ke?”

“Barang apanya? Aku baling bantal je.” Tanpa rasa bersalah walau secubit garam, Anis tersengih pantas berlari keluar dari bilik itu. Rasa macam dekat je dengan gunung berapi. Sebelum gunung tu meletus, lebih baik selamatkan diri dulu!

Bip! Satu mesej masuk. Tertera nama Hubby di skrin handset Aisya. Berkerut dahi gadis itu. Hubby? Bila masa aku set nama hubby aku dengan Hubby ni? Pantas di buka mesej itu.

+ As salam. Dh smpai ke?

Aisya teragak-agak. Nak balas ke tak nak ni? Balas aje la. Nanti risau pulak abah kat rumah tu.

- Dah.

Ringkas. Padat. Dan tak meyusahkan untuk menaip panjang-panjang. Seminit kemudian, sekali lagi mesej masuk.

+ Bila? Pukul berapa? Knp senyap je? Lngsung xcol or msj bgtau..

Amboi, pandai jugak mamat Mesir ni bermesej ye. Aku ingat dia buta IT. Ceh, macam aku ni terror sangat sampai boleh berdiri satu level dengan Bill Gates dan duduk satu kerusi dengan pak cik jutawan tu.

- Takkan semua perkara nak kna report?

Aisya sudah mula bosan. Mata semakin layu. Bila-bila sahaja boleh terbang ke alam mimpi.

+ I’m ur husband, Nur Aisya Amani. Jgn pernah lupa hakikat tu. Take care. As salam.

Termangu Aisya seketika. Hakikat? Perlu apa hakikat itu andai hati ini terluka? Ah, persetankan semua tu. Tidur lagi bagus.

*******

“Ok. Next week saya nak you all siapkan assignment tu. Hari rabu nanti jangan lupa submit sebelum pukul 3 petang. Ada apa-apa soalan?” Soalan Miss Rozi Ilmy hanya di balas dengan gelengan. Tekun betul studentnya menyalin soalan yang tertera di whiteboard.

Miss, tak boleh ke kalau lewat sikit?”

You know the rules, Mohd Shadeeq!” Jawab Miss Rozi Ilmy tegas. Pensyarah muda itu pantas berlalu keluar sebaik sahaja mengucapkan salam. Aisya memandang Suraya dan Nor silih berganti. Masing-masing buat muka mati-la-kita-sebab-assignment-lain-tak-siap-lagi.

“Macam mana ni? Costing pun kena submit minggu depan jugak,” kedengaran suara Liyana di belakang Aisya. Masing-masing semakin kalut. Bila dah dekat dengan final exam nilah yang makin buat student pening kepala sampai rasa nak beradu hantuk kepala kat dinding library.

Chill la, guys,” sampuk Syairah Syamsudin atau lebih glamour dengan nama SS a.k.a Syok Sendiri.

“Kepala hotak kau nak chill. Aku rasa macam tak dapat bernafas dah ni,” balas Athira dengan muka cuak tahap langit ke tujuh. Memang cuak sangat la kan bila assignment bertimbun. Berjalan pun dah tak nampak tanah. Main aci redah je ikut kepala lutut sendiri.

“Yup. Aku rasa cara terbaik ialah. Jeng jeng jeng.. Baik aku hentak kepala kat tiang seri kolej kita tu, berkecai semua ilmu dalam kepala aku ni. Tak perlu nak fikir pasal assignment dah nanti,” sokong Shida.

“Hentaklah kalau berani mati sangat. Aku nak tengok.” Liza yang sedang tekun menyiapkan kerjanya turut menyampuk. Adah di sebelah hanya diam membisu.

“Thira, aku rasa kau ni kena sawan kerja banyak la,” ujar SS dengan sengihan nakal.

“Banyak la kau punya sawan. Aku sawankan kau sekali nanti kang!”

Jange dok baloh gak kito ni. Kito ni satu family. Discuss la molek dulu,” Ariff cuba menenangkan teman-temannya. Amir di sebelah tersengih. Dah mai dah loghat Kelantan dia tu. Mamat ni nama je membesar kat Terengganu tapi darah yang mengalir di tubuhnya tetap darah jati anak Kelantan. Hidup Kelantan! Red Warrior tetap di hati!

“Mana ada kami baloh. Kami berdiskusi la ni.” Kata SS.

“Wei, jomlah balik.” Ajak Paih yang sudah bersiap dengan beg tergalas di bahu. Ayie dan Adlan hanya mengekor di belakang.

“Terpaksa tidur lewat la kita minggu ni dengan minggu depan.” Aisya tersengih mendengar rungutan Suraya. Sah-sah kena tongkat mata malam-malam nanti tak bagi mengantuk.

“Sabarlah, kawan. Ni tugas kita sebagai student. Kita kena tempuh jugak semua ni dengan hati yang lapang. InsyaALLAH akan ada hasilnya nanti. Allah SWT takkan sia-siakan hamba-Nya yang berusaha,” ujar Nor dengan nada lembut. Aisya dan Suraya mengangguk serentak.

“Jomlah balik kolej. Saya nak tidur.”

“Awak ni kalau tak tidur sehari tak boleh ke?” Aisya mengerutkan dahi. Kawan-kawan mereka yang lain sudah beransur-ansur keluar. Nor memandang gelagat Shadeeq dan Nunu yang bertekak di depan pintu. Macam budak-budak berebut nak keluar awal je. Ingat pintu tu pintu bapak dia ke? Bukan ada satu tu je pintunya. Saja je nak bergaduh.

“Mana boleh tak tidur, Sya. Nanti tak ada semangat la saya.”

“Banyaklah cantik muka awak tak ada semangat.”

“Saya dah cantik la.”

“Perasan!”

“Dah la tu. Asyik gaduh je korang berdua ni. Macam budak-budak. Matured la sikit,” tegur Nor dengan nada tegas.

“Baik, Cik Nor!!” Jerit Aisya dan Suraya serentak. Bergema kelas itu dengan suara mereka berdua. Nor menjeling geram. Tawa mereka sama-sama meletus. Bahagia menjadi milik mereka saat itu.

0 comments:

Post a Comment

syukran