CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Saturday, October 1, 2011

BUKAN KERANA TERPAKSA 4

Amar tersengih memandang wajah mencuka Aisya itu. Bukan niatnya untuk memaksa gadis itu namun dia terpaksa. Kalau tak di paksa, kucing dah bertanduk pun belum tentu isterinya itu mahu mengikutnya pulang ke Kelantan. Ada saja alasan yang di beri. Assignment banyak la,test dah dekat la,kuiz tiap-tiap minggu la. Dia ingat aku ni tak pernah jadi student ke? Macam la aku percaya sangat temberang dia tu. Dengan abah boleh la dia nak goring sampai hangus pun tapi dengan aku.. Heh,tengok orang sikitlah biniku sayang oi!

“Panjangnya muncung dia.” Aisya menjeling lelaki yang tengah memandu di sebelahnya itu sekilas. Amar semakin melebarkan sengihnya. Aisya memalingkan wajahnya ke luar cermin kereta Myvi itu. Rasa geram pada lelaki itu bertambah. Sanggup dia datang ke Kuala Terengganu semata-mata nak kidnap aku pergi rumah umi. Nasiblah kau ni laki aku,kalau tidak dah lama aku penyek kau buat sotong kering!

“Sorry la, Sya,” ujar Amar lagi memancing isterinya bersuara.

Sorry naik lorry la!

“Sya, kenapa senyap je ni?”

Ada bersangkut paut dengan kau ke kalau aku senyap? Kalau aku bisu sekalipun bukan masalah kau! Menyampah!

“Sya, janganlah macam ni. Saya mintak maaf la,” lembut suara itu menutur perkataan. Dia masih bersabar dan akan terus bersabar. Dia akui memang salahnya kerana menculik Aisya. Itu pun dengan bantuan Nor,Ikah dan Suraya. Mereka sepakat membuat surat penangguhan kuliah untuk Aisya tanpa pengetahuan gadis itu selama seminggu. Memang la boleh mengundang lava dari gunung hati Aisya tapi dia sedaya upaya akan cuba mengambil hati isterinya itu.

“Sya..”

“Boleh diam tak? Bisinglah awak ni,” kasar suara itu membalas. Aisya terkedu mendengar suara sendiri. Amar terdiam. Hampir hilang fokusnya pada pemanduan.

Mata Aisya terpandang Hospital Kubang Kerian. Van jenazah yang baru keluar dari pekarangan pagar hospital itu mengundang sesalan padanya. Macam mana jika dia tidak sempat meminta maaf pada Amar? Macam mana kalau dia mati saat itu juga? Ya Allah, ampunkan aku kerana meninggikan suara pada suamiku.
Ingin rasanya dia meminta maaf saat itu juga namun ego menghalang. Salah dia jugak sebab buat planning tanpa persetujuan aku. Lantaklah dia nak terasa hati ke apa. Apa aku kisah? Ah, kerasnya hati seorang manusia yang bergelar isteri saat itu.

Kereta yang di pandu Amar tiba-tiba di berhentikan di tepi jalan. Aisya terpinga-pinga. Nak buat apa pulak mamat ni berhenti kat sini? Matanya melilau memandang ke bahu jalan. Ada gerai menjual buah-buahan di situ. Bunyi pintu kereta yang di tutup mengejutkan Aisya. Pantas matanya di hala ke seat sebelahnya. Ternyata Amar sudah keluar meninggalkannya. Matanya merenung lenggok badan Amar yang berjalan mendapatkan sebuah gerai yang menjual buah tembikai di hadapan kereta Myvi itu.

Bip! Pantas Aisya pantas merenung skrin handset yang tersadai di atas dashboard kereta.

Emir? Mamat ni nak apa pulak? Tangannya mencapai handset lantas di buka mesej  daripada Emir itu.

Salam.. Buat apa 2?

Amboi, dah pandai mesej aku pulak mamat ni. Malas nak layan! Aisya mencampak handset ke seat belakang. Bunyi mesej kedua tidak di hiraukan. Emir Zakwan! Lelaki pertama yang mampu menggoyah hatinya namun sekejap cuma. Lelaki itu bukan setaraf dengannya. Dia bagaikan pipit sedangkan lelaki itu bagai enggang yang terbang bebas di angkasa. Sudah beberapa bulan lelaki itu menganggunya dengan mesej dan call namun Aisya langsung tidak melayan kerenah lelaki itu. Dia tahu batasnya. Dia tahu kedudukannya.

“Siapa Emir?” Suara Amar betul-betul di telinganya. Terkejut beruk Aisya. Bila masa mamat ni masuk kereta? Pantas kepala dip using ke seat sebelah. Dia terkaku. Wajah Amar betul-betul di hadapan matanya. Seinci saja lagi mungkin hidung lelaki itu akan menyentuh dahinya. Bau haruman minyak wangi lelaki itu menghanyutkan Aisya.

“Emir tu siapa, Aisya?” Soalan kedua dari Amar menarik Aisya dari dunia khayalan.

“Emir?” Macam mana dia…? Ya Allah!

“Awak baca mesej Sya?” Mata Aisya mencerlung garang. Tidak di hiraukan wajah Amar yang begitu dekat dengannya kala itu.

“Kenapa kalau saya baca? Salah?”

“Awak tak ada hak nak menyibuk tentang urusan peribadi Sya,”  jawab Aisya dengan suara yang tertahan-tahan. Rasa amarah yang membuak-buak cuba di kurangkan.

“Urusan peribadi awak bermakna urusan peribadi saya, Aisya. Awak jangan lupa yang awak tu isteri saya,” tegas suara Amar kali ini. Sengaja di tekankan perkataan isteri. Biar Aisya sedar diri sedikit. Biar Aisya tahu betapa sakit hatinya ketika itu.

“Ya, memang Sya isteri awak tapi tu tak bermakna awak boleh baca mesej Sya sesuka hati awak tanpa kebenaran Sya,” balas Aisya tidak mahu mengalah. Wajahnya di dekatkan sedikit ke arah Amar. Amboi, berani betul bini aku ni! Cium karang baru tau!

“Eh, tahu pun awak tu isteri saya. Kalau dah sedar awak tu isteri saya, sendiri mahu ingatlah tanggungjawab awak tu,” sindir Amar. Amar melarikan wajah ke hadapan. Mahu meneruskan pemanduannya. Aisya mencari-cari handsetnya di seat belakang namun hampa. Buah-buah tembikai yang terletak elok dalam plastik di seat belakang memberi jawapan pada gadis itu. Siapa lagi yang mahu mengambil handset itu kalau bukan Amar?

“Mana handset Sya?”

“Biar saya pegang.”

“Tu handset Syalah!” Suara Aisya sedikit meninggi.

“Memang handset awak.” Aisya mengetap bibir menahan geram dengan perangai selamba Amar. Enjin kereta di hidupkan. Mulut Amar terkumat kamit membaca doa. Semoga Allah melindungi mereka dari bahaya.

“Pulangkan balik!” Naik satu oktaf.

“Dah nak gerak ni. Duduk je diam-diam.” Suara Amar juga naik sedikit nadanya.

“Kenapa dengan awak ni?!” Naik satu lagi oktaf. Tahap kesabaran memang dah habis. Amar betul-betul mahu mencari pasal dengannya.

“Duduk diam-diamlah. Baca doa tu,” suara lelaki itu mengendur. Malas mahu bertekak. Di kepala masih terfikir-fikir siapakah gerangan lelaki yang bernama Emir itu. Pandai-pandai je hantar mesej cakap rindu kat bini aku. Memang tempah keranda awal la mamat tu.

“Tak nak!”

“Habis nak saya cium awak dulu baru awak nak diam?” Soal Amar geram. Aisya menjeling benci. Kereta mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan gerai di bahu jalan itu.

“Sya nak handset Sya la.”

“Sya, lagi sekali awak mintak handset awak, saya akan buat apa yang saya nak.”

“Apa yang awak nak buat? Cium Sya? Jangan mengarut!” Jerkah Aisya lantang. Sudah lupakah gadis itu dengan siapa dia bercakap kala ini? Amar cuba menahan sabar.

“Saya akan buat betul-betul, Sya.”

Macam aku takut. Aisya mencebik. Kalau berani buat la. Aku sekeh kau nanti.

“Gila!”

Amar hanya membatu. Aisya masih tidak berpuas hati. Matanya terpandang poket seluar Amar yang sedikit besar. Handset aku ke handset dia? Tadi aku tengok dia letak handset dia kat poket sebelah kanan seluar so, maknanya ni handset akulah. Tangannya pantas di hala ke arah seluar Amar.

“Sya, awak jangan berani-berani nak ambik handset tu.” Amar memberi amaran dengan suara tegas. Namun langsung tidak di hiraukan oleh Aisya. Apa yang dia tahu dia nak handsetnya kembali. Dia tidak mahu barang-barangnya ada dalam simpanan lelaki itu.

“Suka hati Syalah,” balas Aisya penuh berani. Tanpa sebarang pamitan, Amar menghentikan keretanya di bahu jalan. Bunyi hon dari kereta lain tidak di hiraukan. Dia betul-betul rasa tercabar dengan telatah Aisya. Handbrake di tarik. Wajahnya di pandang ke seat sebelah. Merenung wajah Aisya yang ayu bertudung litup putih dan berbaju kurung warna peach.

“As I said, Aisya. Saya akan buat betul-betul apa yang saya cakap tadi.” Aisya yang masih dalam keadaan terkejut tidak dapat menangkap maksud kata-kata Amar. Dia berkelip-kelip memandang wajah suaminya.

Lengannya di cengkam oleh tangan Amar kemas. Gadis itu terkedu plus terkejut. Apahal dengan mamat ni? Sawan ke? Terasa dirinya di tarik rapat ka arah lelaki itu. Bau haruman Dark Blue keluaran Hugo Boss menusuk masuk ke hidung. Wangi betul laki aku ni. Lafaz bismillah yang keluar dari bibir Amar menyedarkan Aisya bahawa dia berada di dalam zon bahaya. Belum sempat dia melakukan apa-apa pertahanan, satu kucupan singgah di dahinya.

“Apa ni?” Soal Aisya geram lalu menggosok dahinya berkali-kali. Muncungnya panjang sedepa.

“Nak lagi?” Soalan berbalas soalan.

“Jangan nak buat gila la, Am!”

Badannya terasa di tarik sehingga tiada ruang antara mereka. Terbeliak mata Aisya dengan tindakan Amar. Lelaki itu betul-betul menaikkan suhu amarahnya. Bibirnya yang sudah hilang ‘dara’nya di sentuh dengan jari-jemari. Terketar-ketar tangannya kala itu.

“Awak nikan…” Bibir Amar sekali lagi bertemu dengan bibirnya. Lama. Langsung tidak mahu memberi peluang kepada gadis itu untuk berkata-kata.

 Aisya menolak dada Amar sekuat hati. Tidak sanggup rasanya dia mahu memandang dirinya sendiri. Rasa malu yang menebal bermukim di sudut hati. Kurang asam punya mamat!

“Kalau rasa nak lagi, cubalah bantah cakap saya. Jangan ingat saya main-main!” Tegas suara itu menutur kata yang lebih kepada arahan. Dalam hati tak usah cakaplah. Sudah kembang bunga setaman! Puas hati aku!

********

"Makanlah, Sya. Jangan malu-malu,” suara Hajah Naimah begitu lembut kedengaran menusuk ke telinga. 

Sehabis daya Aisya menghulurkan senyumannya. Baru je sampai dah kena paksa makan. Macam mana nak berselera kalau macam ni? Semua benda aku rasa macam terpaksa je. Alahai, sabar je la Isya!
Hajah Naimah masih tidak betah untuk bercakap lohgat Kelantan kerana menurut apa yang Aisya tahu keluarga Amar baru berpindah ke sini kerana Haji Razlan mahu kembali ke tempat kelahirannya biarpun sudah berpuluh-puluh tahun merantau di negeri orang.

Amar menjeling gadis yang duduk berdepan dengannya itu. Plastik! Senyum pun tak ikhlas minah ni. Aku cium lagi sekali depan umi dengan abah ni karang. Payah sangat nak senyum dengan ikhlas. Macamlah ada berlian yang keluar kalau dia senyum. Mahal betul nak tengok minah ni senyum.

“Sya cuti ke ni?” Soalan Haji Razlan menyentak Aisya.

Takkan nak tipu orang tua ni kot? Dia memandang Amar yang duduk setentang dengannya namun lelaki itu dengan selamba sahaja menyuap nasi ke mulut. Tak guna betul la mamat ni. Dia yang seret aku ke sini lepas tu dia boleh pulak lepas tangan macam tu je. Aisya memandang pula adik iparnya, Syarha yang akan menghadapi peperiksaan PMR tahun ini. Gadis itu juga nampaknya tidak berminat mahu menyampuk percakapan abah.

“Cuti seminggu, abah.”

“Jadinya nak duduk sini seminggu ke?” Hajah Naimah menyampuk.

“Tiga hari je kot umi sebab Sya nak balik Besut tengok abah. Risau jugak kalau tinggal abah lama-lama. Lagipun Sya dah lama tak balik jenguk abah. Banyak sangat kerja yang Sya kena bereskan, umi,” jawab Aisya tanpa menghiraukan pandangan Amar.

“Baguslah kalau macam tu. Habis, bila nak buat majlis sambut menantu ni, bang?”

“Entahlah sayang oi. Anak awak tak ada kata apa-apa pun tu,” ujar Haji Razlan seraya memuncungkan mulut ke arah Amar.

“Nanti-nantilah, abah. Along pun belum start kerja lagi ni. Tengah pokai ni, bah.”

“Bila along nak bawak ayong pergi honeymoon?” Celah Syarha tiba-tiba. Tersedak Aisya mendengar pertanyaan itu. Automatik Hajah Naimah menepuk belakang badan menantunya itu dan menghulur air kepada Aisya. Merah padam muka gadis itu.

“Alah, hari-hari pun honeymoon la, adik,” jawab Amar selamba. Terbeliak mata Aisya memandang suaminya. Hari-hari honeymoon ye? Siaplah kau!

Amar tersengih. Wajahnya tertunduk ke bawah. Tidak mahu Aisya mengesan sengihan nakalnya itu. Tiba-tiba dia terasa kakinya di sepak dengan kuat. Terjerit lelaki itu kerana terkejut.

“Kenapa ni, along?” Soal Syarha. Dah sawan ke abang aku ni?

“Tak ada apa-apa la. Kucing kot yang tiba-tiba sepak kaki along,” selamba Amar berkata.

Aisya mengetap bibir menahan geram. Berani dia kata aku kucing? Memang tempah maut la mamat ni. Amar mengerling Aisya yang kembali leka menyuap nasi berlaukkan gulai ikan tempoyak. Berselera pulak gadis itu makan tidak seperti mula-mula menjamah nasi tadi. Hah, time aku pulak kali ni. Dia mengagak-agak kedudukan kaki isterinya itu. Apabila rasa yakin mula menguatkan hati, pantas dia menendang kakinya ke hadapan.

“Aduh!” Rintih umi sekuat hati. Bergegar dapur rumah banglo itu dengan laungan umi. Alamak! Matilah aku kalau umi tahu. Amar pantas mendiamkan diri. Renungan dari Aisya tidak di hiraukan.

“Kenapa ni, sayang?” Soal Haji Razlan terkejut.

“Siapa pulak yang suka main-main sepak bola masa tengah makan ni, along? Petang karang pun boleh kalau nak main. Sabar-sabar la dulu,” perli Hajah Naimah. Merah padam muka Amar. Aduh, umi ni pun agak-agak la nak perli aku pun!

“Along main bola ke, umi?” Begitu innocent Syarha bertanya uminya. Tergelak kecil Aisya. Amar merenung isterinya itu. 

Cantik! Kalau Sya selalu macam ni, abang sanggup kena perli dengan umi tiap-tiap hari. Betapa sejuk hatinya melihat senyuman Aisya itu. Terasa sesuatu meresap masuk ke hatinya. Ya Allah, lembutkan hatinya untuk menerima diriku!

 *****

Aisya hanya terkebil-kebil melihat Amar memasukkan beg pakaiannya bersama beg pakaian Aisya ke bilik itu. Takkan nak join bilik ni jugak kot? Peluh yang mengalir di wajah lelaki itu tidak dapat di hilangkan oleh kipas angin yang begitu setia memberi khidmat. Macam mana nak hilang panas ni kalau kipas tu hanya mengadap badan Aisya je? Selfish betul. Dah terang-benderang aku tengah panas ni, boleh pulak dia buat derk(tak tahu) je. Ni boleh mengundang kemarahan ni!

“Kenapa masukkan sekali beg awak dalam bilik ni?” Soal Aisya.

“Dah tu takkan nak pergi letak dalam kandang kambing Pak Usop?” Aisya menjeling tajam. Aku tanya serius kau main-main pulak ye!

“Memang sesuai sangat kalau letak beg awak dalam kandang tu. Bau awak dengan kambing-kambing tu pun sama je,” balas Aisya geram.

Dia pantas merebahkan badannya ke atas katil bujang itu. Matanya meliar ke sekeliling bilik. Tak banyak hiasan yang boleh di lihat. Hanya ada tulisan Allah dan Rasulullah yang tergantung kemas di hujung kepala katil. Ada sebuah meja dengan computer di sudut kiri bilik. Sejadah dan kelengkapan untuk solat tersimpan kemas di tempat penyidai. Satu rak buku yang di penuhi dengan buku-buku tebal terletak di sudut kanan bilik berdekatan dengan pintu. Kemas jugak ni. Bilik mamat ni ke? Kenapa simple sangat hiasan bilik ni? Tak ada pun gambar-gambar dia. Mamat ni tak suka bergambar ke?

“Bau saya sama dengan kambing?”

“Yelah. Sebijik!”

“Ooo.. Baru saya tahu bau saya ni sama macam kambing. Kalau macam tu, awak hidulah bau haruman ni ye sampai esok!”

Amar merebahkan badannya di sisi Aisya. Tangannya pantas melingkari pinggang isterinya itu. Berdegup kencang jantung gadis itu. Dah macam bunyi kuda berlari marathon pun ada.

“Apa ni? Awak jangan nak mengada ye. Sya jerit nanti.”

“Jeritlah.”

“Awak jangan nak main-main dengan Sya. Baik awak lepaskan Sya sekarang. Sya jerit betul-betul kang!” Ugut Aisya.

“Cubalah jerit.”

“Umiiii…”

Pantas Amar mengucup bibir itu. Aisya terkedu. Perlahan-lahan airmatanya mengalir. Kenapa Amar suka mempermainkan perasaannya? Air hangat itu mengalir tanpa henti. Sekuat tenaga Aisya menolak badan Amar yang terasa sedikit berat menindih bahunya.

“Awak kejam! Sya benci awak!” Suara itu begitu sayu kedengaran. Amar terkaku melihat airmata itu mengalir tanpa henti. Dia cuba menyentuh wajah isterinya namun di tepis dengan kasar oleh gadis itu.

“Awak jangan cuba sentuh Sya! Jangan sampai hormat Sya pada awak hilang, Am. Sya masih ada rasa hormat pada awak sebagai suami Sya tapi mana hormat awak pada Sya? Awak buat Sya macam tunggul. Awak buat ikut suka hati awak je. Sya ada hati, ada perasaan. Sya bukan anak patung, Am! Awak jangan nak cabar kesabaran Sya. Jangan buat Sya semakin jijik dengan awak!”

Aisya berlari keluar dari bilik itu. Tidak sanggup dia mahu memandang wajah lelaki yang sudah menghancur lumatkan perasaannya. Ingin rasanya dia putuskan ikatan yang terbina antara dia dan Amar. Dia sudah tidak sanggup berpura-pura bahagia sedangkan di hatinya penuh dengan duka.

Jangan buat Sya semakin jijik dengan awak!

Kata-kata Aisya yang terakhir itu menusuk ke kalbu seperti belati tajam yang menghiris dagingnya. Jijik? Begitu sekali perasaan Sya pada abang. Maafkan abang, sayang. Mafkan, abang.

Aisya berlari ke arah dusun buah-buahan di belakang rumah bangle dua tingkat itu. Panggilan Syarha langsung tidak di endahkannya. Dia benci berada di situ. Dia benci melihat wajah Amar. Dia benci mengingati kisah silam. Dia jijik dengan semua yang berlaku. Ya Allah, kuatkan hatiku menghadapi ujianMu ini. Tingkatkan kesabaranku dalam mengharungi hidup ini.

0 comments:

Post a Comment

syukran