CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I ♥ ALLAH.. SYUKRAN DI ATAS KESUDIAN ANTA DAN ANTI KERANA SUDI SINGGAH DI SINI.. FI AMANILLAH

Monday, January 23, 2012

Cintailah aku kerana Allah

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah.. Ana masih berkesempatan untuk menggerakkan jemari di atas keyboard ini. Sudah agak lama ana menyepi daripada menulis di blog ini. ~busy dengan novel2 dan jugak hidup as a student~ Ah, ana sendiri kaku apabila berhadapan dengan blog sendiri dan kadang-kadang ana terfikir apa yang perlu ana tuliskan untuk tatapan pengunjung blog ana sedangkan ana tidak pandai melawak atau menulis kata-kata yang bisa menarik dan memegang hati manusia untuk terus membaca entri2 ana.

Ana tidak bertujuan untuk menambat hati mana2 pengunjung dengan menulis sesuatu di blog ini. Ana cuma ingin berkongsi sesuatu dan mungkin sesuatu itu bisa kita kongsikan bersama-sama. Bak kata Hlovate, lontarkan jika tidak ia meracun.. Kongsikan biarpun hanya pada awan-awan. ~ana tak pandai nak berkongsi cerita dengan orang sebab tu ana wujudkan blog ni~ Ah, apa yang ana melalut ni? Maafkan bicara ana. Rasanya minda ana ketika ini tidak memberi 100% fokus kepada penulisan ana.

Kalau bercakap pasal cinta mesti ramai yang terujakan? Hehehe.. Ana tahu yang u all memang suka kan bila bercerita soal cinta. Mungkin di sebabkan kita ni remaja. Umur dah masuk 20 tahun dah.. Huhuhu.. Rasa macam dah tua la pulak! Bila kita fikir-fikirkan balik tentang cinta dan apa yang kita rasa pada someone tu pernah ke kita semua terfikir tentang redha Ilahi terhadap cinta kita? Pernah ke kita berusaha menjauhkan diri daripada cinta yang sia-sia? Betul ke cinta yang kita rasa pada seseorang tu di redhai Allah s.w.t? Macam mana nak halang diri kita daripada terus hanyut dengan cinta yang sia-sia?

Ana sendiri pernah alami perasaan itu. Ana sendiri seorang remaja yang sedang berusaha untuk mendapatkan redha Ilahi dan menggapai cinta-Nya namun dalam menjalani kehidupan seharian, ana sendiri tidak terlepas dari dugaan perasaan cinta itu sendiri. Huhuhu.. Parah2!

Oklah.. Hari tu ana ada berjalan-jalan sekitar blog-blog jiran ana dan terjumpa satu entri yang menarik hati ana. Erm.. Ana nak kongsi dengan semua dan ana harap blogger tu memberi keizinan untuk ana berkongsi isi entrinya. ~kalau dia tak mahu kongsi buat apa dia post kat blog kan?~

Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.



Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8 ) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu..


Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.


p/s : Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.
kepada sesiapa yang layan novel tu, silalah berkunjung ke blog novel ana ---> http://juzthrownspill.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

syukran