CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Saturday, October 1, 2011

BUKAN KERANA TERPAKSA 5

Hajah Naimah merenung wajah polos Aisya yang sedang tidur. Kesian gadis itu. Begitu teruk demamnya selepas tersesat di dalam kebun petang semalam. Entah apa yang di carinya di dalam dusun arwah ayah Haji Razlan yang sudah menjadi milik adik iparnya itu. Hajah Naimah juga pelik dengan perangai Aisya. Menangis saja kerjanya dari pagi tadi sampai demam-demam. Tangannya menyentuh dahi gadis itu lembut. Panas! Biarpun sudah berjam-jam di letak kain yang di basahkan dengan air namun panas badannya masih berdegil tidak mahu turun.

“Umi, macam mana?” Suara Amar tiba-tiba kedengaran di belakangnya. Pantas wanita separuh umur itu berpaling memandang wajah anak tunggal lelakinya itu yang segak berbaju melayu warna krim cair. Pastinya anak muda itu baru balik dari surau. Di kerling jam loceng di atas kerusi studi. Dah pukul 9.32 malam.

“Macam ni jugaklah along. Tak surut-surut pun lagi demamnya ni. Risau la umi,” ujar Hajah Naimah sayu. Amar melangkah masuk ke biliknya mendekati umi yang duduk di birai katil. Matanya memandang wajah Aisya yang tidak bertudung kala itu. Kain basahan masih melekat di dahi gadis itu. Hembusan nafasnya tidak selaju seperti mula-mula dia menemui gadis itu di dusun lewat petang semalam.

“Kita bawak pergi kliniklah umi.”

“Nanti mengamuk pulak dia kalau dia tahu kita nak bawak dia pergi klinik. Semalam pun bukan main marah lagi dia pada along. Emosi dia pun tak stabil sangat lagi ni,” bantah Hajah Naimah. Dia takut jiwa Aisya terganggu jika terus memaksa gadis itu. Semalam pun sudah seperti di rasuk hantu dia memarahi Amar apabila lelaki itu mahu membawanya ke klinik.

“Habis takkan nak biar macam ni je, umi?”

“Kita tunggu dulu sampai besok pagi. Kalau tak kebah jugak demamnya ni, kita bawaklah dia pergi klinik,” putus Hajah Naimah. Amar mengangguk akur.

“Kalau itu yang umi rasa cara terbaik, along ikut je.”

Mata pemuda itu kembali meratah wajah isterinya lama. Rasa kasihan dan menyesal bergabung menjadi satu. Dia marah sebenarnya. Marah dengan diri sendiri kerana sanggup melukakan hati gadis yang tidak bersalah itu. Entah apa yang merasuknya semalam sehingga dia begitu pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan Aisya.

“Umi keluar dulu ye, sayang. Along tengok-tengokkan la Isya tu. Jaga dia betul-betul,” ujar Hajah Naimah dengan maksud yang mendalam. Amar mengengguk laju. Jika umi tidak menyuarakan pesanan itu pun, dia tetap akan menjaga Aisya. Gadis itu terlalu berharga buat dirinya. Gadis itu adalah sebahagian dari hidupnya kerana Aisya Amani adalah isterinya.

Langkah Hajah Naimah hanya di pandang sekilas. Sebaik sahaja pintu bilik bujangnya itu tertutup rapat, Amar pantas mendapatkan Aisya. Maafkan abang, Sya. Abang bersalah tapi Sya yang mulakan. Siapa Emir, Sya? Siapa dia dalam hati Sya? Jawab, Sya! Wajah Aisya yang sedikit pucat seakan mencarik-carik sekeping hati miliknya. Alahai, kenapa dengan kau ni Am? Lemah betul.

Hampir lelaki itu menitiskan airmata namun dia sedaya upaya cuba menahan gelodak hati yang kian menghimpit dada. Dia sayangkan Aisya atas alasan gadis itu adalah isterinya. Layakkah aku menjadi suaminya? Aku memarahinya kerana mesej dari Emir yang mengatakan rasa rindu kepada iseri aku. Salahkah aku jika aku marah? Tak! Emir yang salah. Tidakkah dia tahu bahawa Aisya adalah isteri aku? Adakah aku cemburu? Tidak sama sekali. Aku marah kerana dia adalah isteri aku!

Am,betul ke kau sayang dia sebab dia isteri kau? Ikhlas ke sayang kau tu? Suara hati bagai terngiang-ngiang di telinga. Tak mampu dia menjawab soalan yang berlegar-legar di fikiran kala itu. Ah, persetankan semua tu. Dia isteri aku! Aku berhak ke atas dia.

“Ma, Isya sakit. Mana ma pergi? Kenapa tinggalkan Isya?” Suara Aisya begitu sayu mengetuk gegendang telinga lelaki itu. Dia terkedu. Sungguh dia tidak tahu cerita sebenar di sebalik masa silam isterinya itu. Hanya cerita yang di korek sendiri daripada abah yang menjadi pengetahuannya dalam menilik isterinya itu.

******

“Isya tu sejak kecil lagi dah kehilangan ma dia. Arwah meninggal sewaktu Isya masih merah lagi. Abah pun tak rapat sangat dengan dia sejak dia kecil sampai sekarang. Tapi dia seorang anak yang mendengar kata, Am. Mesti Am tertanya-tanya kenapa abah tak rapat dengan Isya berbanding dengan alongnya kan? Abah tak mampu nak ungkit kesalahan abah sendiri. Biarlah Isya yang ceritakan semuanya pada Am,” kata-kata abah membuat Amar terdiam.

Bertanya Aisya seakan menjerut leher sendiri. Mahukah gadis itu bercerita padanya? Berkongsi kisah silam dengannya? Ah, jangankan nak bercerita pada aku tengok muka aku pun belum tentu minah tu hendak.

“Arwah ma sakit apa, abah?”

“Sakit kanser.”

Suara abah kedengaran tersekat-sekat. Amar kembali terdiam. Adakah patut aku bertanya lagi? Mungkinkah hati abah akan terluka kalau aku terus bertanya mengenai arwah ma? Bagaimana mungkin abah tidak terluka sedangkan sudah lama dia hidup sendiri tanpa berfikir untuk mencari pengganti. Abah memang seorang yang setia pada cintanya biarpun sudah hampir 19tahun arwah ma pergi meninggalkannya.

“Abah harap Am takkan sia-siakan Isya. Hatinya keras tapi mudah di lembutkan kalau kena pada gayanya. Dia kesunyian Am. Abah tahu dia kekurangan kasih sayang abah dan alongnya tapi abah tak mampu untuk terus terusan memandang wajah dia. Dia mirip wajah arwah ma,” sambung abah lagi.

Mirip wajah ma? Cantik! Abah pun handsome lagi sekarang ni walaupun dah tua. Kalau nak kawin dengan anak dara pun boleh. Rambtu je yang sedikit beruban tapi badan masih tegap lagi. Kalau tidak masakan dia masih gagah bekerja walaupun Anisa sering menghantar duit untuknya. Bukan Amar tidak pernah tengok duit simpanan abah. Terbeliak juga mata Amar sewaktu abah menghulurkan buku bank Tabung Haji kepada Amar sewaktu menemani abah memasukkan duit ke dalam akaun simpanannya. Abah pun sudah dua kali mengerjakan haji dan umrah. Dasyat jugak abah tu.

*******

“Nak air..”

Tersentak Amar apabila terasa lengannya di cengkam kuat. Jatuh pandangannya pada wajah mulus Aisya. Terkumat kamit bibir itu menyebut perkataan tanpa satu pun dapat di fahami oleh Amar. Apahal pulak minah ni? Sawan ke? Dah tahap kronik bini aku ni.

“Sayang, bukak mata tu,” bisik Amar. Sayang? Sejak bila pulak ni, Am? Heh, sejak aku rasa jantung aku macam berlari marathon bila dekat dengan dia. Dah nak tercabut jantung ni. Nasib baiklah aku guna gam cap gajah. Keras! Melekat je.

“Sya nak air,” pinta Aisya lagi. Matanya di buka sedikit dengan susah payah. Macam ada gunung je kat atas mata ni. Kenapa Amar tak ambil jentolak je runtuhkan gunung ni. Senang sikit aku nak bukak mata kalau macam tu.

“Sayang nak air? Kejap ye abang ambilkan.”

Pekak ke laki aku ni? Dah dua kali aku kata nak air. Karang lebam mata tu aku tumbuk. Aku dahlah letih nak bercakap banyak ni, dia buat lawak tak lucu pulak kati sini. Panas betul la!

Tangan kanan Amar pantas mencapai gelas yang sudah berisi air. Tangan kirinya menampung badan Aisya agar gadis itu dapat minum dengan senang. Dengan lafaz bismillah, gelas itu di sua ke bibir Aisya. Perlahan-lahan gadis itu meneguk air yang terasa seperti pasir masuk ke rongga tekaknya. ‘Ni air ke pasir? Nak bagi aku mati awal ke?’ Detik hati Aisya. Kali kedua Amar mahu menyuakan air kepada Aisya, gadis itu dengan pantas menolak.

“Minum sikit lagi sayang,” ujar Amar lembut.

“Tak nak. Tak best!” Balas Aisya sedikit kasar. Tersenyum Amar mendengar kata-kata Aisya itu. Gelas kembali di letakkan di atas meja di sisi katil. Rambut  Aisya di usap penuh kasih.

“Memang la tak best sayang. Air suam je pun, bukan air fresh orange,”kata Amar dengan senyuman meleret.

“Air ke? Rasa macam pasir.”

Tergelak besar Amar. Mata Aisya kembali terkatup. Malas mahu melayan Amar. Makin di layan, makin menjadi pulak perangai lelaki itu nanti. Tangan Amar masih menampung berat gadis itu. Masih kejap memaut badan Aisya tanpa sedikit pun rasa kebas. Tak adalah berat sangat minah ni macam Syarha tu. Best pulak peluk dia ni. Buat bantal peluk tiap-tiap malam okey jugak. Tak payah susah-susah keluar duit beli bantal peluk.

“Awak, Sya nak tidur ni.”

“Tidur la.”

“Baringkan Sya la. Takkan awak nak Sya tidur macam ni? Sya letih ni,” nada suara itu kembali sayu. Letih sangat ke layan perangai abang? Kesian kat sayang abang ni.

Satu ciuman singgah di dahi gadis itu sebelum Amar kembali menletakkan kepala gadis itu ke atas bantal perlahan-lahan. Mendengus gadis itu tidak senang dengan perlakuan Amar yang di anggap mengambil kesempatan ke atas dirinya yang lemah kala itu.

“Gatal.” Tercetus kata-kata itu dari bibir Aisya.Matanya dari tadi masih terkatup rapat. Langsung tidak mahu memandang wajah Amar.

“Apa sayang cakap? Abang gatal?”

Tiada respon. Senyap.

“Sayang..”

Masih kaku. Beku.

“Nak kena sayang abang ni. Buat-buat tak dengar abang tanya pulak.”

“Sya nak tidur la..”

“Eh, ada suara. Ingatkan bisu. Mari abang tolong picitkan kepala sayang tu,” usul Amar. Tangannya lembut memicit kepala isterinya yang sudah mula mendapat tempat di hatinya itu. Tiada gerakan memprotes dari Aisya. Sudah tidur barangkali gadis itu. Mungkin penat berkejaran dengan ‘hantu’ petang semalam. Hantu? Tergelak kecil Amar apabila mengingati peristiwa isterinya bertembung dengan hantu di dalam dusun pak langnya. Penakut betul bini aku ni rupanya.

Amar masih tekun memicit kepala isterinya. Sedaya upaya di tahan kantuk agar tidak tertidur. Dia mahu memberi sepenuh keselesaan kepada isterinya itu. Wajah Aisya di renung penuh kasih. Entah bila perasaan sayang ni ada buat Sya tapi abang ikhlas Sya. Abang betul-betul sayang pada Sya.

Amar merebahkan badannya di sebelah Aisya. Biarpun agak sempit namun muat untuk mereka berdua. Di kucup dahi isterinya itu. Lama. Di lepas perlahan-lahan lantas badan kecil Aisya di peluk erat. Semoga ada ketenangan bertamu di dalam tidurnya. Mata Amar semakin memberat dan terus terkatup. Abang sayang Sya.

*****

Amnah memandang bekas makanan yang berisi bubur lambuk itu sepi. Sesepi hatinya kala itu. Kenapa mesti dia yang pergi ke rumah Hajah Naimah sedangkan Ikhwan ada? Ah, ma ni memang sengaja nak aku pergi beramah mesra dengan Makcik Mah tu. Aku bukan suka sangat kat Syarha yang kepoh tu. Bala betul la.

“Angah! Kenapa tercegat macam patung lagi tu?” Tegur Hafifah yang baru masuk ke ruang dapur itu. Segenggam daun pucuk ubi di tangan kanan dan sebilah pisau di tangan kiri. Ambil pucuk ubi pun kena guna pisau ke ma aku ni? Melalut je. Ma pergi ambil lengkuas kot.

“Angah malas la, ma. Ma bukan tak tahu angah tak suka Syarha tu. Nak jugak suruh angah pergi rumah Makcik Naimah tu. Tak suka betul la,” rungut Amnah dengan wajah berkerut. 

Dia bergerak ke arah peti ais. Gelas di isi air sejuk lantas di teguk rakus. Mahu menghilangkan dahaga kerana sudah sehari suntuk dia bekerja di kebun membantu ayahnya. Biasanya sewaktu cuti sekolah begini dia akan turun ke kebun dari awal pagi sehingga matahari tegak di kepala. Dia mahu meringankan beban ayahnya yang sudah uzur itu. Mahu mengharapkan abang sulung, abangnya itu masih belajar di tahun akhir diplomanya. Itulah satu-satunya harapan keluarga mereka dan juga anak harapan ayahnya. Lelaki sulung katakan.

“Pergi la kejap. Abang Am pun ada kat rumah sekarang. Takkan tak nak jumpa dengan dia?” Soalan Hafifah itu mengusik hati gadis itu. Abang Am. Tapi dia dah jadi milik orang, ma. Angah bukan pilihan dia. Ingin diluahkan kata-kata itu namun akal segera melarang. Secepat mungkin air di teguk lantas gelas yang masih bersisa air di letak ke dalam singki. Di tinggalkan sahaja gelas itu begitu tanpa niat mahu membasuhnya.

“Buat apa angah jumpa dia? Kan dia dah jadi suami orang. Tak manis pulak nanti.” Tak manis? Kau teringat kat dia tiap-tiap malam tu manis ke, Amnah Malihah oi?!

“Sebelum ni berkepit je dengan si Am tu okey je,” balas Hafifah dengan wajah berkerut. Dulu sebelum Amar pergi ke Mesir, Amnah juga yang berkepit dengan Amar tu macam belangkas. Bila tiba sahaja musim cuti sekolah, gadis itu selalu tunggu Amar balik dari asrama kat simpang jalan masuk ke rumah pemuda itu. Bukan dia tidak tahu isi hati anak gadisnya itu. Biarpun Amar agak kekok melayan gadis itu namun pemuda itu tidak pernah tunjukkan perasaan itu terang-terang di depan Amnah. Mahu menjaga hati gadis itu barangkali.

“Ala ma ni. Tu sebelum abang Am pergi Mesir. Lagipun dah bertahun-tahun kot angah tak jumpa dia. Masa dia kahwin hari tu pun bukan angah pergi,” ujar gadis itu yang sudah melipat sila di tangga depan pintu masuk ke dapur.

“Ma tengok isteri dia tu comel tapi muda sangat. Mungkin tua dua tiga tahun dari angah.”

“Biar la dia.” Ma aku ni sengaja nak buat aku terbakar ni.

“Sesuai sangatlah dia dengan Am tu. Seorang comel seorang lagi bukan main lagi handsome.” Amboi, pandai je ma aku ni puji abang Am tu.

“Anak ma ni tak comel ke?” Suara itu kedengaran agak keras menusuk halwa telinga Hafifah. Cemburu? Mahu sahaja dia menghamburkan tawanya di situ namun demi menjaga hati anaknya, ditahan tawanya itu.

“Tak comel tapi manis, sayang.” Jawapan itu mengundang senyuman manis di bibir Amnah.

“Betul ni?”

“Betul la.”

“Ma tak tipu?”

“Buat apa ma nak tipu? Bukan dapat duit pun. Lagipun..”

“Lagipun apa, ma?” Terburu-buru suara itu bertanya. Wanita yang berusia did lam lingkungan tiga puluhan itu tertawa.

“Amboi, cepat je nak tahu ye,” usik Hafifah. Tersipu-sipu Amnah dengan teguran itu.

“Ala, cepatlah bagitau.”

“Kan angah anak ma. Mestilah manis macam ma jugak,” ujar Hafifah bersama dengan tawa yang masih belum bersisa. Demi mendengar sahaja ayat itu, terus tawa Amnah terkeluar  sama.

“Ma ni perasan betul.”

“Eh, betul la apa yang ma bagitau tu. Kalau tak tumpah ke nasik, nak tumpah kat mana pulak kuah tu. Takkan nak tumpah atas baju orang?” Soalan Hafifah semakin membuat Amnah tertawa riang. Ma memang pandai buat anak-anaknya rasa bahagia. Angah sayang ma sangat-sangat!

“Dah-dah. Jangan nak berangan kat situ. Pergi hantar makanan tu kat rumah abang Am,” arah Hafifah sedikit tegas. 

Memuncung mulut Amnah menurut perintah. Dia sebenarnya agak keberatan mahu ke sana kerana dia takut tidak dapat mengawal perasaan bila bertemu dengan Amar. Lebih-lebih lagi jika matanya di saji dengan adegan romantik Amar dengan isterinya comelnya itu. Dia betul-betul tidak sanggup.

Sewaktu dia mendapat berita tentang Amar yang mahu berkahwin pun, dia sudah hampir kehilangan diri sendiri. Seminggu berendam airmata tanpa di ketahui sesiapa. Seminggu jiwanya terseksa. Seminggu dia mengajar diri menerima hakikat bahawa Amar bukan miliknya tapi sudah dimiliki gadis lain. Seminggu dia menderita. Seminggu dia lesu tak bermaya. Namun masihkah ada sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki yang di kasihinya itu?

*****

Aisya merenung skrin yang memaparkan wajah Daniel Radcliffe tanpa perasaan. Mindanya terbang entah ke mana. Sweater merah hati yang tersarung di tubuhnya di biarkan terbuka tanpa di butang. Matanya hanya di skrin namun entah apa yang di fikirkannya. Dia betul-betul sudah ada dunianya sendiri tanpa kehadiran manusia lain.

“Sya sayang…”

Tiada respon.

“Sya tengok apa sampai nak tembus muka Emma Watson tu?” Soalan Amar masih tidak mendapat respon daripada Aisya. Berkerut dahi lelaki itu. Air suam yang di ambil di dapur di letak di atas meja. Ubat panadol turut tersadai di tepi gelas kaca itu. Badannya di henyak ke atas sofa berhadapan dengan Aisya.

“Sya, takkan tengok cerita Harry Potter pun sampai terbawa-bawa dalam dunia nyata.”

Diam. Sunyi. Amar menggaru kepala yang tidak gatal. Apa kena dengan bini aku ni? Takkan trauma kot?

“Sya…”

“Jangan kacau saya boleh tak?” Soalan selamba dari Aisya menyentak jantung hati Amar. Amboi, sombong betul bini aku ni.

“Yelah, abang senyap. Abang tak kacau Sya lagi dah. Sombong!”

“Apa?”

“Tak ada apa-apalah. Abang cakap Sya sombong.”

Aisya menjeling tajam. Abang? Tolonglah.. Nak termuntah aku dengar. Lepas apa yang kau buat kat aku masa dekat kebun hari tu memang rasa hormat aku kat kau dah tak ada. Kosong. Zero. Empty. Tak ada space kemafan untuk kau dah, Amar Ziqrullah!

“Sayang, petang esok ikut abang pergi rumah kawan abang boleh? Dia nak jumpa dengan sayang abang yang comel ni. Lagipun..” Jelingan maut dari Aisya membuatkan Amar terdiam. Garang betul perempuan ni!
Amar menampar pipinya berkali-kali. Gatal sangat nak bercakap tu kenapa? Aisya tu tengah marah, takkan nak tambah kemarahan dia lagi?

“Assalamualaikum..”

Konsentrasi Aisya terganggu. Pantas salam itu di jawab di dalam hati. Siapa pulak yang datang ni. Nak kata Syarha tak mungkin. Adik iparnya itu keluar ke Bandar bersama Hajah Naimah dan Haji Razlan.

“Wa’alaikumsalam..” Suara Amar yang seiring dengan gerakannya menuju ke pintu utama mendapat perhatian Aisya. Mata gadis itu hanya menurut tingkah si suami. Malas rasanya mahu bangkit untuk bersama Amar melihat gerangan tetamu itu.

“Eh, Malihah rupanya. Jemputlah naik.” Ajakan Amar mengundang senyuman Amnah sekaligus tertanya-tanya di mana gerangan wanita yang sudah berjaya menambat hati abang Amarnya. Amnah melangkah perlahan menaiki tangga marmar hijau itu mendekati Amar yang tercegat di muka pintu. Semakin lebar senyuman gadis manis itu. Amar hanya mampu membalas senyuman itu sesaat cuma.

“Sayang, ada tetamu ni.” Suara Amar kala itu seperti belati yang menghiris hati Amnah. Rasa benci kepada wanita yang menjadi suri hidup Amar semakin menebal. Sudah di ajar untuk beristighfar namun syaitan masih juga menyimbah api kebencian di hati gadis itu.

Rasa tidak sabar untuk melihat wajah isteri Amar mendorong gadis itu untuk membolosi tubuh Amar yang menghalang jalannya. Tersentak Amar dengan tindakan Amnah. Sepantas kilat dia mengundur beberapa langkah ke belakang untuk member ruang kepada Amnah dan yang paling penting kulitnya tidak bersentuhan dengan kulit gadis itu. Nauzubillah!

Mata Amnah terpaku pada wajah lembut gadis yang terpacak menanti di ruang tamu. Wajah pucat gadis itu mennimbulkan kerutan di dahi Amnah.

“Isteri abang demam,” ujar Amar apabila perasan tentang perubahan wajah Amnah. 

Terangguk-angguk gadis itu namun matanya masih tajam menikam wajah Aisya. Wajah yang pucat, tubuh yang sedikit rendah berbanding dirinya, kepala yang di tutupi selendang turki, kulit sedikit cerah. Ah, biasa-biasa sahaja perempuan ini pada pandangan mata Amnah.

“Jemputlah duduk.” Suara Aisya yang sedikit serak itu menyentak Amnah ke dunia nyata. 

Teragak-agak dia menghulurkan senyuman lantas menyusun langkah ke sofa tempat Aisya duduki. Dia mahu mengenali gadis yang sudah merampas Amarnya. Dia mahu tahu kelebihan gadis itu berbanding dirinya.

Aisya seakan dapat merasakan bahawa gadis itu sedang menghakimi dirinya dalam diam namun sedaya upaya dia cuba mengukir senyuman. Ah, lantaklah! Nak judge aku pun kau judgelah. Aku tak kisah dan aku takkan ambil kisah, desus hati Aisya lantas meminta izin ke dapur untuk menyediakan sedikit juadah buat tetamu ‘misteri’ mereka petang itu.

0 comments:

Post a Comment

syukran